RM2,000 dianggap bergaji rendah

KUALA LUMPUR: Peratusan kadar kemiskinan negara akan meningkat kepada 24.3 peratus jika paras garis kemiskinan (PGK) dinaikkan daripada RM800 ketika ini kepada RM1,500 sebulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsham A Aziz.

"Pengiraan nilai PGK negara adalah berasaskan kaedah khusus, selaras takrifan PGK iaitu pendapatan mencukupi bagi membolehkan setiap isi rumah memenuhi keperluan asas merangkumi makanan dan bukan makanan untuk membolehkan mereka berfungsi dalam masyarakat. "Bagaimanapun, PGK akan dikemas kini dari semasa ke semasa dengan mengambil kira keadaan inflasi semasa dan kerajaan sudah meningkatkan definisi golongan berpendapatan rendah kepada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) yang menyifatkan PGK pada kadar RM800 sebulan sebagai terlalu rendah dan tidak munasabah untuk membiayai keluarga, justeru ia perlu dinaikkan kepada RM1,500 sebulan. Berdasarkan PGK semasa sebanyak RM800 sebulan, paras kemiskinan dan miskin tegar tahun lalu 3.7 peratus dan kerajaan menerusi pelbagai program yang dirangka mensasarkan paras itu menurun kepada 2.8 peratus menjelang 2010.

Amirsham berkata, kerajaan memang sedar kesan inflasi dan kenaikan harga barangan yang dihadapi negara sekarang akan mempengaruhi perbelanjaan isi rumah. Katanya, PGK negara belum mengambil kira kesan ketara daripada kenaikan harga minyak yang diumumkan baru-baru ini. "Kerajaan tidak menafikan selain rakyat miskin, ada juga golongan berpendapatan rendah iaitu dalam kategori pendapatan melebihi kadar PGK pada RM753 sebulan tetapi kurang RM1,500 sebulan," katanya.

Mengulas lanjut, Amirsham berkata, komponen keperluan asas yang dimasukkan dalam pengiraan PGK ialah makanan, pakaian dan perbelanjaan lain seperti sewa kediaman, bahan api dan tenaga, pengangkutan, kesihatan, pelajaran dan rekreasi. "PGK yang digunakan adalah pendapatan perbelanjaan bagi keperluan minimum dan asas semata-mata, tiada ruang untuk bermewah seperti menghantar anak ke sekolah swasta atau kelas tuisyen, mendapat rawatan perubatan daripada klinik swasta atau makan di luar rumah seperti di gerai dan restoran," katanya.

Menjawab soalan tambahan Abd Khalid, adakah kerajaan akan menyokong syarat gaji minimum RM1,500 sebulan, beliau berkata, perkara itu masih dalam pertimbangan kerajaan. Kepada soalan tambahan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) mengenai langkah mengenal pasti golongan miskin tegar, Amirsham berkata, selain mengenal pasti, kerajaan juga merangka beberapa usaha untuk meningkatkan pendapatan golongan itu, terutama menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk memberi pinjaman mikro bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Salah guna kereta kerajaan

SEREMBAN – Ada kakitangan awam di seluruh negara dipercayai cuba menyeleweng apabila didakwa menyalahgunakan kenderaan milik jabatan untuk kegunaan peribadi kerana mahu mengelak membayar kos petrol dan diesel yang mengalami kenaikan harga baru-baru ini.

Mereka termasuk yang berjawatan pegawai kanan dilaporkan mengguna kenderaan milik jabatan atas tujuan peribadi seperti untuk bercuti atau balik kampung.Senario itu jelas ketara selepas kerajaan mengumumkan harga bahan api kenderaan 5 Jun lalu.Ini diakui sendiri oleh Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri, Dr. Chua Hong Teck yang serentak itu meminta orang ramai atau kakitangan yang mempunyai bukti mengenai kes itu tampil membuat aduan.

“Orang awam yang ada bukti sila tampil buat aduan dengan bukti-bukti yang lengkap.“Ketua-ketua jabatan yang dipertanggungjawab seharusnya memantau rekod aktiviti kenderaan di bawah jabatan masing-masing,” ujarnya.Sementara itu, satu sumber yang enggan namanya disiarkan memberitahu, masalah tersebut telah diadukan kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun dakwanya, oleh kerana terlalu banyak kekangan birokrasi telah menyebabkan mereka yang bertanggung jawab terlepas begitu sahaja.“Ada pegawai dari Putrajaya menggunakan kenderaan pacuan empat roda mewah balik ke kampung selama dua hari. Kalau berlaku kemalangan melibatkan kakitangan menggunakan kenderaan bukan urusan rasmi pasti akan menimbulkan masalah,” dakwanya di sini semalam.

Pihak berkenaan cuba mengambil kesempatan dalam isu kenaikan harga petrol dan diesel dengan ‘melanyak’ kenderaan jabatan sesuka hati.Menurut sumber itu lagi, jika tiada sebarang tindakan, ia akan merugikan kerajaan berikutan perbelanjaan kos petrol, diesel dan kos penyelenggaraan kenderaan dibayar tanpa mengetahui aktiviti kegunaan kenderaan tersebut.

“Selain dapat menjimat petrol, mereka juga dikecuali daripada membayar tol ketika menggunakan lebuh raya.“Antara sebab mengapa mereka mudah menggunakan kenderaan ini ialah, orang ramai tidak sedar siapa yang menggunakan kenderaan itu, kenderaan itu kebanyakan bercermin gelap dan hanya unit dalaman jabatan itu sahaja yang tahu aktiviti kenderaan itu,” jelas beliau.

Antara kenderaan yang digunakan ialah jenis Toyota Fortuner, Nissan X-Trail, Proton Waja, Proton Perdana serta Mitsubishi Pajero.

Gincu, tumit tinggi haram di K. Bharu

Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan larangan terbaru kepada pekerja Islam, antaranya tidak memakai gincu dan kasut tumit tinggi yang tidak mengeluarkan bunyi.Yang dipertuanya Shafie Ismail berkata arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.

Katanya lagi, lapor Bernama, muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.Jika hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah, katanya dalam pekeliling yang dikeluarkan kepada mereka yang bekerja mengendalikan semua premis dalam kawasan MPKB-BRI.

Etika berpakaian yang perlu dipatuhi termasuklah memakai tudung labuh, tidak jarang dan menutup dada; memakai baju berlenganpanjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.Shafie berkata mereka yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun seperti peruntukan Undang-Undang Kecil MPKB-BRI 1986 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikompaun tidak lebih RM500.

'Nasi ganja' nasi kandar istimewa Ipoh

IPOH 23 Jun - Kalau berkunjung ke bandar raya ini, tidak sah rasanya kalau tidak singgah makan nasi kandar di sebuah gerai yang terletak dalam sebuah restoran Cina lama iaitu Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, di sini.Gerai tersebut yang telah dibuka sejak tahun 1960 iaitu seusia kedai kopi itu bukan sahaja yang tertua di bandar raya ini, malah yang paling popular di kalangan penggemar nasi kandar.

Walaupun nama asal masakan itu ialah Nasi Kandar Ayam Merah, kebanyakan orang menggelarkannya sebagai 'nasi ganja' kerana kesedapannya boleh membuatkan orang merasa 'ketagih'.Warga bandar raya ini yang pernah mencuba 'nasi ganja' itu pasti akan menjadi pelanggan setia masakan itu manakala orang dari luar pula tidak akan lupa singgah makan di situ setiap kali berkunjung ke bandar raya ini.

Sekiranya anda berkunjung ke restoran itu pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa beratur panjang malah sukar untuk mendapat tempat duduk.Bagaimanapun, penggemar masakan itu sanggup beratur panjang untuk semata-mata untuk menghilangkan rasa 'ketagihan' mereka terhadap 'nasi ganja'.

Menariknya, pelanggan restoran itu terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India walaupun ia merupakan kedai kopi Cina.

Kerajaan tidak pernah pinggirkan pembangkang

KANGAR: Kerajaan tidak pernah meminggirkan pihak pembangkang sebaliknya diberi peluang menikmati kemudahan yang disediakan melalui pelbagai program pembangunan, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Sehubungan itu, beliau berharap jabatan dan agensi yang mempunyai tanggungjawab khusus terhadap masyarakat termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) supaya tidak bersikap pilih kasih terutama dalam menyalurkan bantuan.Sebagai contoh, beliau berkata, bantuan kepada pelajar miskin bagi meneruskan pelajaran menjadi satu keutamaan meskipun ibu bapa mereka adalah anggota parti pembangkang.

“Jangan fikirkan perbedaan politik tapi kena fikir masa depan anak yang perlu dibantu untuk belajar,” katanya berucap pada majlis gotong-royong anjuran Kemas di Kampung Ujong Bukit, dekat sini hari ini.Md Isa juga berharap anggota Kemas sentiasa berusaha membantu merapatkan hubungan antara masyarakat yang berbeda fahaman politik.

Sempena majlis itu, beliau juga merasmikan air terjun buatan manusia di Bukit Wang Padang yang diusahakan Kemas.Air terjun setinggi lebih 10 meter itu dibina secara kreatif dengan kos hanya kira-kira RM20,000 dan ia adalah antara tarikan terbaru di kampung tradisional itu.Beliau turut menyampaikan hadiah kewangan dan projek kepada kampung Gerakan Desa Wawasan (GDW) yang berdaya maju.

GDW Kampung Seri Aman, Padang Besar muncul juara GDW contoh dengan memenangi hadiah kewangan sebanya RM10,000 dan hadiah projek ekonomi bernilai RM40,000.Tempat kedua dimenangi GDW Padang Besar Selatan dengan hadiah bernilai RM8,000 dan projek ekonomi bernilai RM35,000 manakala GDW Wang Besar menduduki tempat ketiga dengan hadiah RM6,000 dan projek ekonomi bernilai RM30,000.

Lebih 300 anggota Kemas seluruh Perlis menyertai gotong royong bersama penduduk untuk membersihkan kawasan perkampungan yang berlanskapkan bukit-bukau dan sawah padi yang terletak di kawasan Bintong itu. - Bernama

Yong Teck Lee masih harap dapat sokongan parti komponen lain

KOTA KINABALU: Walaupun kesemua 13 pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee masih berharap beberapa orang daripada mereka akan menyokong pendirian SAPP yang hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri itu.

Yong berkata, beliau menjangka sekurang-kurang dua parti komponen akan dengan senang hati menerima apa juga keputusan kepimpinan pusat, tetapi percaya ada yang lain yang sentiasa berpegang pada suara hati akan menyokong beliau.“Saya rasa ramai orang akan sokong kami. Saya tahu beberapa pemimpin di peringkat Federal dan dari negeri lain, pada asasnya sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

“Beberapa orang membayangkannya dalam parti sendiri,” katanya kepada pemberita di pondok parti itu didirikan bagi berinteraksi dengan orang ramai di pasar minggu Gaya Street di sini hari ini.Kesemua 13 pemimpin parti komponen BN menolak usul tidak percaya SAPP itu pada mesyuarat tergempar Dewan Tertinggi BN Khamis lepas dengan menyatakan ia tindakan tidak beretika dan bertentangan dengan semangat BN.

Mengulas kenyataan setiausaha agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Yong antara lain berkata, kerajaan pusat perlu menghapuskan sikap melayan negeri sebagai ’bapa kepada anak’, sebaliknya perlu melihat negeri sebagai rakan sebaya.

Beliau berkata, bentuk hubungan sekarang tidak sihat oleh kerana ia menyekat anggota gabungan BN daripada meluahkan perasaan mereka.“Adalah lebih baik jika kerajaan pusat dapat mengubahsuai mentaliti, sikap dan mindset bahawa kita adalah rakan.“Kita harap apa yang kita lihat sekarang...akan membawa perubahan tentang bagaiman kepimpinan pusat melihat negeri-negeri,” kata beliau. - Bernama

Termakan umpan

KUALA LUMPUR: Kerana teruja untuk menjadi cepat kaya, dua pelabur kerugian hampir RM80,000 apabila syarikat yang memungut duit mereka untuk menyertai satu skim francais tidak menunaikan janji dan sering mengelak setiap kali dihubungi.

Mangsa turut mendakwa, wakil syarikat terbabit menggunakan ‘psikologi’ untuk mengumpan mereka supaya mengeluarkan modal RM40,000 setiap seorang sebagai permulaan skim pelaburan itu.Seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Roslan berkata, menerusi skim itu setiap pelabur dijanjikan tapak dan mesin yang menyediakan khidmat menjual air suling dan kad prabayar isian semula di lokasi strategik.

Antara lokasi yang dijanjikan termasuk institusi pengajian tinggi, hospital, pusat beli-belah dan kawasan tumpuan orang ramai.Dengan dijanjikan pulangan mencecah RM3,000 setiap bulan, tanpa berfikir panjang dan menyiasat latar belakang syarikat terbabit, dia terus tertarik dan membuat pembayaran awal RM36,000 kepada wakil syarikat berkenaan.

“Rugi kalau tidak masuk sekarang, sebab hari ini harga murah dan bukan senang untuk dapat tapak yang boleh bagi pulangan lumayan macam ini.” Demikian antara kata-kata wakil syarikat ketika pertemuan kali pertama kami di pejabatnya.

Roslan berkata, wakil syarikat itu juga pandai ‘berlakon’ dan bila dia meminta menurunkan harga tapak dia berpura-pura pergi berjumpa pengurus dan kembali semula dengan mengatakan mangsa bertuah kerana permintaannya diluluskan, menyebabkan dia benar-benar percaya skim itu.

Sementara itu, seorang lagi mangsa dikenali sebagai Aida berkata, wakil syarikat terbabit juga kerap memberi alasan ketika dihubungi menyebabkan dia hilang keyakinan dengan skim itu dan kini menuntut wang yang dilaburkan sebanyak RM40,000 dipulangkan selepas penat menunggu sejak empat bulan lalu.

“Ketika ditanya bila saya dapat tapak untuk pasang mesin, mereka memberi alasan ia belum mendapat kelulusan. Selepas beberapa bulan wakil syarikat menghubungi saya dan beritahu tapak yang saya minta diluluskan.

“Bagaimanapun, hari berikutnya wakil itu menghubungi saya dan memberitahu tapak yang dipohon itu diserahkan kepada pelabur yang menunggu lebih lama daripada saya, jadi kena tunggu untuk dapat tapak lain,” katanya.

Bagaimanapun, menurut sumber dalaman syarikat terbabit yang beroperasi di ibu kota, syarikat berkenaan dipercayai akan menamatkan operasinya tidak lama lagi.Syarikat itu juga dikatakan ada beberapa lagi anak syarikat lain menggunakan nama berbeza dengan menyewa ruang pejabat di bangunan dan aras berlainan dipercayai untuk mengelirukan bakal pelabur.

Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi mengenai keengganan syarikat memulangkan wang mereka serta bercadang mengambil tindakan undang-undang untuk menyelesaikan masalah.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abd Rahman, ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai dakwaan mangsa.“Kerjasama beberapa agensi berkaitan lain seperti Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) juga diperlukan untuk membantu siasatan kes ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut.ada lagi yang tak tau rupanya.

Tapi apa nak hairan kan isu gores dan menang pun dah bertahun masuk paper ada juga yang jadi mangsa

HIMPUNAN 1 JUTA RAKYAT

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) mengumumkan bahawa perhimpunan satu juga rakyat akan diadakan pada 6 Julai 2008 bertempat di Padang Timur Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall pada jam 10.00 pagi.

Penyelaras Protes, Dr Hatta Mohd Ramli yakin Protes dapat mengumpul sejuta rakyat negara ini kerana keadaan negara semakin gawat dengan berbagai-bagai masalah termasuklah politik kerajaan.Tambahan pula katanya, sudah 15 hari rakyat terus menjalani kehidupan yang terhimpit sejak kenaikan harga minyak baru-baru ini.Katanya, kemarahan rakyat semakin memuncak dengan demonstrasi membantah kenaikan minyak merata-rata tempat termasuk di Masjid Kampung Baru dan di Kajang.

Beliau juga meminta satu juta rakyat yang akan mengikuti perhimpunan itu memakai baju berwarna merah sebagai identiti rasmi membantah kenaikan harga minyak.Oleh itu, katanya Protes kali ini dengan slogannya 'Protes Satu Juta Rakyat Turun' akan terus menyatakan siri bantahan terhadap kerakusan kerajaan di seluruh negara.Ketika ditanya sebab Padang Timur dipilih sebagai lokasi perhimpunan, Dr Hatta berkata Protes mengambil kira keselesaan peserta himpunan dan ia berdekatan dengan sebuah tasik rekreasi.

"Orang ramai boleh datang dari beberapa arah tanpa kesesakan seperti dari lebuh raya persekutuan dan boleh menggunakan kemudahan awam LRT yang berhenti di Taman jaya," katanya kepada wartawan di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Jelasnya, dalam perhimpunan itu pemimpin Pakatan Rakyat turut berucap kemudian diikuti tayangan media tentang senario kenaikan harga minyak yang akan memberi semangat dan kesedaran kepada rakyat."Di samping itu, kita akan menjemput beberapa artis serta mengadakan persembahan teater bergerak untuk menaikan semangat kepada para penyokong bantahan itu," katanya.

Apa yang penting Hatta menegaskan, perhimpunan itu sebagai satu mesej penting kepada Abdullah Badawi untuk menurunkan harga minyak.Katanya, orang ramai pula tidak perlu risau dengan keselamatan di padang itu, kerana pihak penganjur akan menyediakan seramai 3,500 petugas keselamatan untuk mengawal cubaan provokasi oleh pihak tertentu.Beliau juga menegaskan tidak berhasrat untuk memohon sebarang permit daripada pihak polis untuk perhimpunan itu.

Merujuk hari perhimpunan yang berubah, Hatta berkata hari Ahad cuti umum dan tidak ramai yang berniaga dan keadaan lalu lintas agak lengang."Jika tidak ada di kalangan peniaga merungut mereka kerugian ribu ringgit kerana perhimpunan oleh Protes," katanya.Menjawab kenapa tidak membuat di tempat yang diputuskan sebelum ini iaitu KLCC, Hatta berkata, sasaran perhimpunan kali ini agak besar dan di kawasan padang berkenaan amat sesuai di samping memudahkan pihak keselamatan mengawal.

Semasa ditanya apa kemucak perhimpunan tersebut, Hatta berkata mereka akan membuat satu 'pengisytiharan' bagaimanapun beliau tidak menjelaskan apa pengisytiharan itu.Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga penyelaras Protes berkata, himpunan itu juga sebagai satu insiatif Pakatan Rakyat bahawa mereka amat serius dalam menangani masalah rakyat.Bagaimanapun, katanya untuk menggerakkan satu juta rakyat turun sama-sama membantah kenaikan minyak adalah satu cabaran yang besar."Kita tunjuk kepada kerajaan kita akan menggunakan hak demokrasi untuk mengubah nasib kita sendiri," katanya.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin mengajak semua mahasiswa dan mahasiswi untuk sama-sama menyertai perhimpunan itu sebagai satu platform menyampaikan ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan."Mereka mewakili golongan muda untuk sama-sama mengembleng tenaga bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan memanipulasi isu minyak," katanya.Seorang lagi penyelaras Protes S. Arultcelvan pula berkata, pada 6 Julai nanti rakyat telah membuktikan kepada kerajaan bahawa mereka menyahut cabaran Perdana Menteri untuk terus mengadakan perhimpunan bantahan.

MB Kedah bidas TV3 siar berita fitnah

ALOR STAR, 19 Jun (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah semalam melahirkan rasa kekesalan di atas laporan berita yang disiarkan oleh oleh TV3 kelmarin.Berkata kepada media selepas mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan semalam, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan rasa kesal Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terhadap fitnah yang dibuat oleh TV3 itu.

Sedangkan, menurut Ustaz Azizan, pihak Kerajaan Negeri telah memberi layanan yang baik dan menghormati semua media massa.Oleh itu, beliau meminta media massa menghormati etika kewartawanan dan profesionalisme mereka."Kerana zaman kita zaman orang maju, orang bertamadun, jangan buat lagi kerja-kerja yang primitif, kerja-kerja yang tidak bertamadun."Kita bersedia menjawab apa-apa soalan dan bertanggung jawab dengan tindakan kita. Kita sedia untuk dikritik, ditegur dan dianalisis tapi bukan fitnah yang tidak betul," ujarnya.

Buletin Utama TV3 malam kelmarin yang membuat liputan sempena 100 hari pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah menyentuh mengenai perlantikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Kulim Hi-Tech oleh kerajaan Negeri.

Dalam laporan itu, Buletin Utama menyifatkan perlantikan tersebut sebagai usaha mengetepikan Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Kulim Hi-Tech, Dato' Ahmad Shukri Tajuddin dan satu tindakan politik.Menurut Ustaz Azizan, Kerajaan Negeri masih mengekalkan Dato' Ahmad Shukri sebagai Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Kulim Hi-Tech yang berfokus kepada urusan promosi Kulim Hi-Tech.

Oleh itu, memandangkan keperluan meningkatkan aktiviti ekonomi di Kulim Hi-Tech yang telah bertambah jumlah pelaburnya, maka Kerajaan Negeri melantik Pengarah Eksekutif Kumpulan yang akan memberi tumpuan kepada operasi."Lain kali kalau nak buat berita mai jumpa saya, jangan tanya orang tepi jalan. Be professional. Be smart reporters," kata Ustaz Azizan mengulas hal berkenaan.

Enrique Iglesias Mother...........Can you believe....she is 57 years old???








SAPP adakan sidang akhbar khas esok

17/06/2008 9:56pm

KOTA KINABALU 17 Jun – Parti Maju Sabah (SAPP) yang dikaitkan dengan pelbagai khabar angin tentang tindakan keluar daripada Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan satu `kejutan' esok.Utusan Malaysia difahamkan kejutan itu akan diumumkan pada sidang akhbar khas parti tersebut di Ibu Pejabat SAPP di Luyang dekat sini.

"Tunggu dan lihat sahaja esok, ia satu pengumuman yang mengejutkan senario politik di Malaysia dan dijangka satu keputusan akan diambil SAPP,'' kata seorang pemimpin kanan parti itu yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika ditanya khabar angin bahawa ada pemimpin politik atau Ahli Parlimen dari Sabah akan keluar BN memberitahu, beliau tidak mengetahui mengenainya.``Saya tidak diberitahu apa-apa,'' kata Abdullah ringkas kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa Ketua-ketua Pegawai Eksekutif di sini hari ini.- Utusan.

apakah benar seperti yang dikatakan sebuah parti komponen BE END akan keluar dari kepompong Be End atau cuma gurauan politik? Tunggu saja esok

Roslan Aziz Hina PAS!!!

Bantah konsert 'ego orang agama'

Jimadie Shah Othman Jun 17, 08 4:59pm

Komposer terkenal Roslan Aziz menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik.

"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi pada seorang ustaz dan kata pada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya.

Beliau diminta mengulas rancangan Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.

Menurut Roslan, bantahan itu terjadi disebabkan PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik."Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah.

Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.ella"Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul."Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget.

Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri."Ia berpunca artis kita juga.

Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa.

"Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.

Rebet tunai rakyat..Siapa dpt Untung?

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - Sabtu lalu, ribuan pengguna kenderaan pensendirian menuntut rebet tunai di pejabat Pos seluruh Malaysia namun setiap rebet tersebut yang dibayar itu dikenakan caj perkhidmatan.

Hasil keuntungan caj perkhidmatan itu secara tidak langsung memberi keuntungan yang besar kepada Pos Malaysia yang telah diswastakan dan sahamnya telah dimiliki oleh sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan menantu PM.Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan (MPT) Badrul Hisham dalam blognya berkaitan pembayaran subsidi kerajaan berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Badrul berpendapat syarikat tersebut sedang menikmati keuntungan hasil daripada mekanisma pembayaran subsidi tersebut.

"Tahukah anda, setiap plan yang diperkenalkan oleh Pak Lah mesti ada motif rasuah atau salahguna kuasa? Contoh untuk kenaikan harga minyak ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos"Bayangkan duit yang masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yang dibayar sebagai subsidi...10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos," katanya dalam blog tersebut.

Katanya sejumlah enam juta kenderaan di Malaysia yang mana setiap kenderaan akan mendapat subsidi RM 620, maka secara tidak langsung sebanyak RM 6.20 komisen yang bakal diperolehi oleh menantu Perdana Mneteri itu untuk sejumlah kenderaan yang mendapat rebet tunai tersebut.

Pemberi maklumat bakal jadi OKB

PELABUHAN KLANG: Pemberi maklumat kepada Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berkaitan kes penyeludupan, penghasilan rokok palsu dan yang berkaitan dengan bidang kuasa agensi berkenaan bakal menjadi ‘Orang Kaya Baru’ (OKB) jika maklumat mereka berjaya menyelesaikan kes disiasat.

Ganjaran diberikan pula dalam bentuk tunai dan difahamkan mencecah ribuan hingga ratusan ribu ringgit bergantung kes yang diselesaikan.Pemberi maklumat turut dirahsiakan identitinya dan dilindungi daripada ancaman pihak tertentu termasuk ahli sindiket penyeludupan dan yang terbabit dalam kegiatan haram sedang disiasat.

Kes terbaru, mungkin ada pemberi maklumat bakal menjadi OKB selepas membantu KDRM merampas hampir 33,000 karton rokok dianggarkan bernilai lebih RM3.5 juta, Khamis lalu.Ketika mendedahkan rampasan berkenaan, Timbalan Ketua Pengarah KDRM (Pencegahan), Datuk Mardina Alwi, berkata serbuan dijalankan pada jam 2 petang di sebuah gudang, di sekitar Pandamaran, di sini.

“Berdasarkan maklumat, sejumlah besar rokok putih dibawa masuk tanpa permit, baru-baru ini, dan hasil risikan mendapati ia berasas.“Bahagian Pencegahan kemudian melakukan serbuan di gudang terbabit dan menemui longgokan besar rokok putih yang selepas disiasat tidak mempunyai setem cukai,” katanya, semalam.

Dua lelaki warga tempatan turut ditahan di gudang terbabit, seorang dipercayai pemilik dan seorang lagi pekerjanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi KDRM di talian bebas tol di 1-800-88-8855 atau di 03-31792321.

Kena simpan no phone nie

Batalkan hasrat hijrah ke bandar

PUTRAJAYA 16 Jun – Anak muda terutama ribuan lepasan sekolah pada penghujung tahun ini yang berhasrat berhijrah ke bandar-bandar besar dinasihatkan membatalkan niat mereka berikutan keadaan kos hidup yang semakin meruncing pada masa ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, saban tahun kebiasaannya Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang akan menyaksikan kebanjiran ‘peneroka bandar’ tetapi kali ini pihaknya berharap mereka melupakan sahaja hasrat untuk berbuat demikian.Sebaliknya, kata beliau, adalah lebih baik golongan muda ini menumpukan usaha membangunkan ekonomi di kawasan-kawasan luar bandar terutama dengan menyertai bidang keusahawanan, penternakan dan penanaman bahan makanan.

‘‘Saya berharap kepada anak-anak muda yang berniat berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur untuk mencari rezeki supaya melupakan hasrat mereka sekurang-kurangnya untuk dua hingga tiga tahun ini.‘‘Adalah lebih baik tumpukan usaha menghasilkan penternakan dan bahan makanan di luar bandar.

‘‘Pihak kementerian menerusi rancangan Ekonomi Desa (ED) menyediakan pinjaman antara RM20,000 hingga RM500,000 kepada mereka yang berminat sebagai usahawan, tidak kiralah sama ada hendak menternak kambing, ikan sembilang dan apa jua kegiatan ekonomi desa, kita akan bantu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kenaikan harga minyak sebanyak 40 peratus yang diumumkan kerajaan lebih seminggu lalu mengakibatkan rakyat negara ini terutama di bandar-bandar berdepan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Betul tu UMNO memerlukan anak-anak muda terus duduk di kampung supaya tak terdedah dengan sumber maklumat media IT so mudah ler UMNO hantar cikgu KEMAS masuk kampung pujuk undi depa dalam PRU13 nanti.

Proton keluar model baru guna NGV

KUALA LUMPUR 16 Jun - Proton dijangka mengeluarkan kenderaan model terbaru iaitu teksi yang menggunakan gas asli untuk kenderaan (NGV) sebagai alternatif utama bagi menggantikan petrol dan diesel, Ogos ini.

Presiden Persatuan Pengedar-pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA), Wan Ahmad Sepwan Wan Abdul Rahman berkata, kenderaan itu dijangka menjadi penyelesaian jangka panjang terbaik untuk golongan pekerja terutamanya di bandar-bandar besar yang menggunakan pengangkutan itu ke tempat kerja.''Kita lihat kemajuan di Jepun dan Korea.

Mereka jauh ke hadapan dan sudah lama menggunakan NGV sebagai bahan api utama.''Proton lihat penggunaan teksi NGV ini boleh diperluaskan. Sebab itu, kenderaan model terbaru itu akan dikeluarkan sebagai permulaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman menggesa Proton supaya mencipta pengeluaran kereta nasional dengan menyediakan tangki NGV yang mungkin lebih kecil dan boleh diletakkan meliputi kawasan tengah dan belakang di bawah kereta.

Tambah beliau, langkah itu boleh dilakukan terhadap semua kenderaan baru keluaran Proton dalam usaha menggalakkan penggunaan NGV ketika negara dihambat dengan kenaikan harga petrol dan diesel.Wan Ahmad seterusnya berkata, model teksi itu juga telah direka untuk mesra penumpang dan mempunyai ruang yang lebih luas di bonet belakang kenderaan tersebut.

''Model ini tidak akan mengambil lebih ruang bonet seperti teksi NGV hari ini. Ia direka khas untuk penggunaan NGV," katanya.Menurutnya, model teksi NGV itu dijangka menjadi langkah awal kepada pengenalan model kenderaan NGV untuk penggunaan persendirian.''Kita yakin model ini akan digunakan secara meluas dan akan diterima semua pemilik kenderaan dalam masa yang singkat.

''Ia jelas menjimatkan jika dibanding dengan petrol. Penggunaan kenderaan NGV akan menjadi alternatif utama masalah kenaikan harga minyak dunia," ujarnya.Sehubungan itu, beliau berkata, kerjasama kerajaan, pembekal NGV dan pengusaha stesen minyak adalah penting untuk merealisasikan penggunaannya secara meluas.

''Banyakkan stesen minyak yang menjual NGV dan perluaskan promosi serta galakan pengunaan gas ini,'' katanya.Beliau seterusnya memberitahu, langkah menggunakan NGV itu perlu dimulakan ke atas semua teksi sebelum diperkenalkan kepada kenderaan persendirian.

Yahudi menyelinap dalam projek2 Malaysia!

Syarikat Illuminati Sudah Tiba Di Johor


Gambar) Menteri Besar Johor bersama Pengarah Halliburton, David King merasmikan pembukaan kilang pada 29 Mac 2008.

Dalam sidang perbahasan di parlimen pada 21 Mei (Rabu), Dato’ Seri Tuan Guru Hadi Awang telah mempersoalkan tindakan Kementerian Perdagangan yang memberi kelulusan syarikat Yahudi Zionis untuk membuka kilang seluas 20,000 kaki persegi di Taman Teknologi Johor di Johor.

Syarikat tersebut dikenali sebagai Halliburton Manufacturing & Technology (M) Sdn. Bhd. Tuan Guru mempersoalkannya kerana syarikat tersebut terlibat secara langsung dengan penjajahan Amerika di Iraq, Mesir dan Palestin.Amat mengecewakan apabila Timbalan Menteri iaitu Dato’ Jacob Dunggau Sagan gagal menjawab soalan Tuan Guru.

Beliau hanya sekadar berhelah kosong dan memberitahu kerajaan memberi kebenaran kerana syarikat tersebut mampu membawa pulangan faedah terkumpul yang banyak kepada kerajaan.Berkenaan Halliburton Manufacturing Halliburton merupakan syarikat pembekal senjata utama untuk peperangan di Iraq.

Syarikat ini juga merupakan syarikat warisan keturunan Yahudi yang bernama Halliburton. Di bawah syarikat ini terdapat banyak lagi syarikat-syarikat yang mengkhusus dalam teknologi senjata dan minyak.

Asalnya Halliburton Manufacturing diasaskan oleh dua orang tokoh perniagaan Yahudi iaitu Vida dan Erle P. Halliburton dan beribu pejabat di Burkburnett, Texas pada 1919. Core business untuk syarikat ini ialah Oil Well Cementing.Sejak dari 1919 hingga 1982, jumlah pekerja tetap syarikat Halliburton ialah seramai 115,000 orang.

Namun jumlah pekerja menurun kepada 73,000 orang pada 1991.Untuk memantapkan peranan Halliburton Manufacturing, syarikat ini telah menubuhkan sebuah anak syarikat yang berperanan khusus dalam pembekalan alatan perang berteknologi.

Anak syarikat tersebut bernama Brown & Root Service.Peranan Brown & Root Service Dalam Polisi Perang AmerikaBRS adalah sekutu terbesar dalam membekalkan alatan perang sejak 1990-an. BRS secara langsung telah terlibat dalam konflik-konflik seperti…

* Desert Storm Operation, Kuwait pada 1991,

* Konflik Balkan, 1990 dan Bosnia-Herzegovina.

Dalam konflik ini, Halliburton telah menuubuhkan sebuah lagi anak syarikat baru iaitu Kellog Brown-Root (KBR),

* Perang Teluk, Perang Afghanistan dan Perang Iraq.

Kekuasaan Halliburton dan Syarikat-Syarikat Yahudi Lain

Pada era Bush, Halliburton adalah penguasa sebenar loji-loji minyak di seluruh tanah Arab atau negara Islam kecuali Iran. Kekuasaan Halliburton bolehlah disamakan dengan kekuasaan Exxon Mobil yang dimiliki oleh David Rockefeller.

Menurut Dr. P.s.Babcock,“…bagi sesiapa yang bukan dalam bidang industri minyak, Halliburton adalah sebuah syarikat yang misteri. Bagi yang terlibat dengan industri minyak pula, Halliburton adalah syarikat jenayah kolar putih.”Halliburton boleh disamakan dengan syarikat Yahudi lainnya seperti Baskin Robin (pembekal aiskrim untuk kem tentera Amerika di Iraq) dan pakaian jenama Bill Khakis iaitu pembuat pakaian tentera Amerika dan Zionis sejak 1880-an.

Halliburton sama sahaja dengan kedua-dua syarikat ini, “tidak popular, tetapi amat berkuasa” dan terlibat secara langsung dengan setiap peperangan dunia dengan memainkan peranan masing-masing.Tidak diketahui adakah pemilihan syarikat Halliburton oleh kerajaan Malaysia dibuat secara paksa atau pilihan terbuka.

Adalah amat tidak logik pihak kerajaan Malaysia tidak mengetahui latar belakang syarikat ini.Tindakan Kementerian Perdagangan itu bukan sahaja dipersoalkan oleh Pakatan Rakyat tetapi juga dari ahli perlimen BN sendiri iaitu Dato’ Mukhriz Tun Mahathir dalam perbahasan parlimen pada hari yang sama.

Wallahu’alam.

Ni la akibat Minyak naik.....


Jefri salahkan Sultan Brunei

ADIK pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Putera Jefri Bolkiah yang berhadapan dengan ancaman hukuman penjara kerana gagal hadir di sebuah mahkamah tinggi di Britain menyalahkan abangnya kerana melanggar satu perjanjian damai berhubung perbalahan keluarga melibatkan nilai kewangan lebih £3 bilion (RM19.19 bilion).

Dalam satu temu bual yang disiarkan oleh sebuah akhbar semalam, Putera Jefri mempertahankan tindakannya dan menegaskan ketidakhadiran pada Rabu lalu bukan bertujuan untuk menunjukkan beliau tidak menghormati mahkamah.Bagaimanapun, beliau kini merupakan seorang lelaki yang dikehendaki dan menghadapi ancaman untuk beralih daripada kehidupan mewah ke sebuah penjara.

Bercakap di rumahnya di Place Vendome, Paris, Putera Jefri menolak komen yang dilakukan oleh Hakim Peter Smith pada minggu lalu.“Adalah menjadi harapan saya bahawa ketidakhadiran saya tidak akan dilihat sebagai satu tanda tidak menghormati mahkamah atau United Kingdom.“Saya sudah menghabiskan masa di Britain dengan baik dan saya mempunyai banyak sebab untuk menggenggam UK dalam perasaan kasih sayang yang hebat.

“Saya berasa amat kesal dan mendapati adalah mustahil untuk hadir pada Rabu lalu,” katanya.Putera Jefri yang berumur 53 tahun bakal menghadapi hukuman penjara dua tahun kerana menghina mahkamah dan dituduh tidak mematuhi satu arahan mahkamah.

Arahan mahkamah itu meminta beliau menyerahkan lebih £3 bilion (RM19.19 bilion) kepada Agensi Pelaburan Brunei (BIA) dengan dipantau oleh Sultan Brunei.“Saya berikhtiar selama beberapa minggu untuk mencapai satu penyelesaian terakhir berhubung perbezaan dengan abang saya.“Sebahagian daripada proses itu melibatkan pendedahan kesalahan-kesalahan di mana saya benar-benar amat kesalkan,” katanya.

“Sepuluh hari lalu, semua pihak menyangka satu penyelesaian sudah dicapai.“Pada saat akhir dan perihal yang tidak dapat dijelaskan, satu pihak lain memindahkan satu penyelesaian daripada meja dan sebaliknya menekankan dengan satu percubaan untuk membuatkan saya didapati menghina mahkamah.“Ironinya, bukti yang saya sediakan secara sukarela adalah untuk membentuk satu tumpuan utama kes terhadap saya,” katanya.

Putera Jefri menolak sebarang harapan berhubung penyelesaian satu perdamaian dengan Sultan Brunei yang dipercayai mempunyai kekayaan sebanyak £18 bilion (RM115.19 bilion).Beliau turut menyatakan tidak mempunyai rancangan untuk kembali ke Britain.“Adalah menyedihkan saya perlu merumuskan bahawa satu perdamaian dengan pihak lain adalah tidak mustahil dan perjuangan tidak adil akan berterusan sekali gus meletakkan tekanan hebat ke atas saya dan keluarga saya,” ujarnya.

Putera Jefri mempunyai empat isteri, 17 anak dan 18 anak angkat.Dikenali dengan jolokan putera playboy kerana gaya hidup mewah, Putera Jefri sudah berbalah dengan Sultan Brunei sejak sedekad lalu.Sultan Brunei dan Putera Jefri sudah tidak berbual selama empat tahun.

Putera itu didakwa menyeleweng £8 bilion (RM51.20 bilion) dalam bentuk dana awam ketika berkhidmat sebagai Menteri Kewangan selama 13 tahun.Bagaimanapun, dakwaan itu kerap dinafikannya dan menegaskan beliau bertindak dengan pengetahuan Sultan Brunei.Putera Jefri berkata, beliau mematuhi penyelesaian di luar mahkamah pada 2000 dengan memberikan wang tunai, barangan bernilai dan kediaman bernilai £3 bilion (RM19.19 bilion).

Namun, terdapat tuduhan bahawa beliau membenarkan wang dibawa keluar dari akaun bank yang sepatutnya dibekukan dan gagal mendedahkan akaun-akaun lain, di mana kedua-dua tindakan itu adalah satu penghinaan terhadap mahkamah.Kes itu kini didengar di London kerana rumah utama Putera Jefri terletak di Regent's Park, Britain.Hakim Peter Smith mencadangkan putera itu tidak diberikan ikat jamin jika ditangkap dengan menyatakan adik Sultan Brunei tersebut sedang bermain satu permainan taktikal untuk menangguhkan perbicaraan.

Hakim mengeluarkan satu waran tangkap yang mampu dikuatkuasakan di seluruh Kesatuan Eropah.Sultan Brunei setakat ini masih berdiam diri berhubung perbalahan itu dan adalah difahamkan baginda mahu undang-undang dilaksanakan mengenai kes berkenaan.Putera Jefri menyatakan wang yang dituduh diselewengkan itu telah dilaburkan dengan bijak dan digunakan untuk membina hospital-hospital, kewangan dan kerja-kerja awam.

Baru-baru ini, beliau membuat komen: “Saya bukannya malaikat, pastinya, tetapi saya telah menjadi lelaki yang gagal.” – Agensi

Sistem tender terbuka di Pulau Pinang....betul ke?

Sistem tender terbuka di Pulau Pinang boleh akibatkan kontraktor kelas F ‘gulung tikar’.

15/06/2008 4:18pm

PULAU PINANG 15 Jun – Sistem tender terbuka yang diguna pakai kerajaan negeri sekarang jika diteruskan boleh mengakibatkan kontraktor bumiputera kelas F di negeri ini ‘gulung tikar’.Pengerusi Persatuan Kontraktor Binaan Bumiputera Kelas F Pulau Pinang, Abdul Wahab Hamid memberitahu pemberita di sini hari ini, penggunaan sistem itu menyebabkan mereka tidak berpeluang dan sukar mendapat kerja kerana terpaksa bersaing dengan syarikat lain.

Menurutnya, sepanjang tempoh hampir tiga bulan sistem tersebut dilaksanakan, projek-projek yang diperoleh kontraktor bumiputera kelas F di negeri ini telah berkurangan sehingga 50 peratus.Dalam sistem yang diguna pakai itu, mana-mana syarikat boleh menyertai tender walaupun tidak berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). - Utusan

.................................................. ............

Sekiranya benar, maka bakal tamatlah riwayat kontraktor bumiputra kat Penang.....

Aku call member aku kat penang tadi buat confirmation. memang sah open tender. sampaikan certain project tak sampai sejam borang habis. siap yang handle tender ade main booking form untuk die nye 'kaki'.

*rasanya DAP takkan lama kat sana.....

Terlalu awal lihat kesan kenaikan bahan bakar: Dr Zeti

KUALA LUMPUR: Terlalu awal untuk melihat kesan kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini terhadap inflasi dan pertumbuhan, kata Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hari ini.

Beliau berkata, Bank Pusat itu perlu mengkaji dengan teliti impaknya berikutan kesannya bukan hanya kelembapan sektor luar tetapi juga membabitkan kesan pakej rangsangan yang disediakan serta keadaan kenaikan harga disebabkan oleh peningkatan kos.

“Kita perlu membuat penilaian yang berhati-hati sama ada ia disalurkan kepada pengguna. Bila ini berlaku, barulah ada inflasi apabila terdapat kenaikan harga yang menyeluruh,” katanya. Pada masa ini, kata beliau, hanya kenaikan harga yang khusus. “Terlalu awal untuk menilai sama ada ia disalurkan dan sama ada pengeluar mempunyai kemampuan seperti apa yang mereka sudah lakukan dalam menyerap sebahagian daripada kenaikan kos.

"Kemudiannya, reaksi pengguna, sama ada mereka akan terus dengan permintaan yang amat kukuh atau sama ada kita akan melihat kepada kesederhanaan. “Semua ini akan dinilai dengan teliti pada bulan-bulan akan datang memandangkan kita menentukan respons dasar kewangan kita,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program sarjana kewangan Islam INCEIF di sini hari ini.

Dasar kadar faedah Bank Negara akan bergantung kepada tinjauan masa depan inflasi dan pertumbuhan, katanya. Mengenai keadaan memasuki lingkungan kadar faedah negatif, beliau berkata Malaysia dari masa ke masa mempunyai kadar faedah sebenar negatif tetapi selagi ia tidak fundamental, ia tidak akan menjejaskan permintaan pengguna dan kedudukan pengguna. Dalam perkembangan lain, beliau berkata Bank Negara tidak mempengaruhi sentimen pendasar pasaran kewangan.

“Bagi kami, operasi campur tangan kami akan ditentukan oleh keadaan yang tersusun. Sentimen pendasar bukan suatu yang kami cuba pengaruhi,” katanya semasa ditanya mengenai laporan Morgan Stanley bahawa usaha bank pusat Asia untuk campur tangan di pasaran tidak akan berjaya untuk mengelak pengukuhan dolar AS. Dr Zeti berkata dari semasa ke semasa, akan terdapat peningkatan ketidakstabilan kerana ketidaktentuan yang timbul di dalam sistem kewangan antarabangsa.

“Dari masa ke masa, pelbagai institusi antarabangsa mengumumkan kedudukan kewangan mereka dan ini memberi kesan terhadap pasaran kewangan. Pengumuman sedemikian dibuat dengan pelbagai dasar memberi kesan kepada pasaran kewangan. "Hanya selepas keadaan sedemikian reda, kadar tukaran dan kadar lain di pasaran kewangan akan stabil dan akan terdapat potensi untuk pemulihan normal dan penerusan pertumbuhan keseluruhan," katanya. - Bernama

Tip menjaga kecantikan cara Islam

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu.Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri.

Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

1· Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat.Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

2· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

3· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

4· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

5· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Setelah PM, kini DBKL pula 'tikam rakyat'

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) -Nampaknya bukan sahaja pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tempohari telah 'menikam rakyat' secara berdepan dengan pengumuman kenaikan harga minyak, tetapi semalam Dewan Bendaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menambahkan luka tikaman dengan menaikan caj tempat letak kereta sehingga hampir 35 peratus.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Ab Hakim Borhan pihak DBKL akan melaksanakan Sistem Letak Kereta Eletronik (SLKE) berkuatkuasa Isnin ini dan pemilik kenderaan dikehendaki membayar caj 80 sen sejam bagi setiap petak letak kereta di pusat bandar berbanding hanya 60 sen sekarang.

"Bagaimanapun kadar letak kereta di luar pusat bandar (pinggir bandar) dikurangkan 10 sen kepada 50 sen sejam," katanya kepada pemberita semasa Program Datuk Bandar Bersama Media di DBKL di semalam.Caj sekarang adalah satu kadar sahaja iaitu 60 sen sejam bagi pusat bandar dan luar pusat bandar.

Ab Hakim berkata selain itu DBKL juga mengumumkan lanjutan tempoh masa bayaran letak kereta bermula 7.30 pagi hingga ke 10 malam sepanjang tujuh hari seminggu, berbanding sekarang 8 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Sabtu, kecuali Ahad dan cuti umum.Katanya melalui sistem baru itu tiada pengecualian diberikan apabila pemilik kenderaan juga dikehendaki membayar caj letak kereta pada setiap cuti umum.

Ab Hakim berkata buat permulaan kadar dan langkah-langkah baru itu hanya dilaksanakan di kawasan yang dilengkapi dengan SLKE bagi fasa pertama iaitu di kawasan Bukit Bintang, Masjid India, Jalan Sultan Ismail, Kampung Baru, Chow Kit, Pudu, Kompleks Damai dan Jalan Loke Yew.

Menurutnya kerja-kerja penggantian meter letak kereta di kawasan itu telah dan sedang dibuat bagi membolehkan penguatkuasaan bermula Isnin ini di kawasan berkenaan.Katanya kerja-kerja penggantian meter lama ke SLKE di kawasan lain akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang Ogos ini."DBKL menjangkakan sistem baru ini berkonsepkan 'cepat dan mesra pengguna' ini tidak akan memberi kejutan yang besar kepada pengguna,"katanya.

Beliau berkata, SLKE terdiri sistem elektronik berkonsepkan 'bayar dan peraga' adalah baik kerana membolehkan pengguna membuat pilihan sama ada mahu membayar secara tunai dengan menggunakan syiling atau pembayaran secara kredit dengan menggunakan Mykad atau kad bank yang mempunyai aplikasi MEPS.

"Dengan penggunaan aplikasi ini, pembayaran akan menjadi lebih mudah,"katanya.Katanya, meter baru itu dapat mengelakkan berlakunya vandalisme terhadap mesin malah menggunakan tenaga solar untuk berfungsi pada waktu siang dan mengggunakan bateri pada waktu malam.

Katanya masa maksimum bagi setiap tempat letak kereta adalah tiga jam dan pengguna perlu membuat bayaran semula selepas itu.Ab Hakim berkata sebanyak 50 kakitangan penguatkuasaan ditugaskan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sistem baru itu. - mks._

p/s : apa kaitan minyak dengan parking?

Bahana Meninggalkan Solat

Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-

Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."

********

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.

2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.

3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut

1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.

2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.

3. (su'ul khatimah)

4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh

1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.

2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)

4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan<>)

Hari Qiamat

1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat

2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.

3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Nota : Saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu'akkad yang sangat dituntut - ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.

Makan apa saja, bayar cuma RM2

ALOR STAR 11 Jun – Pada saat kebanyakan peniaga makanan di seluruh negara ghairah menaikkan harga jualan masing-masing ekoran kenaikan harga minyak, pemilik sebuah kedai makan di Kuala Kedah dekat sini masih mengekalkan kadar bayaran RM2 untuk apa juga hidangan termasuk minuman.

Percaya atau tidak, itulah harga yang dikenakan oleh pemilik Kedai Makan RM2, Khalid Ahmad, 41, sejak memulakan perniagaan makanan kira-kira 20 tahun lalu.Untuk satu hidangan, pelanggan boleh mengambil nasi putih bersama lauk seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran.

Harga RM2 untuk makanan itu juga termasuk minuman tanpa mengira ia sirap bandung, teh ais atau minuman panas.Paling membanggakan, kedai makan milik Khalid itu yang terletak dekat jeti feri ke pulau peranginan Langkawi masih mampu menawarkan pelbagai pilihan minuman dan lauk-pauk yang menyelerakan. “Saya tidak mahu mengambil kesempatan atas kenaikan harga barang dengan menaikkan harga makanan kerana mahu mengekalkan pelanggan setia.“Apatah lagi kebanyakan mereka terdiri daripada nelayan yang berpendapatan rendah termasuk rakan-rakan saya sendiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khalid memulakan perniagaannya seawal pukul 6 pagi kerana pada masa itu nelayan mula turun ke laut. Kedai itu hanya ditutup selepas pukul 5 petang.Katanya, selain nasi dengan beraneka jenis lauk antaranya ayam goreng, kari ikan, udang kunyit dan daging kicap, kedainya turut menjual laksa, bihun sup, mi sup dan kuetiau sup, juga pada harga RM2.“Ada juga pengunjung yang datang dari luar Kedah seperti dari Kuala Lumpur terkejut ketika mahu membayar harga makanan di sini.“Mereka mahu membayar lebih kerana tidak percaya dengan harga yang ditawarkan,” ujarnya.

Khalid yang mendapat bekalan bahan mentah ikan dan hasil laut lain daripada nelayan di sini turut membeli barang keperluan dari pasar tani berhampiran.“Saat paling sibuk ialah pada waktu makan tengah hari apabila pekerja dari pejabat agensi kerajaan berhampiran datang menjamu selera,’’ katanya yang dibantu oleh isteri dan lima pekerja.

Menurut Khalid, selain berniaga di kedai itu beliau juga menerima tempahan makanan dari kilang-kilang berhampiran dan hanya mengenakan caj pengangkutan tambahan sebanyak 50 sen.

Beliau memberitahu, sehingga hari ini beliau belum berfikir untuk menaikkan harga makanan di kedainya kerana merasakan masih mampu meraih keuntungan. “Makanlah apa sahaja, harganya tetap RM2 untuk seorang pelanggan,” katanya.

Harga minyak dijangka cecah AS$250 setong

DEAUVILLE, Perancis 10 Jun – Pembekal gas asli terbesar Eropah, Gazprom menjangkakan harga minyak mentah akan naik dua kali ganda sehingga AS$250 (RM815) setong dalam tempoh setahun lagi.Kenaikan itu diramalkan turut mengakibatkan peningkatan harga gas asli di pasaran.

“Kami menjangkakan harga minyak mentah akan naik sehingga AS$250 (RM815) setong dalam masa beberapa tahun ini,” kata Ketua Eksekutif syarikat milik Rusia itu, Alexei Miller kepada wartawan selepas menghadiri persidangan Kongres Perniagaan Eropah di sini hari ini.Para pegawai kanan syarikat berkenaan menjangkakan harga minyak akan naik kepada AS$250 setong pada 2009.Harga gas di Eropah adalah berdasarkan kontrak jangka panjang serta terikat dengan harga minyak mentah.

Kenyataan pegawai Gazprom itu dikeluarkan setelah harga minyak turun kepada AS$133.94 (RM436.6) setong hari ini, berbanding AS$139 (RM444.8) minggu lepas.Menurut Timbalan Ketua Eksekutif syarikat itu, Alexander Medvedev, kenaikan harga gas akan turut menyebabkan harga minyak mentah melonjak di Eropah.

Gazprom kini merupakan pengeluar gas asli terbesar dunia dengan stok mencecah AS$330 bilion (RM1.07 trilion) dan ia dijangkakan memperluaskan penguasaan pasarannya dengan menjadi sebuah syarikat bernilai AS$1 trilion (RM3.26 trilion) dalam tempoh 10 tahun. – Reuters

sapa untung...sapa rugi...sapa merana

Juliana Evans dan Rakan-rakan










Misteri Bahtera Nabi Nuh


Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey........
tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun........

Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar sama....... Sedang orang2 Islam duduk berpeluh tubuh,langsung tak ambil tahu tentang The Great Noah Ark itu,pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu.

Gambar2 itu telah menjadi 'rahsia besar~top secret' dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn 'rahsia2' penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl > yg bermaksud 'Gunung Kesengsaraan'atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat.... Namun,hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sahingga ke hari ini, Cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg 'mahaberharga' itu.Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yg masih menjadi tanda tanya,kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana.Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri.Hanya semata2 kerana gambar tersebut.

Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati misteri.... Soalnya sekarang,mengapakah 'kuasa2 besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera..?? Mengapa..?? Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar2 ada di puncak Mt .Ararat itu..??Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark...??

Memang tak salah kalau korang tak caya..[aku sendiri pun pada mulanya..] kalau dikatakan The Great Noah Ark memang benar2 berada di puncak Mt.Ararat itu.Maklumlah kita semua nih,dikawal oleh media milik 'Yahudi'. By the way~ Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya.. Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun...dan selama 5000 thn itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar...!!!

Sebenarnya,zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yg kitas semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu they all dah maju ke depan.Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa tuh. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun,Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam.[..hari ini kita menggunakan karban & zink,bateri purba menggunakan tembaga dan besi..namun begitu ianya tetap boleh berfungsi dgn baik..]

Ishh,kalau nak diikutkan ketererran orang2 zaman dulu,Huihh...banyak, Contohnya orang2 Minoan di Crete Island meninggalkan kesan pembinaan tokong yg menunjukkan betapa majunya keupayaan arkitek mereka.Mereka menggunakan batu susunan dalaman dan sistem pengudaraan hawa dingin semula jadi.

Baru2 ni di China,seorang mumia permpuan yg telah ditanam 2,100 dijumpai dengan badannya tidak jejas apa2.Apabila di x-ray,Saintist terperanjat dan ada yg garu kepala..mana tidaknya,makanan terakhir di dalam ususnya pun masih lagi tidak musnah.Sekarang punya teknologi pun tak boley nak 'awet' barang sampai acam nih...Ye,lah kita nak eksport manggis ke US pun pikir 7/8 kali.

Orang2 Mayan mampu mengira tahun solar dengan tepat iaitu 365.2420 hari lebih tepat sebanyak 2/10.000 sehari...[..Ye lah,zaman dulu toksah duk kata calendar malah jam loceng tempurung pun tadak orang jual...!! ]

Baiklah,mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C ... Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenornya langsung tak sama dgn bentuk kapal laut hak duk ada ari nih..!!..kalau korang nak tau rupa bentuk "Noah Ark" sebenornya ialah 'sebijik macam > kotak kasut...!!!' Mengikut para pendaki yg pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt.Ararat itu ..Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat.

"Noah Ark" itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak wujud lagi di dunia nih.Ia diselaputi syelek,bebentuk 'kotak kasut'..tidak cantik, tapi sangat berfungsi. Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit.Utk pgthuan korang > cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan olh orang2 zaman dahulu.Aku rasa...kalau diambil 18 inchi bagi 1 cubit,bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. [...agak2 aku laa...korang tryla congak sendiri balik..he,he.. ]

Ada juga Para Pengkaji berpendapat,"Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola.Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi..[ KTM kut..?] Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan. Hari nih terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.

Mengikut kajian Dr.Whitcomb,dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan. Dan saintist tak tahu berapa tan berat binatang yg berada kat dalam bahtera. Tapi,ini semua kiraan anggaran sahaja. Kalau The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat ,dimanakah gamaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar...???

Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini,bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak,Iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey..ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu...[..aku 'agak' je..he,he..Alaa,korang semakla peta sama...] By the way,sesetengah dari peninggalan sejarah itu telah dijumpai.

Sebuah 'anchor' purba yg besar telah ditemui di Khairouan,Tunissia.Menurut pengkaji.. sauh tulah yg digunakan olh 'Noah Ark' time nak landing kat puncak Mt.Ararat. Sebuah 'batu nisan' yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria.Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang...!! Pheww..!! [...gamaknya org zaman purba dahulu takdela size 'kecik2' acam kita hari nih kut..?] Wallahuallam.

Pada tahun 1917,Maharaja Russia > Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera/saintis/tentera.. ect dlm mencari dan menyelidik The Great Noah Ark itu. Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' itu. Dalam keadaan tergamam,kagum mereka mengambil gambar sebanyak yg boleh.

Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu adalah berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi..[..bahagian selebihnya tenggelam didalam salji..] Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar,malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda... Perang Bolshevik Komunist - 1917 meletus.Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky.. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Berikut adalah catatan seorang Pendaki dan Pengkaji "Noah Ark" di Mount Ararat. Banyak sungguh halangan utk mencari The Great Noah Ark.Saya dah daki banyak gunung lain di dunia dan saya dah daki Ararat nih sebanyak 13 kali sebelum berjaya. Saya cuma nak bagi tahu...."Mt.Ararat nih memang sebuah gunung yg meragut nyawa". Kalau dari sebelah selatan,Mt.Ararat ini adalah seperti kon air batu,dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yg dipanggil "Lurah Ahora",terdapat dinding2 batu yg curam.Bahagian yg curam itu sememangnya sukar utk didaki. Mt.Ararat ialah sebuah gunung berapi yg telah meletus beberapa kali semenjak peristiwa 'banjir besar Noah" itu dulu.Puncaknya ditutupi dgn air batu seluas 17 batu persegi glasiar dan penutupan ke bawah ke paras 14,000 kaki.Semasa glasiar itu bergerak turun,ia juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung berapi dan terjadinya batu runtuh.

Memanjat dari arah air batu yg meluncur itu memng susah.Bermacam2 masalah akan timbul.Tanah runtuh,cuaca ganas,anjing srigala liar,beruang gunung beserta ular2 berbisa sering datang m'ganggu.

Puncak gunung yg setinggi 17,000 kaki yg ditutupi dgn airbatu itu pula selalu terjadi cuaca yg tidak menentu.Di situ angin bertiup kencang,suhu amat sejuk dan sebarang cecair akan menjadi beku tersejat. Setiap petang terdapat kilat yg diikuti angin,hujan dan salji.Angin yg bertiup biasanya 100 batu/jam.Pada suatu malam saya pernah alami..suhu menurun sehingga negatif 40 darjah Celsius dan angin bertiup selaju 80 batu sejam.

Cuaca sahaja pun telah membuat kita cukup sengsara. Oleh kerana Ararat ialah sebuah gunung berapi,gas yg keluar dari gunung itu ialah gas beracun yg boleh mendatangkan masalah utk kami bernafas. Saya sendiri pun tinggal di puncak Ararat selama 1 minggu dan dlm keadaan susah utk bernafas. Puak2 yg tinggal berdekatan dgn gunung juga turut memberikan banyak masalah kpd kami,kami telah ditembak beberapa kali,oleh perompak. Guerrila Qurdish juga telah menggunakan gunung itu sbg tempat persembunyian dalam pertelingkahan dgn k'jaan Turkey dan Timur Tengah.

Kumpulan kami tidak ada yg terkorban tapi kami menghadapi banyak masalah dan cedera parah. Ramai org telah terkorban di gunung itu dalam mencari The Great Noah Ark. Pengalaman yg paling pahit sekali ialah ketika kami berada di paras 14,000 kaki. Kami terkena pancaran kilat.Akhirnya kami berjaya juga sampai ke puncak Ararat dan menghabiskan masa selama 1 minggu utk mencari The Great Noah Ark.

Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung.Ia adalah sebuah gunung yg unik.Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah,pada setiap hari kan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu...[sila lihat gambar yg 'Panji Alam' sedut tuh..] Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini.Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu "Russia,Iran,Turkey".

Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu.Kalau korang tengok CNN hari nih pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr'jaan Turkey.

Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat.Garis pusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki.Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan 'terpeleot' jatuh ke dalam jurang Ahora..yg ada aku bagitau tadi tuh..He,hehh... Noah Ark Kelihatan Dari - Air Force One~..Flight Peribadi US. President. Mr.Ronald Bennet adalah bekas jurufoto Whitehouse yg sekarang ini telah bersara,tinggal di sebuah bandar -La Jolla,California..membuat pengakuan. US.President-Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru.. yg diadakan oleh Shah Iran di Tehran.

Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti 'kotak kasut yg besar' ditimbus airbatu..ketika Air Force One yg membawa President Jimmy Carter melintasi Mt.Ararat. [Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw,Poland pada 29th.Dec.1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31th.Dec.1977.] "Saya adalah jurufoto dan wartawan yg meliputi segala aktiviti Whitehouse ..selalu sahaja ikut President Jimmy Carter ke mana2..bagi membuat laporan tentang aktiviti US.President.

Semasa peristiwa itu berlaku,kami dalam perjalanan dari Poland ke Tehran. Semasa terbang diutara Turkey,kami telah disuruh memandang ke tingkap. Pada masa yg sama ada beberapa buah pesawat MIG Fulcrum USSR sedang mengiringi Air Force One yg kami naiki.Kami memandang ke tingkap.. kami nampak dengan jelas..."sebuah kotak panjang seperti bahtera yg besar.. ..sebahagiannya ditutupi dgn air batu."

Gambar The Noah Ark Yg Hilang
Seorg jurutera minyak telah menaiki helikopter di bhg Utara Mt.Ararat kerana urusan perniagaan.Tiba2 terkejut melihat satu kotak besar yg panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari air batu.Jurutera itu kemudiannya menyuruh pilotnya mendekatkan helikopter ke bahtera sedekat yg mungkin bagi mengambil seberapa banyak gambar.

Dgn rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala gambar2 yg telah diambil olehnya itu kpd semua rakan2 di Timur tengah dan Amerika.Dalam masa yg sama dia cuba mencari bantuan kewangan utk menjalankan satu ekspidisi bagi mencari "Noah Ark".Malangnya dia tidak berjaya dan dgn rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka lombong minyak disitu. Pada 27th.Dec.1962,Jurutera itu dijumpai mati dibunuh dgn badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel. Kawan baiknya dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa almari tempat menyimpan segala gambar/filem "Noah Ark" telah digelidah org 10 hari sebelum kejadian. Filem dan gambar Noah Ark telah hilang..!!.ramai kengkawan baik jurutera itu mengesahkan yg mereka telah melihat foto hitam/putih "Noah Ark" yg berukuran 8 X 10 inchi.Dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut.

Pengakuan Paderi Seorang Paderi Christian - Pastor Harold William dari Logansport,Indiana telah membuat pengakuan pada sebuah media,ada seorang kawannya seorang imigran Muslim yg berbangsa Armenia bernama Haji Yearam yg telah tinggal di kaki Mt.Ararat. Mengikut sejarah/tradisi,mereka ini adalah keturunan terus menerus yg keluar dari " Noah Ark " itu dan tidak berhijrah ke mana2.Dan keturunan Hj.Yearam sentiasa tinggal di kaki Mt.Ararat itu. Beberapa ratus tahun selepas 'bah besar' , anak cucu keturunannya telah mendaki ke Puncak Ararat utk memberi penghormatan dan melihat "Noah Ark" itu. Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah macamana laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan kini.mungkin kerana perubahan cuaca,gempa bumi dan sebagainya.

Semasa Hj.Yearam masih kecil,ada beberapa org bangsa asing telah datang ke rumahnya.Mereka ini adalah orang yg tidak percaya dgn Al-Quran dan sebarang agama.Mereka adalah saintis,mereka dlm perjalanan melakukan ekspidisi utk membuktikan bahawa cerita The Great Noah Ark itu adalah berupa dongeng semata2..















Protes dan bantahan besar-besaran 12 Julai (kenaikan minyak)

untuk orang kuala lumpur: 12 julai 2008

Ribuan orang akan digerakkan untuk menyertai protes membantah kenaikan besar harga minyak di Menara Berkembar Kuala Lumpur pada jam 3 petang 12 Julai.Penganjur Gabungan Anti-Inflasi (Protes) berharap dapat menghimpun 100,000 orang untuk mendesak kerajaan supaya mengurangkan harga minyak ke paras asalnya, sebelum ini.

"Kami percaya, dengan kenaikan drastik harga minyak, kami akan mendapat sokongan rakyat..."Ini tidak sama dengan perhimpunan anjuran Bersih. Ia akan lebih besar. Impaknya juga akan lebih besar," kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli dalam sidang akhbar hari ini.Hatta menjelaskan bahawa Menara Berkembar KLCC dipilih sebagai tempat protes tersebut kerana ia merupakan ibupejabat syarikat minyak negara, Petronas.

Menurutnya, Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas sepetutnya digunakan untuk meringan beban rakyat, akibat kenaikan harga minyak.Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga petrol naik 78 sen atau 41 peratus kepada RM2.70 manakala harga diesel naik RM1 atau 63.3 peratus kepada RM2.58.

Kenaikan harga minyak itu adalah antara langkah drastik kerajaan untuk menangani kenaikan subsidi minyak, yang dijangka mencecah RM56 bilion tahun ini.Selepas membuat pengumuman tersebut, Abdullah berharap rakyat Malaysia tidak mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga bahan api itu.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/83994





untuk orang utara: 7 jun 2008

Kepala Batas, 5 Jun - Satu himpunan aman memprotes kenaikan harga minyak akan diadakan di Plaza Tol Sungai Dua Butterworth pada hari sabtu 07 jun 2008 jam 5:00 petang hujung minggu ini.Himpunan aman ekoran kenaikan harga minyak yang paling buruk dalam sejarah malaysia.

Orang ramai tidak perlu bimbang untuk membuat bantahan aman kerana kita menuntut hak kita sebagai pembayar cukai. Setiap tahun kita membayar cukai, saman dan banyak lagi beban yang kita tanggung selama ini.Ayuh rakyat yang berada di negeri sebelah utara semenanjung (kedah, perlis, penang, perak).

Harus hadir beramai ramai kehimpunan protes kenaikan harga minyak di Plaza Tol Sg Dua Butterworth pada hari sabtu ini jam 5 petang.Diharap bawa sepanduk tanda protes. Selepas ini kita akan berhimpun pulak di Kepala Batas hadapan rumah Perdana Menteri Malaysia pula.

sumber: http://pas.org.my/index.php?option=c...59&Ite mid=32

perhimpunan selepas sembahyang jumaat 6 jun 2008

Sanusi Dipecat

KUALA LUMPUR 9 Jun - Khidmat Tan Sri Sanusi Junid sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditamatkan mulai 2 Jun lalu walaupun tempoh perkhidmatan beliau sepatutnya berakhir pada tahun 2010.

Menurut sumber, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telah dilantik sebagai Presiden UIAM yang baru bagi menggantikan Sanusi, (gambar) 65, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.Mohd. Sidek, 57, dikatakan telah menerima watikah pelantikan tersebut yang ditandatangani oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan UIAM.

Selain itu, salinan watikah berkenaan juga telah dihantar oleh Rektor UIAM, Profesor Datuk Dr. Syed Arabi Idid kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan.Menurut Perlembagaan UIAM, pelantikan Presiden universiti tersebut adalah di bawah bidang kuasa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan UIAM.

Ketua Perlembagaan boleh melantik mana-mana individu sebagai Presiden UIAM yang menjadi kuasa prerogatif baginda.Walaupun tempoh perkhidmatan Sanusi berakhir pada tahun 2010, namun menurut Perlembagaan UIAM, kedudukan beliau selaku Presiden tidak semestinya tidak boleh diganti biarpun tempoh perkhidmatannya belum berakhir.

Sebelum ini, spekulasi timbul mengenai kedudukan Sanusi selaku Presiden UIAM berikutan tindakannya keluar daripada UMNO mengikut jejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.Malah terdapat beberapa pihak yang mendesak Sanusi supaya meletakkan jawatannya sebagai Presiden UIAM kerana tindakannya itu.

Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Kedah yang menjawat jawatan Presiden UIAM sejak Februari 2000 telah mengadakan sidang akhbar mempertahankan kedudukannya.Beliau mendakwa tiada siapa yang boleh memecatnya sehingga tempoh perkhidmatannya tamat pada 2010.

dah ler tu...dah tua dah...dok kat masjid dah ler...tak yah ler nak berjuang lagi...zaman kegemilangan (kalau ada) dah berlalu lama dahhhhhhhhh

Restoran Terlazat Di Sentul


Budak tu Penipu Besar!

Sinar Harian hari ini telah mendedahkan identiti graduan UITM yang telah membuat 2 laporan polis mengenai pembohongan kerajaan selangor dan laporan Suhakam sebenarnya seorang usahawan berjaya dan bukan nya sebagai penggangur seperti yang didakwa.

Individu yang bernama Mohd Shaid Rosli, dikatakan mempunyai kepentingan sendiri.Pemberi maklumat turut menyatakan, beliau mengakui mengenali rapat Mohd Shaid yang mempunyai perniagaan di Bandaraya Shah Alam. Beliau mengesyaki Mohd Shaid dipergunakan oleh pihak pihak tertentu yang mungkin bermotifkan politik.

Mohd Shaid selain dari mempunyai syarikat perniagaan yang berkembang maju, turut mempunyai sebuah kereta mewah serta bergiat aktif di dalam sebuah pertubuhan politik. Selain dari mempunyai kedai di seksyen 7, beliau turut mempunyai sebuah lagi kedai di UITM Shah Alam.

Sesiapa yang ingin mendapatkan gambaran jelas kedai@pejabat milik Mohd Shaid, sila rujuk kepada sinar harian 24/5/2008, dimukasurat S13.

Tajuk berita: Rakan dakwa graduan UITM lapor polis ada kepentingan sendiri.

[Di dalam akhar Sinar harian ... terdapat photo memfokuskan kedai 7Eleven, seksyen 7, Shah alam dan wajah depan pejabat di tingkat satu yang dipudarkan]