Bahagian Alam Sekitar FOMCA komen tentang isu Lembaga Urus Air Selangor

SEBUAH akhbar tempatan telah mengutarakan isu bayaran kepada pengambilan air larian permukaan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Semua pihak patut sedar akan bidang kuasa pihak kerajaan negeri ke atas air larian permukaan dan air bawah tanah sahaja.Air larian permukaan adalah dalam bentuk air longkang, anak sungai, sungai, tasik, dan paya.

Air hujan dan air larian permukaan boleh meresap ke dalam tanah untuk membentuk air bawah tanah. Air ini akan membentuk satu aras di tanah yang dikenali aras air bumi.Undang-undang adalah perlu untuk menjaga air larian permukaan dan air bawah tanah. Ini dapat mengelakkan penggunaan tidak terkawal air larian permukaan dan air bawah tanah untuk mengurangkan kos operasi.Pengambilan air secara berlebihan akan menyebabkan kesan yang memudaratkan kepada ekosistem akuatik tersebut.

Undang-undang dapat memberikan satu kawalan. Hanya kuantiti air yang dibenarkan boleh diekstrak. Pada masa yang sama, kuantiti air ini tidak boleh memberikan kesan kepada ekosistem flora dan fauna ini.FOMCA ingin menegaskan bahawa penuaian air hujan adalah hak pengguna domestik dan juga pengguna industri.

Mana-mana industri atau individu boleh menuai air hujan. Ini kerana, setiap individu dan industri tidak mengambil air daripada air larian permukaan ataupun air bawah tanah. Tambahan pula, awan-awan yang membawa hujan tidak terbentuk di satu kawasan tertentu.Tasik dan telaga adalah dua entiti yang berbeza.

Tasik yang digali di atas aras air bumi tidak akan mengganggu air bawah tanah. Tasik-tasik sebegini dapat digunakan untuk tujuan menyimpan air hujan yang “dituai” seperti kebanyakan petani. Telaga mengambil air dari air bawah tanah. Ini akan memberikan kesan kepada ekosistem dalam tanah dan tumbuhan pada permukaan.

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) sedang menjalankan Kempen Kesedaran Penjimatan Air Kebangsaan dan mengalakkan pengguna domestik dan industri untuk menuai air hujan untuk kegunaan bukan minuman (non-potable).

Pastikan anda ingat akan hak anda dan praktikanlah amalan penggunaan air secara lestari. Air akan menjadi satu komoditi yang sangat mahal jika kita tidak menggunakannya dengan lestari dan memelihara sumber air dengan betul.

PIARAPAKARAN SUBRAMANIAM
PengurusBahagian Alam Sekitar
Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA)

Posting Berkaitan:Selangor kenakan bayaran jika tadah air hujan
View technorati.com

No comments: