SOALAN: Adakah orang lelaki boleh memakai gelang tangan bertujuan untuk berubat dan bukan daripada emas?
– Sayuti Zakaria, Bukit Sekilau,
Kuantan,Pahang.
JAWAPAN: Hukum menyerupai wanita memang tidak dibenarkan sama ada melalui pakaian, lagak, perbuatan dan sebagainya. Namun dari segi hukum berubat ada yang ditegah dan ada yang dibenarkan. Adapun yang ditegah itu ialah melalui bomoh, ramalan jampi mantera yang bertentangan dengan ajaran Islam dan melalui amalan sihir jin dan sebagainya. Sedangkan berubat dengan bacaan ayat suci al-Fatihah dan lainnya dibenarkan sekalipun dengan menerima bayaran dan juga cara saintifik yang jelas berkesan dan diakui ramai.
Persoalan
Jadi persoalan anda ini mungkin dapat dikategori dari jenis ini (tidak dilarang) malah disuruh agama seperti kita berubat dengan madu, berjumpa doktor dan sebagainya.
Cuma cara memakai gelang magnet tersebut hendaklah tidak seperti gelang yang boleh dikatakan gelang seperti bentuk perhiasan wanita dan pakailah di tempat yang tersembunyi bukan di tempat yang biasa (tempat terbuka) dipakai untuk perhiasan. Tetapi bila berlaku khilaf ulama dalam satu hukum itu, maka digalakkan seseorang itu meninggalkanya untuk menjauhkan diri daripadanya (khilaf tersebut). Kata ulama: “keluarkan diri dari suatu perselisihan (khilaf) itu digalakkan”, tanpa memaksa orang lain untuk mengikuti dan menerima pendapatnya sahaja. Begitulah dalam segala hukum khilaf yang lainnya. Wallahualam.
View technorati.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment