Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selalu menggunakan imaginasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam......

dan yang paling penting dibawah ini........

selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita....

pesanan untuk diriku yang mudah lupa....

Tiga mungkin dihukum

PUTRAJAYA 29 Mei – Seorang menteri dan dua ahli Parlimen UMNO akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti kerana bertelingkah di dada akhbar sehingga mencemarkan imej UMNO di mata rakyat.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ketiga-tiganya iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir; dan Ahli Parlimen Pasir Salak,Datuk Tajuddin Abdul Rahman didapati menyalahi pekeliling yang diedarkan oleh ibu pejabat parti yang melarang masalah dalaman parti dibangkitkan di luar UMNO.

“Pekeliling mengenai larangan itu bukan sahaja telah diedarkan kepada semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan ketua-ketua bahagian sejak sebulan lalu, malah ia turut dikuatkuasakan ke atas semua parti komponen Barisan Nasional (BN).‘‘Ia satu arahan melarang pertelingkahan parti dibangkitkan dalam media tetapi ketiga-tiga mereka ini melanggarnya dengan bergaduh macam budak kecil sehingga mencemarkan imej UMNO.“Ketiga-tiga mereka akan dihadapkan kepada Lembaga Disiplin dan bentuk hukuman terserah kepada badan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini Zaid dilaporkan meminta BN mengambil tindakan terhadap Mukhriz dan Tajuddin kerana mengkritik kerajaan termasuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara terbuka.Tindakan itu mencetuskan kenyataan balas Tajuddin yang mempersoalkan kedudukan Zaid dan menggesa Perdana Menteri meneliti semula pelantikan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Semalam, Abdullah berkata, beliau tidak bercadang menilai semula pelantikan Zaid sebagai menteri.Sebaliknya, tegas beliau, BN dan UMNO mengamalkan pintu terbuka kepada ahli untuk membuat teguran.

Masjid Agung Cordoba


Mercu tanda penting sejarah Islam di Sepanyol.Dibina oleh Amir Abdul Rahman I pd abad ke-8. Namun jatuh ke tangan tentera Kristian pada 1492. Raja Charles V menukarnya menjadi gereja pada abad ke-16.Baru-baru ini, muslim sepanyol melalui Ketua Majlis Islam Sepanyol; mansur escudero cuba mendapatkan hak untuk bersembahyang di dalam bangunan tersebut setelah melihat pope bersembahyang di masjid biru istanbul.
terjadi perang mulut pula dgn bishop ricardo blazquez.escudero bertanye mengape muslim tidak dbenarkan solat di masjid cordoba? bishop mjawab sembahyng bjemaah tidak dbenarkan ttp boleh menerima jika secara individu..
Bagaimanapun apabila escudero umumkan bhw muslim boleh solat kembali di masjid cordoba scara aman dan persenderian,bishop itu membalas pula, "muslim tidak dibenarkan sama sekali sembahyang di gereja cordoba".

Jom kawan2 naik roaler coaster nih!


















Gara-gara wanita: 100 pelajar, penduduk bergaduh di Mantin

SEREMBAN 29 Mei - Hampir 100 pelajar sebuah kolej swasta dan penduduk sekitar kolej berkenaan di Mantin bergaduh dalam kejadian yang berpunca daripada rasa tidak puas hati berikutan hubungan pelajar Afrika dengan wanita Melayu di situ.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 9.30 malam tadi itu berjaya dileraikan kira-kira 2.30 pagi ini.Menurutnya, insiden itu dianggap sebagai rusuhan dan mengganggu ketenteraman awam.'

'Kejadian ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan melibatkan rusuhan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini hari ini.Menurut Osman, siasatan awal polis mendapati kejadian itu berpunca daripada rasa tidak puas hati beberapa pelajar Melayu dan penduduk sekitar kolej di situ berikutan hubungan antara seorang pelajar Afrika dengan wanita Melayu.''Berikutan itu, lelaki Afrika itu telah diserang sekumpulan 20 hingga 30 lelaki Melayu dan dua lagi rakan negara Afrika turut mengalami kecederaan.

''Seorang daripadanya dilaporkan parah selepas patah bahagian tangan, manakala dua lagi pelajar berkenaan dibenarkan pulang selepas dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja'afar," kata beliau.Kata Osman, polis masih menyiasat kejadian rusuhan itu dan pihak pengurusan kolej sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut malam tadi.''Buat masa ini, polis tidak membuat sebarang tangkapan dan kita sedang menyiasat. Semasa kejadian ini berlaku, beberapa kereta mengalami kerosakan dan sebuah pondok pengawal di hadapan kediaman pelajar dari Afrika itu turut dirobohkan," kata beliau.

Osman memberitahu, dalam kejadian itu kedua-dua pihak bersenjatakan kayu.Beliau berkata, walaupun keadaan sudah tenteram tetapi pasukan polis akan mengawal dan memantau perkembangan termasuk untuk mengesan dalang yang mencetuskan rusuhan tersebut.

Dalam kejadian malam tadi, hampir 50 pelajar Afrika berkumpul di hadapan flat kediaman mereka di sebuah taman perumahan di Mantin sambil memegang beberapa batang kayu besbol dan besi.Mereka menjerit menyatakan rasa tidak puas hati apabila rakan-rakan mereka dibelasah sekumpulan lelaki Melayu.Keadaan bertambah tegang kira-kira pukul 12.30 tengah malam apabila mereka enggan berganjak walaupun pihak polis dan pengurusan kolej cuba menenangkan mereka, sebaliknya ada yang cuba bertindak agresif.

Suasana di luar kawasan kediaman yang berpagar itu pula menyaksikan, sekumpulan lelaki dan penduduk berhampiran berdiri di bahagian kanan jalan dan turut membawa kayu besbol yang diletakkan di semak dan dalam kereta mereka.

Sepasukan polis yang diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supritendan Azmi Abu Kassim telah mengadakan rundingan bersama wakil pelajar Afrika dan pihak pengurusan kolej berjaya meleraikan keadaan kira-kira pukul 2.30 pagi ini.

PLUS untung RM384 juta

KUALA LUMPUR 27 Mei - Keuntungan sebelum cukai PLUS Expressways Bhd. (PLUS) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2008 meningkat kepada RM384.077 juta berbanding RM265.870 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.Perolehan menokok kepada RM719.418 juta berbanding RM523.992 juta sebelumnya.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, PLUS menyatakan keputusan kewangan bagi suku pertama 2008 secara amnya menunjukkan peningkatan dengan penyertaan tiga anak syarikat milik penuh yang baru diambil alih, iaitu Expressway Lingkaran Tengah Sdn. Bhd. (Elite), Linkedua (Malaysia) Bhd. (Linkedua) dan Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim Sdn. Bhd. (KLBK)."Kedua-dua pengambilalihan Elite and Linkedua telah diselesaikan pada Disember tahun lalu dengan KLBK menyertai kumpulan pada Mac 2008," katanya.

Tambah kenyataan itu, kutipan tol dalam suku pertama 2008 meningkat sebanyak 25.6 peratus kepada RM540 juta berbanding dengan RM430 juta dalam suku pertama tahun lalu."PLUS, pengendali Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan dan lebuh raya lain, menyumbang 86 peratus daripada kutipan tol keseluruhan," katanya.

Mengulas tentang keputusan itu, Pengarah Urusan Kumpulan Noorizah Abd Hamid berkata, peningkatan sebahagian besarnya dipacu oleh pertumbuhan volum trafik yang menggalakkan sebanyak 8.1 peratus bagi PLUS, masing-masing 8.8 peratus dan 19.0 peratus bagi Elite dan Linkedua, dalam suku pertama tahun ini.

TAK PERNAH RUGI...KALAU BETUL KERAJAAN BELA NASIB RAKYAT...KAJI SEMULA PERJANJIAN KONSESI LEBUHRAYA TERUTAMA TENTANG HAK MENAIKKAN KADAR TOL SETIAP 3 TAHUN DAN BATALKAN CLAUSE KERAJAAN KENA BAYAR PAMPASAN JIKA KADAR BARU TIDAK DILULUSKAN

Mufti Perak kata Selangor tidak wajar haram Islam Hadhari

PETALING JAYA: Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria berkata, kerajaan Selangor yang diketuai pembangkang, tidak harus mengharamkan program berkonsepkan Islam Hadhari. Menurut beliau, tindakan tersebut boleh menyebabkan umat Islam di Malaysia keliru dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2005.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, konsep Islam Hadhari tidak diperlukan di negeri itu memandangkan ajaran Islam yang diamalkan di negara ini lengkap dan menyeluruh dari segala aspek kehidupan.

Ekoran arahan itu, katanya, semua masjid dan surau di negeri itu tidak dibenarkan menyentuh soal Islam Hadhari dalam khutbah sembahyang Jumaat. "Saya rasa kita kena faham betul-betul dahulu tentang konsep Islam Hadhari itu sebelum mengambil tindakan. "Apa yang saya faham setelah berbincang dengan Perdana Menteri dahulu, Islam Hadhari menepati tujuan Islam yang ingin mengangkat 65 perkara. "Antara yang wajib adalah memperkasakan agama, akal, jiwa, keturunan dan harta. Namun, ulama telah menambah untuk memperkasakan akhlak juga. "Islam Hadhari boleh diambil sebagai sifat kemajuan Islam. Saya rasa tak salah kita gunakan konsep tersebut untuk memajukan Islam," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Tambah Harussani, mereka perlu mengkaji keseluruhan konsep Islam Hadhari terlebih dahulu bagi mengelakkan timbulnya satu lagi perpecahan di kalangan rakyat. Ditanya sama ada Perak akan mengikut jejak Selangor mengharamkan Islam Hadhari, kata Harussani: "Kita tak kata apa-apa..." Selain Selangor, ikatan pembangkang iaitu Pakatan Rakyat juga mengetuai kerajaan negeri Perak sejak pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu.

Aku serikkkkk

Ikutilah luahan hati seorang pengguna di Malaysia. Pesanan untuk semua, berhati-hati semasa membeli kerana kalau tidak kita akan terpedaya seperti case study di bawah.::::


2 kes yang berlaku pada masa yang sama buat aku nak kongsi dengan semua supaya rasa geram tak terus terbuku dalam hati.

Kes 1 :
Pertengahan bulan 4, aku ke Pertama Kompleks, mula2 tu nak repair aje hp Samsung aku yang ada masalah LCD (dah pakai dekat 3 tahun. Beli kat Ipoh).

Nak jadi cerita, punya pandai tokey kedai HP tu bercakap sampai aku tak jadi repair sebaliknya beli lagi 2 biji HP. (Time tu duit ada lebih sikit..)

Motorola & Nokia baru... (Total dekat RM900)

Baru 1 minggu dah ada prob. Skrin berkelip2.

2 minggu lepas tu baru aku pergi komplen kat kedai tu semula. (Sebab tak dapat cari masa sesuai..)

Aku tunjuk masalah tu dan juga resit yang belum cukup 1 bulan tu.

Maka disini bermulalah BENGANG aku tu... antaranya :

1. Budak yang mula2 serve aku time beli dulu tu terus pass aku kat kawan dia.. (Sedangkan time tu dia free).

2. Antara kata2 yang aku terkilan :

- Waranti tak cover LCD, ...BLa..BLa..bla...
- Kalau mahu bikin pun dalam RM 200..
- Kalau you mahu "trade in " sama saya, saya angkat tinggi sikit dari kedai lain la. Saya kasi tolong sama you. Saya bole angkat RM150.00. kalau kedai lain pun dalam RM100.00…
Apa lagi.. macam-macam la perkataan keluar dari mulut aku..

- INI HP SAYA BELI DARI U JUGA MAA.. (jawapan dia – saya tahuuu….)
- U KATA ORI TAPI KENAPA BARU SATU MINGGU SUDAH KO.. PULAK TU TUKAR SPARE PART KENA BAYAR LAGI.. DULU TIME SAYA BELI KAT ZITRON 1 TAHUN WARANTI.. REPAIR FREE AJE..!! YOU PUNYA RE-CON KUT.. (jawapan – Itu Zitron maa.. dia jual pun sudah mark up.. kita A.P ..memang ORI tapi repair kena bayar maa..)
- KALAU MACAM TU..TAK TERJAMIN LA BELI SAMA U.. (jawapan - …….)
Time tu.. tuhan saja yang tahu perasaan aku.. Rasa macam nak hempok aje HP tu depan kedai tuu.. (Sebelum kesabaran aku sampai kemuncak aku terus blah macam tu..aje)
HP tu aku letak atas akuarium kat rumah aje.. Kasi ikan pakai…

Kes 2 :
Cerita hampir sama. Kebetulan masa beli pada hari yang sama. Cuma kali ni Sony PS2.
Kedai di Pudu Plaza.

Masalahnya, selepas 3 minggu tak boleh main game..

Asyik keluar masalah berkaitan “Format”.

Sama juga.. lepas pergi Pertama Kompleks tu.. aku pergi pulak Pudu Plaza.

Sebelum sampai tu aku dah kasi tau wife aku, kalau sama aja cerita dia… aku SERIK.. BELI BARANG ELEKTRONIK dari kedai/tempat macam tu..

Tekaan aku memang betul..

Macam diorang ni belajar guru yang sama..macam mana nak kelentong orang. Dia tengok barang tu dari luar aje..dan ..terus dapat conclusion
IC problem laa…

- MACAM MANA BARANG ADA NAMA (SONY) TAPI WARANTI TAK COVER. BELUM SEBULAN LAGI PAKAI ... (jawapan – memang itu macam maa..Waranti free labor aje.. barang tukar kena bayar maa…)
- BERAPA BANYAK SAYA MAHU BAYAR ? (Budget dalam RM 150.. saya tolong sikit laa..nanti kasi kurang sampai dalam 100 yang lebih saya top-up..)
- SO.. KALAU 2 HARI PAKAI SUDAH ADA PROB.. MACAM MANA SAYA TAU MUNGKIN INI BARANG SUDAH ROSAK TIME DI KEDAI U..? (itu tak bole buat apa maa..Ini barang susah mahu cakap..)
- U KASI TENGOK DULU LA.. SAYA RASA MUNGKIN TAK MUNGKIN IC PROB (aku nak sedapkan hati sendiri). (OK nanti siap saya call U)

Petang tu Tokey tadi call aku :
- Haloo.. Memang IC Motor problem. Saya bayar top up tolong sama U. U bayar RM50.00 saja..
- Aku terus datang kedai dan minta TEST.
- Aku balik dan sepanjang dalam kereta tu membebel kepada anak bini.. SERIK .. LAIN KALI NAK BELI, LEBIH BAIK CARI KEDAI YANG BETUL.
- TANYA BETUL2 WARANTI COVER APA…
- YANG PASTI .. DUA TEMPAT TU AKU TAK MAHU PERGI..

SERIIIIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selangor haramkan program berkonsep Islam Hadhari

SHAH ALAM 26 Mei - Kerajaan campuran Selangor mengharamkan sebarang program yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari dilaksana dan dikembangkan di negeri itu. Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, melalui arahan tersebut, kesemua masjid dan surau di negeri itu tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu.

Katanya, arahan itu dibuat kerana konsep Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor, memandangkan ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini termasuk di negeri itu telah pun lengkap dan menyeluruh meliputi pelbagai bidang kehidupan manusia. "Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup. "Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," katanya pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berakhir di sini hari ini. -- Utusan

anak-anak melayu kita

















21 gegaran di Bukit Tinggi cetus tanda tanya

KUALA LUMPUR 25 Mei – Kejadian gempa bumi kecil yang telah menggegarkan kawasan Bukit Tinggi, Pahang sebanyak 21 kali sejak November tahun lalu menimbulkan tanda tanya terutama di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya.

Walaupun Jabatan Meteorologi memberi jaminan ia hanya bermagmitud kecil dan tidak membahayakan namun kekerapan kejadian itu mencetuskan kebimbangan.Terbaru kawasan itu digegarkan dengan satu gegaran berukuran 3.1 pada skala Richter pada pukul 9.36 pagi ini.Sebelum ini pada 15 Mac lalu, tiga gempa bumi kecil dengan ukuran antara dua dan 3.2 pada skala Richter telah dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik.

Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan akhbarnya di sini memberitahu, gempa bumi itu hanya bermagnitud kecil.Oleh itu, ia tidak membahayakan penduduk di kawasan berkenaan dan orang ramai tidak perlu bimbang.Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, gegaran itu dipercayai ancaman berterusan ekoran gempa bumi tidak menentu yang melanda negara jiran dan kesannya turut diterima Malaysia.“Namun, dalam kesemua kejadian itu, tiada sebarang kerosakan harta benda dilaporkan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang awam supaya tidak bimbang akan kejadian gempa bumi kecil itu.adakah Malaysia kini semakin dekat dengan titik pusat gempa bumi seperti diramal pakar?

Info tentang mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki..Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.Macam SPA.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapatmenyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkanialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkanpergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Isu wakil BN boros ke balai polis

Isu wakil-wakil rakyat BN Selangor berbelanja boros peruntukan mereka awal tahun ini diadukan kepada polis kerana disyaki terdapat unsur-unsur salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN itu didakwa membelanjakan lebih 90 peratus daripada peruntukan RM29.5 juta antara Januari hingga Februari sehingga ditegur oleh Sultan Selangor pada Rabu lepas."Beta memandang serius perbelanjaan peruntukan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun 2008 yang habis dibelanjakan pada dua bulan pertama tahun ini," titah Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan pembukaan persidangan penggal pertama DUN Selangor.

"Kerajaan negeri telah melaksanakan budaya perbelanjaan berhemah dengan memastikan semua perbelanjaan dibuat secara lebih efisien dan berkesan bagi mengelakkan berlakunya pembaziran sumber."Beberapa surat pekeliling telah dikeluarkan sebagai garis panduan perbelanjaan berhemah yang efektif di mana program-program jabatan dilaksanakan berdasarkan ketepatan kos," titah baginda lagi.

Menurut Bernama, naib ketua Angkata Muda PKR (AMK) negeri Hamsah Djabir membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam hari ini.Sementara bendahari AMK negeri Mohd Ali Hanapiah Ali Murtada pula membuat laporan polis terhadap kepimpinan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) kerana disyaki terdapat penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan aktiviti berunsur rasuah di dalam proses perbelanjaan dan pengurusan dananya.

Menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang DUN Jumaat lepas berkata Balkis membelanjakan RM158,000 untuk menyediakan pakaian sukan bagi anggotanya dan RM121,000 untuk pakaian batik anggota dan suami masing-masing.Sebelum ini Balkis dilanda kontroversi apabila didakwa memindahkan wang RM9.9 juta kepada sebuah badan amal lain selepas ia dibubarkan tidak lama selepas pilihanraya umum 8 Mac.

Tarik balik subsidi minyak golongan berkemampuan

KUALA LUMPUR 25 Mei – Kerajaan dicadangkan menarik balik subsidi minyak daripada golongan berkemampuan agar peruntukan itu dapat digunakan sepenuhnya untuk memberi subsidi kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Pakar ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, ia adalah antara mekanisme yang boleh dilaksanakan bagi menangani kesan kenaikan harga minyak dunia yang semakin meruncing sekarang.Dengan cara itu, katanya, golongan berpendapatan sederhana dan rendah tidak akan terjejas akibat situasi tersebut.“Kerajaan tidak boleh berterusan memberi subsidi kepada semua golongan kerana ini akan menyebabkan negara menerima kesan ekonomi yang teruk,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai skim subsidi baru yang akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat ini sebagai usaha menangani kesan kenaikan melambung harga minyak di pasaran dunia sekarang. Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, skim baru itu akan tetap mengambil kira kepentingan rakyat terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Ia ekoran harga minyak mentah dunia yang terus meningkat mencecah paras ketinggian baru melebihi AS$135 (RM432) setong semalam, berikutan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan dan peningkatan permintaan global.Ramon berkata, cara tersebut juga akan dapat mengatasi ‘kebocoran’ dalam pemberian subsidi harga minyak negara yang juga perlu ditangani segera oleh kerajaan.“Subsidi yang tinggi di Malaysia menyebabkan penyeludupan minyak berleluasa dan akhirnya negara yang menerima kesan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG), Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, kerajaan perlu mewujudkan satu skim yang benar-benar kukuh dalam pemberian subsidi kepada pengguna.Katanya, antara yang boleh dilaksanakan ialah dengan menggunakan maklumat pendapatan pengguna bagi menentukan mereka layak atau tidak untuk membeli minyak pada harga subsidi.“Kelayakan subsidi kepada pengguna boleh ditentukan dengan mengenal pasti pendapatannya. Jika dia mampu, maka tidak perlu subsidi tetapi bagi yang kurang berkemampuan, mereka layak mendapat harga subsidi,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga harus mencari mekanisme terbaik bagi mengatasi ‘kebocoran’ dalam hal pemberian subsidi minyak memandangkan harga bahan itu di negara ini lebih murah berbanding negara jiran yang lain.Katanya, subsidi secara berterusan akan meningkatkan ruang untuk kegiatan penyeludupan kerana wujudnya peluang menjual minyak subsidi pada harga yang tinggi di negara-negara jiran.

macam mana KERAJAAN nak tau seseorang tu dalam golongan berkemampuan? Adakah kerana anda drive MERCEDES BENZ atau BMW maka dikira berkemampuan? Bagaimana dengan golongan pemandu teksi ki kelantan yang guna Mercedes Benz lama sebagai teksi? Bagaimana dengan LIMO? Adakah mereka ini dianggap berkemampuan sebagaimana orang kaya yang ada Mecedes Benz atau BMW ratusan ribu RM?

Jika anda prihatin sila sebarkan maklumat ini terutamanya bagi orangIslam. (Ini adalah maklumat penting yang perlu disebarkan khususnyapada semua umat Islam.)

Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar ikan-ikan yang Kita makan setiap Hari adalah diimport dari negaraThai. Setelah ditangkap oleh perusahan para nelayan di sana ,ikan-ikan itu dimasukan ke dalam kontena Dan ditimbus dengan ketulan-ketulan air batu supaya ianya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia& Singapura.

Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam... Dan masa itu Ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia Dan Singapura dengan keadaan lesu Dan kurang segar. Untuk mengelakkan berlakunya perkara ini... Pihakpengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahukah anda semua.. Teknik baru yang digunakan itu?

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

Sebelum dieksport.. Semua ikan-ikan direndam dulu di dalam air yang dicampur dengan kimia bernama FOMILIN. Ini adalah bertujuan supaya ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan jauh lebih lama Dan kelihatan masih 'fresh', keras Dan segar bila sampai ke destinasinya.Tahukah anda semua... Apa itu kimia bernama FOMILIN?

FOMILIN
merupakan sejenis kimia yang disuntik ke dalam mayat supaya ianya boleh bertahan lama. Bahasa omputih 'embalm'..

Mayat-mayat insan Islam diharamkan disuntik dengan kimia ini.Sekarang..Tanpa disedari... ikan-ikan yang Kita makan Hari-Hari mengandungi kimia itu. Apa hukumnya pulak? Kalau Kita beli ikan di pasar...Ada caranya untuk Kita mengesan.

Kalau ikan-ikan itu TIDAK dihinggapi lalat.. Bermakna ikan-ikan itu telah direndam dengan kimia Fomilin...Kerana .. Lalat lebih mengetahui.

Wallahualam. .........




Mampat buat laporan polis

KUALA TERENGGANU 22 Mei - Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) membuat laporan polis berhubung dakwaan mereka tentang kehilangan wang royalti petroleum Terengganu di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Terengganu di sini hari ini.Laporan tersebut dibuat oleh Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah kira-kira pukul 11 pagi ini.

Dalam laporan polis itu, Mohamad Fauzi merujuk laporan akhbar yang memetik kenyataan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa beliau tidak mengetahui jumlah sebenar wang yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri.Idris hanya menyatakan bahawa wang yang diterima oleh Terengganu ketika itu hanya berjumlah RM1.3 bilion setahun.

Bagaimanapun, menurut Mohamad Fauzi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham Aziz mendedahkan pada Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, bahawa jumlah itu adalah RM7.3 bilion.Beliau yang turut memetik laporan akhbar mengenai kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said bahawa Terengganu hanya menerima RM4.3 bilion daripada jumlah RM7.3 bilion itu dan tidak tahu di mana baki RM3 bilion dibelanjakan.

Sebagai rakyat Terengganu, beliau mahu perkara itu disiasat dan diambil tindakan.Menurutnya, jika perkara itu tidak disiasat dan diambil tindakan, beliau bimbang penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan akan berterusan dan ini akan mengakibatkan negara rugi.

Katanya, ia juga akan menyebabkan negara tidak lagi dipercayai oleh pelabur kerana pengurusan kewangan yang tidak diaudit.

Pewaris arwah Tan Sri SM Nasimudin (Naza)...
















Bush mohon maaf insiden Al-Quran dijadikan sasaran menembak

BAGHDAD 20 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush memohon maaf kepada Perdana Menteri, Nuri al-Maliki atas tindakan seorang askar AS menjadikan naskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak.

Stesen televisyen tempatan hari ini melaporkan, kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan, Bush telah menyampaikan permohonan maafnya kepada Nuri melalui satu panggilan telefon yang dibuat lewat malam tadi.“Perdana Menteri telah menerima permohonan maaf daripada Presiden AS George W. Bush berhubung insiden askar AS menjadikan naskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak,” lapor stesen Al-Iraqia.

Menurut laporan itu, Nuri telah memaklumkan kepada Bush tentang kekesalan dan kemarahan rakyat serta kerajaan Iraq atas tindakan keji askar AS terbabit.“Bush memberitahu askar berkenaan akan dibicarakan,” lapor Al-Iraqia.Kabinet Iraq yang bermesyuarat hari ini menuntut askar berkenaan dikenakan tindakan keras dan memberi amaran “tindakan keras” akan diambil jika insiden serupa berulang lagi.

Semalam, komander tertinggi tentera AS, Mejar Jeneral Jeffrey Hammond telah bertemu pemimpin masyarakat dan mengeluarkan kenyataan memohon maaf mengenai insiden yang berlaku pada 11 Mei itu, dan berjanji akan mengambil tindakan tegas ke atas askar berkenaan.

Askar AS terbabit yang turut menulis kata-kata menghina di dalam kitab tersebut telah pun diarah meninggalkan Iraq. – Agensi

Anak Pontianak Kembali Lagi.




Lim Guan Eng guna ball pen harga murah

KOTA BHARU, 20 Mei (Hrkh) - Rakyat Pulau Pinang diingatkan tidak termakan hasutan pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan umat Islam dan penduduk bukan Melayu selepas DAP mentadbir di negeri itu.Ini kerana pelbagai dakwaan kurang berasaskan dilemparkan pihak lawan bagi menggambarkan konflik sedang berlaku di Pulau Mutiara selepas Pakatan Rakyat menguasai negeri tersebut.Anggota Jawatankuasa PAS Balik Pulau, Ustaz Mohd Fauzi Yusof berkata, akibat rasa cemburu dan iri hati pihak terbabit membuat pelbagai kenyataan untuk melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

Sedangkan apa yang berlaku sekarang umat Islam berada dalam keadaan aman, bahkan dalam masa yang sama kuliah dan ceramah agama boleh diadakan lebih bebas.PAS tidak pernah dipinggirkan kerajaan negeri bahkan aktiviti parti boleh diadakan dengan lebih baik dan teratur berbanding sebelum ini,katanya ketika ditemui semasa lawatannya ke sini, baru-baru ini.

Beliau bersama rombongan seramai 60 orang dari PAS Kawasan Balik Pulau mengunjungi kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10. Mereka berada di sini selama dua hari.Mohd Fauzi juga mengakui hasrat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng, ingin jadikan Khalifah Umar Abdul Aziz dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai idolanya dalam pentadbirannya semakin menjadi kenyataan.Menurutnya ia dapat dibuktikan dengan sikapnya yang lebih bersederhana dalam mengurus harta kerajaan dan tidak menggunakannya bagi tujuan peribadi.

Rakyat Pulau Pinang sekarang sedang memerhatikan pemimpin kerajaan baru mentadbir negeri selepas diberi mandat pada 8 Mei lalu.Alhamdulillah setakat ini apa yang saya perhatikan Ketua Menteri memang melaksanakan apa yang dicakapnya sebelum ni. Guna ball pen pun yang harga tak sampai seringgit,ujarnya.

Beliau juga berkata, pada masa ini PAS Pulau Pinang tidak mempunyai masalah untuk mengaturkan program bersama rakyat kerana turut mendapat kerjasama kerajaan negeri.Kelas-kelas agama, dewan kerajaan juga boleh digunakan sekarang.

Syukur Alhamdulillah sekiranya kerajaan berjaya menawan hati rakyat, mereka tetap akan bersama kita sampai bila-bila, ujarnya.

Lori ikan terjunam, penduduk berpesta

HULU TERENGGANU 19 Mei - Penduduk Kampung Landas di sini hari ini bagaikan berpesta apabila mereka memperoleh pelbagai jenis ikan secara percuma selepas sebuah lori yang membawa tiga tan ikan tersebut terjunam ke dalam gaung di Jalan Jerangau-Jabor berhampiran kampung itu.

Mereka berbuat demikian selepas pemandu lori tersebut, Mohd. Shamrul Hakimi, 25, membenarkan semua ikan yang bertaburan dan bersepah dikutip oleh penduduk terbabit.Kejadian tersebut berlaku kira-kira 4.30 pagi tadi apabila lori berkenaan terjunam ke dalam gaung semasa dalam perjalanan dari Kuala Besut ke Endau, Rompin, Pahang membawa tiga tan ikan pelbagai jenis bernilai kira-kira RM10,000.Mohd. Shamrul Hakimi, 25, ketika ditemui berkata, kejadian itu berlaku apabila beliau gagal mengawal lori selepas rasa mengantuk.

''Saya rasa mengantuk sangat. Lagipun jalan ini lengang tiada kereta lain yang melaluinya," ujarnya.Katanya, lori yang membawa ikan itu sepatutnya diproses menjadi bebola ikan tetapi terbabas ke kanan jalan sebelum menjunam ke curam sedalam kira-kira sembilan meter.''Pada mulanya saya ingat saya sudah mati tapi mujurlah saya cedera sikit sahaja," katanya.

Mohd. Shamrul menambah, semua ikan diberikan secara percuma kerana orang ramai berjaya membantu mengeluarkan kotak-kotak yang mengisi ikan dari gaung tersebut.''Saya bersama-sama kelindan lori Rozi Ibrahim, 30, dibantu pasukan bomba dan penyelamat untuk keluar dari lori tersebut kerana tersepit," katanya.Beliau yang cedera ringan di tangan kiri dan kaki kanan berkata, ini merupakan kemalangan kedua selepas lorinya terlanggar seekor gajah enam bulan lalu.

Pemuda buat laporan polis dakwa Selangor gagal tunai janji

SHAH ALAM 19 Mei - Seorang pemuda yang pernah membuat laporan polis terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa menipu pengundi kerana gagal menurunkan cukai pintu 20 peratus seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya, hari ini sekali lagi berbuat demikian.Kali ini, Mohd. Shaid Rosli 25, mendakwa kerajaan negeri menipu rakyat apabila mengehadkan pemberian insentif RM1,000 untuk anak Selangor yang memulakan pengajian di peringkat diploma dan ijazah pada tahun ini kepada golongan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan.

Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, selain tidak menunaikan janji, pengagihan insentif pelajaran tersebut juga tidak adil kerana pengundi yang memilih pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 8 Mac lalu terdiri daripada semua peringkat masyarakat."Dulu janji nak bagi insentif ini kepada semua anak negeri yang berjaya masuk universiti dan terbaru hanya untuk keluarga berpendapatan bawah RM1,500.Memutar belit"Ini bermakna kerajaan negeri memutar belit janji-janji mereka kerana tidak semua yang mengundi pakatan pembangkang berpendapatan di bawah jumlah tersebut," katanya yang masih menganggur.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 7 di sini hari ini.Pemberian insentif atau hadiah sebanyak RM1,000 kepada setiap pelajar negeri itu yang berjaya melanjutkan pengajian di IPT ialah antara kandungan manifesto PKR dan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan insentif berkenaan tidak dapat diberikan kepada semua yang layak pada tahun ini seperti janji dalam manifesto pilihan raya kerana kekurangan peruntukan.Mohd. Shaid turut melahirkan kekecewaan kerana kerajaan negeri sanggup meluluskan projek ternakan babi berjumlah RM100 juta walaupun mengetahui kemampuan kewangan yang terhad ketika ini.

Menurutnya, tindakan tersebut jelas menunjukkan pakatan pembangkang hanya menabur janji-janji kosong kepada para pengundi demi memenuhi impian mereka.Beliau berharap badan bebas seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dapat memainkan peranan membantu individu yang merasakan diri mereka tertipu dengan permainan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

KALAU SEMUA NAK BUAT REPOT POLIS TU HAAAA PI BUAT REPOT POLIS BERAPA BANYAK JANJI ADUN BE END TAK TUNAI JANJI...ALAMT HANG DOK DEPAN MEJA POLIS 24 JAM LER...BUAT REPOT LEPAS SATU SATU...ANAK SAPA LA NIE PUN TAK TAU

Sanusi Junid ikut jejak Dr M keluar Umno

PETALING JAYA: Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid turut mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno.

"Saya akan buat kenyataan lengkap saya sendiri nanti. Buat masa ini, cukuplah kalau saya katakan saya juga sudah keluar Umno," katanya kepada mStar.

Sanusi yang merupakan antara pengikut setia Dr Mahathir dan bekas setiausaha agung Umno ketika krisis parti 1988 enggan memberikan ulasan lanjut.

Restoran Mamak Yang Hilang Kemamakannya.

just for ur info, this mail was sent by my friend......

Pada 29 April yang lepas, jam 9.30 pm, saya dan 2 anak bujang (Ikmal, Azrin) plus kawan anak namanya Frank Syazwan nak buat satu 'test-to-confirm' kat satu 'restoran mamak' - kami pilih Restoran Azhaar Maju di Taman Seremban Jaya, Senawang .

Budak Frank ni jenis daring, joker, dare to prove something. Dia kata pada saya, "Kalau Uncle nak tahu, jom kita singgah satu kedai mamak and see what I'll ask". All right, pendekkan cerita, this was what transpired:-

Frank : "Ini kedai halal ka?"
Restaurant Attendant : Ya la, Itu awak tengok sana, itu Koran (tunjuk tulisan Qur'an, Allah, Muhammad di dinding restoran)
F : "Awak muslim ke?"
R.A : "Ya!" (dengan gaya confidence - 101%)
F : "Mengucap tengok!"
R.A : "Ahh?"
F : "Mengucap la, aii takkan tak tau!"
R.A : "Apa itu?"
F : " Dua kalimah syahadah, itu syahadah awak cakap saya mau dengar!"
R.A : (Start panicking... )
F : "Ei, awak kata Islam, takkan sebut syahadah pun awak tak tau!"
R.A : (truly panic, looked scared also)
F : "Oh, awak tipu sama saya, aah"
R.A : (Dia pegang bawah lengan Frank dan berkata) "Jangan buat ini macam laa...."

Pendekkan insiden perbualan sampai sini...

Yang obvious dia tanya order makan apa minum apa sampai 3 -4 kali, yes, 3 - 4 kali sebab dia lupa kerana dia resah, gementar dan gelabah. Padahal kita orang order milo ais, teh o ais (2) dan ais kosong saja. Kita org tak order makan pun (langsung jadi tak lalu nak makan dah), dia ulang-ulang tanya sebab memang betol dia gabrah...Menurut kata anak bujang ni (Frank), 90 % 'restoran mamak' di Sekitar Seremban-Senawang yang dia dah test / checked satu persatu dgn method tu, Hindu belaka pekerjanya! Macam2 style depa pusing2 cakap, panggil member lain lah, buat2 tak paham cakap lah, tapi dek kerana kepandaian si budak ni, semua kantol belaka simple test yang dilakukan. Kalau yang ade Muslim dikalangan pekerjanya, pun terlalu sedikit nisbahnya - sorang dua sahaja, yang didapor memasak tentu jadi tanda soal.

Dia bercerita in fact pernah sengaja masuk ke dapor dan jengok/perhati, dan ada restoran mamak dia nampak sendiri ada patong Hindu yang disembah dibilik belakang! (Kat luar sana ayat Qur'an digantong!).So macamana ni? Boleh ke? Pada pandangan individu saya, kalau yang serve / masak makanan yang you makan tu bukan orang Islam, hakikat sebenarnya ape peduli dia barang yang you makan tu, halal ke, tak berapa halal ke, haram ke.

Soal bersih kotor penyediaan makanan itu saya tak nak komen, bukan point perbincangannya disini. Kalau bukan isu halal haram pun lah, ada satu perkara lagi yang perlu kita ambil peduli iaitu mengenai hal air tangan spt di artikel yang saya pernah forward to some of you earlier.Bayangkan, berapa ramai orang kita makan di kedai, dan 'restoran mamak' memang popular! Kira satu Malaysia tengok, berapa ratus (maybe ribu?) restoran ada, berapa juta orang Melayu ada, berapa banyak tahun dah berlalu.

Saya sendiri dah bertahun-tahun balun roti canai dan toseh di restoran-restoran sedemikian..Lepas insiden tu, saya akan lebih memilih dan berhati2 tempat mana nak makan. Saya bukan anti 'restoran mamak' atau nak tiup sentimen (perkauman), tapi kita mesti ambil berat bukan setakat apa yang kita makan tetapi siapa yang menyediakan makanan kita.

Sdra / Sdri pulak try kali ni, esok masuk 'restoran mamak' jgn lupa test pelayan tu suroh dia mengucap tengok!

Doktor,Islam,dan Logik

Sekadar renungan untuk dikongsi bersama....

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.

Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

Pertama :Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan makanan dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua-dua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam?Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Kedua :Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Ketiga :Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebatm 100 kali.

Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapatmelawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja,jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.

Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah :Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube).Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.

Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran

Dibelasah pelanggan - Didakwa jual nasi, lauk mahal

TAIPING - "Sudahlah terhimpit dek harga barangan terutama beras yang semakin melambung harga kebelakangan ini, saya pula dibelasah pelanggan kononnya tidak berpuas hati dengan harga nasi bungkus yang dijual."Demikian cerita peniaga nasi campur, Abu Bakar Jaafar, 58, berhubung tindakan ganas seorang juruteknik yang membelasah dan memalukannya di depan khalayak di Pasar Malam Simpang di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 petang itu, isteri juruteknik terbabit dikatakan telah menengking sekuat hati kepada isterinya, Hamidah Omar selepas dua bungkus nasi campur yang dibeli wanita itu dimaklumkan harganya."Wanita berkenaan bertanyakan berapakah harga nasi bungkus pertama yang mengandungi empat cedok sambal tumis petai dan seketul ikan masak kari.

Pada masa sama, wanita itu mula mengisi nasi dalam pek kedua dan mencedok sambal kerang yang bukan sedikit kuantitinya."Isteri saya kemudiannya memaklumkan harga bagi dua bungkus nasi berserta lauk-pauk yang dibungkus itu adalah RM7 namun apa yang mengejutkan, wanita terbabit serta-merta menengking ke arah saya dan isteri," dakwanya ketika ditemui di wad Hospital Taiping semalam.

Beliau memberitahu, wanita terbabit terus beredar ke keretanya dengan meninggalkan nasi yang sudah bercampur lauk di gerainya."Terkilan dengan tindakan kurang sopan dan memalukan dek kata-kata kesat isteri juruteknik itu, saya terus berjumpa dengan suaminya kebetulan berada di gerai menjual buah berdekatan untuk menerangkan keadaan sebenar."Saya cuma maklumkan bahawa isterinya tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat sedemikian apatah lagi di depan orang ramai namun tiba-tiba juruteknik berkenaan mencekak kolar baju saya.

Dia terus membelasah dan menolak saya menyebabkan jari kelingking saya patah selain kecederaan lain di tangan," katanya.

Misteri penemuan tangan terjawab

KUALA LUMPUR 15 Mei - Misteri penemuan tangan kanan manusia di dalam parit berhampiran sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Petaling Jaya, Selangor pada 13 Mei lalu akhirnya terjawab. Polis berjaya mengenal pasti pemilik tangan tersebut iaitu seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang terlibat dalam satu kemalangan kira-kira pukul 4.30 pagi, 11 Mei lalu.

Persoalan bagaimana tangan tersebut boleh berada di dalam parit berkenaan juga terjawab melalui laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 30-an baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, remaja tersebut putus tangan setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Satria yang dipandu oleh lelaki berkenaan. "Pemandu itu dilaporkan terbabas dan melanggar remaja dari kaum Orang Asli yang sedang menunggang motosikal di Jalan Kuala Kubu Bharu. "Pemandu tersebut menghantar mangsa ke hospital berdekatan dan terus pulang ke rumah tanpa membuat laporan polis terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Arjunaidi berkata, pada keesokan pagi ketika lelaki berkenaan memandu keretanya ke tempat kerja, dia menyedari tangan kanan remaja itu rupa-rupanya terputus dan tertinggal di dalam keretanya. Oleh kerana terlalu panik, lelaki tersebut menghentikan kenderaan dan mencampak tangan tersebut ke dalam longkang berdekatan sebelum membuat laporan polis.

Tangan kanan manusia itu ditemui seorang lelaki yang mengambil anaknya di pusat asuhan berkenaan di Jalan PJS 3/40, Taman Sri Manja, Petaling Jaya, Selangor kira-kira pukul 10 malam pada 13 Mei lalu. Arjunaidi menambah, perkara berkenaan dimaklumkan oleh polis Kuala Kubu Bharu yang menerima laporan kemalangan daripada lelaki terbabit setelah membaca laporan akhbar.

Tegas beliau, polis mungkin akan mengambil tindakan ke atas lelaki terbabit kerana lambat membuat laporan selain tidak bertanggungjawab kerana membuang tangan remaja tersebut ke dalam parit."Difahamkan remaja yang kehilangan tangan itu masih hidup," katanya.

Kempen MAS: AirAsia mula ‘tertekan’

KUALA LUMPUR 14 Mei – AirAsia Bhd., syarikat penerbangan tambang murah terbaik di rantau ini, hari ini mengakui ia tergugat dengan tindakan agresif Malaysian Airline System Bhd. (MAS) mempromosikan kempen ‘Tambang Murah Setiap Hari’.Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Tony Fernandes berkata, walaupun persaingan tersebut baik untuk para pelanggan, tetapi tindakan MAS itu dilihat sebagai ‘menceroboh’ pasarannya.

Dalam satu temu bual dengan Utusan Malaysia di sini, beliau menyifatkan tindakan MAS itu sebagai ‘menikam’ AirAsia secara terang-terangan kerana AirAsia tidak diberi peluang dan keistimewaan seperti mana yang diperoleh oleh syarikat penerbangan kebangsaan itu.Selain menerima subsidi daripada kerajaan, Fernandes mendakwa MAS turut diberi hak dalam menentukan harga tambang, pilihan destinasi dan kekerapan penerbangan.

Pada 5 Mei lalu, MAS telah menawarkan sejuta tiket percuma ke semua destinasi domestik menerusi produk terbarunya ‘Tambang Murah Setiap Hari’.Pengarah Urusannya, Datuk Seri Idris Jala berkata, MAS memperuntukkan secara percuma sehingga 30 peratus tempat duduk dalam setiap penerbangan bagi membolehkan pelanggan menikmati perkhidmatan lima bintang MAS pada tambang sifar.Bagaimanapun, tambang percuma itu tidak termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj.Menurut Fernandes, promosi MAS itu adalah sesuatu yang tidak adil.

Katanya, industri penerbangan di Malaysia tidak seperti di China, Thailand mahupun Indonesia yang memberi keadilan saksama kepada semua syarikat penerbangan sama ada milik kerajaan dan syarikat penerbangan murah.“China Airlines dan Eva Airways, Thai Airlines dan Thai AirAsia serta Garuda Indonesia dan Indonesia AirAsia diberikan laluan yang sama dan tidak ada masalah dalam persaingan.“Kalau negara-negara itu boleh memberikan layanan yang sama, kenapa (di Malaysia) Air- Asia tidak boleh?’’ katanya.

Fernandes berkata, AirAsia tidak gentar dalam menghadapi perang harga dengan MAS, tetapi syarikat itu mengharapkan ia berlaku secara saksama.“Kami tidak menentang persaingan kerana ia baik untuk (membolehkan AirAsia) menjadi peneraju dalam perniagaan ini.“Tetapi kalau betul-betul hendak bersaing, kerajaan tidak patut mengikat sebelah ‘tangan’ kami,” katanya.Beliau menegaskan: “Kami akan terus berjuang untuk meneruskan kelangsungan nyawa AirAsia termasuk untuk kepentingan 5,000 kakitangannya.’’

Ditanya sejauh mana kesan kempen promosi MAS terhadap AirAsia, beliau berkata: “Sekarang belum lagi (nampak kesan) tetapi lambat-laun akan terasa juga.’’Fernandes memberitahu, setakat ini jualan bagi tiket-tiket penerbangan AirAsia meningkat sebanyak 20 peratus.Beliau menjelaskan, AirAsia tidak meminta keadilan yang keterlaluan kecuali lebih banyak laluan ke Singapura yang merupakan destinasi popular dan paling menguntungkan syarikat tersebut.

AirAsia ditubuhkan pada tahun 2001 dan kini memiliki lebih daripada 100 destinasi di dalam dan luar negara.Setakat ini, AirAsia hanya diberi kebenaran untuk membuat penerbangan 14 kali seminggu ke Singapura, manakala MAS pula 69 kali.Syarikat itu juga mahu ia diberikan laluan menarik iaitu Singapura-Kuala Lumpur, Singapura-Kota Kinabalu, Singapura-Langkawi, Singapura-Pulau Pinang.

Dalam temu bual itu, Fernandes juga mempersoalkan mengapa MAS berminat memasuki pasaran AirAsia sedangkan ia boleh mengaut keuntungan daripada laluan-laluan sedia ada yang tidak diperoleh oleh syarikat tambang murah itu.“Kalau MAS dibenarkan menawarkan kempen tambang murah, mengapa AirAsia tidak dibenarkan mendapat penerbangan lebih ke Singapura?“Kami tidak minta banyak, hanya separuh daripada apa yang MAS dapat dan kami akan berjuang untuk mendapat laluan ini seperti yang kami lakukan enam tahun lalu untuk mendapat laluan Singapura,’’ tegas beliau.

Diminta mengulas kempen MAS yang turut menawarkan tambang murah bagi laluan ke destinasi-destinasi ASEAN dan sebahagian laluan ke China, Fernandes berkata: “Semoga MAS berjaya.’’

Astro lebih teruk daripada Yahudi!

Oleh Afrar Yunus

Syarikat televisyen bersatelit pertama di Malaysia lahir pada tahun 1996. Hampir 2.4 juta pengguna menggunakan perkhidmatan ini. Sudah dua belas tahun ia beroperasi di Malaysia, namun kerajaan Malaysia gagal mengawal aktiviti syarikat ini hatta untuk meletakkannya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kenapa ?
Astro bermaharajalela seolah-olah sebuah badan yang mempunyai kekebalan. Segala aduan dan rungutan pengguna di Malaysia diibaratkannya ‘tidak makan saman’. Astro milik MEASAT Broadcast Network System diterajui oleh Dato’Badri Masri, Mohd Khader Merican, Tan Poh Ching dan beberapa individu lain. Apa yang menghairankan, Shaziman Abu Mansor,Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi Malaysia, yang pernah kelihatan cuba menjadikan dirinya juara dalam isu Lojng di Kelantan, kini sangat-sangat kelihatan seperti bebal dan kaku kerana belum dapat melakukan apa-apa bagi mempastikan Astro terikat dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beberapa orang kawan memberitahu, sebagai pengguna mereka telah dipermainkan oleh Astro. Abdul Rahman Ayob seorang pengguna dari Jitra Kedah memberitahu, “program yang disogokkan biasanya adalah yang lama. Selalu juga Astro menayangkan sesuatu program itu berulang kali. Kami sudah bosan dan pernah beberapa kali mengadu kepada Astro. Masih ditakok lama”.

Suresh Mohan dari Sungai Petani pula mengatakan, “jika kita terlewat membayar bil satu hari, denda RM10.00 dikenakan. Saya mengadu ke beberapa tempat termasuk kepada Persatuan Pengguna dan Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi Malaysia tetapi tiada apa-apa perubahan”. Abdul Moin dari Alor Star pula menyesal dengan kakitangan Astro Alor Star. “Bila saya mengadu tentang mutu siaran yang kurang berkualiti ketika cuaca hujan, kakitangan perempuannya ketawakan saya. Kata mereka, sudah ramai yang mengadu, tunggu tengoklah”

Bukan setakat itu sahaja. Difahamkan pakej yang disogokkan tidak mengikut selera penonton. Pelanggan tidak diberikan pilihan tetapi bayaran tetap juga dikenakan. Malah, caj-caj teknikal sehingga RM50.00 juga dikenakan apabila mereka memperbaiki apa-apa kerosakkan yang wujud hasil kelemahan syarikat mereka sendiri. Pelanggan dijadikan mangsa.

Apabila ada orang mengatakan bangsa Yahudi adalah bangsa yang paling kejam di dunia, saya masih beranggapan ianya adalah satu fakta yang kurang tepat. Bangsa Yahudi tidak menindas bangsanya sendiri. Mereka sayangkan bangsa mereka. Mereka tidak mengambil kesempatan di atas kesusahan, penderitaan dan di atas tangisan air mata bangsa sendiri. Mereka melindungi bangsa Yahudi 'biar apa' dunia katakan.

Tetapi dalam hal ini, Astro masih tidak diikat dengan apa-apa lesen. Kenapa tidak ada lesen lain yang dikeluatrkan sebagai saingan kepada syarikat ini ? S

iapa agaknya gunting dalam lipatan yang memperkosa hak rakyat Malaysia sebagai pengguna?

Kos bina Putrajaya RM11.831 bilion

KUALA LUMPUR 14 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kos sebenar bagi pembinaan Putrajaya sehingga kini adalah sebanyak RM11.831 bilion.

Menurutnya, ia meliputi pembangunan pejabat-pejabat kerajaan, kuarters kerajaan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan rumah kediaman rasmi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Hakim.Selain itu katanya, ia turut meliputi pembangunan infrastruktur seperti terowong, jalan, jambatan, menara selain kemudahan awam seperti taman, dataran dan tasik.

Tambahnya, pembangunan pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya adalah secara penswastaan melalui kaedah bina, pajak dan pindah.‘‘Melalui kaedah ini, Putrajaya Holdings menggunakan pembiayaan sendiri untuk membina pejabat-pejabat kerajaan secara berperingkat di atas tanah kerajaan di Putrajaya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

60 tahun pembantaian di Deir Yasin,Palestin.

Pembantaian yang paling masyhur dan pertama kali dikenal media dan intelektual Arab adalah pembantaian Deir Yasin yang terjadi pada April 1948, yang melibatkan jemaah pengganas zionis “Hagana”, “Irgun” dan "Stern" dalam penyerbuan desa al-Musalamah dengan melakukan pembunuhan kaum wanita dan kanak-kanak, yang dilakukan dari jarak dekat.

Meskipun kajian sumber-sumber sejarah menunjukkan pembantaian yang paling awal dan yang pertama dilakukan Zionis Israel terhadap orang awam Palestin telah berlaku pada tahun 1919 bertepatan pada perayaan hari raya Nabi Musa.Pada malam 9 April, 1948, 60 tahun yang lalu, penduduk Deir Yassin terbangun kerana perintah “mengosongkan desa” yang disuarakan oleh pembesar suara. Sebelum mereka mengerti apa yang sedang terjadi, mereka telah dibunuh.

Penyelidikan Palang Merah dan PBB yang dilakukan berturut-turut di tempat kejadian menunjukkan rumah-rumah dibakar terlebih dahulu lalu sesiapa yang cuba menyelamatkan ditembak mati. Dalam serangan ini, wanita-wanita hamil dirobek perutnya mereka dengan benet, hidup-hidup. Anggota tubuh korban dipotong-potong, anak-anak dipukul dan diperkosa. Dalam pembantaian Deir Yassin, 52 orang kanak-kanak disayat-sayat tubuhnya di depan mata ibu mereka, lalu mereka dibunuh dengan cara kepalanya dipenggal.Lebih daripada 60 orang wanita terbunuh dan tubuh mereka dipotong-potong.

Jumlah korban pembantaian Deir Yasin sebanyak 254 orang. Tidak puas hanya dengan pembantaian, para pengganas mengumpulkan kaum wanita dewasa dan remaja yang masih hidup, menanggalkan seluruh pakaian mereka, membaringkan mereka di atas kereta tidak berbumbung, membawa mereka sepanjang jalan daerah Yahudi di Jerusalem dalam keadaan telanjang.

Jacques Reynier, perwakilan Palang Merah Palestin pada saat itu, yang melihat potongan-potongan mayat selama kunjungannya ke Deir Yassin pada hari serangan itu hanya mampu berkata, “Keadaannya sungguh mengerikan."Selama serangan, 280 orang Islam, di antara mereka wanita dan anak-anak, mula-mula diarak di sepanjang jalan lalu ditembak seperti menjalani hukuman mati.

Sebahagian besar wanita yang masih remaja diperkosa sebelum ditembak mati, sedangkan remaja lelaki ada yang dikebiri kemaluannya.Pembantaian ini adalah sebahagian daripada rancangan pembantaian yang diatur terhadap rakyat Palestin oleh para pengganas Zionis yang bertujuan hendak mengubah Palestin menjadi sebuah negara Yahudi.

Aksi-aksi ganas Zionis seperti di Deir Yassin telah menghasilkan pengusiran besar-besaran orang Palestin.Para milisi Zionis, dan kemudiannya tentera Israel mengusir mereka ke luar dari tanah bersejarah yang telah mereka huni berabad-abad lamanya. Dengan pantas pula Israel melakukan pemindahan Yahudi dari seantero dunia ke rumah-rumah dan tanah-tanah rakyat Palestin yang ditinggalkan.

Bagi bangsa Palestin, Deir Yassin adalah simbol hilangnya tanah tumpah darah mereka dan kehancuran masyarakat mereka, sebuah situasi yang terus berlangsung hingga hari ini. Ketika Israel mendeklarasikan diri pada Mei 60 tahun lalu, lebih daripada 700,000 rakyat Palestin diusir sementara 78 peratus tanah pusaka Palestin lenyap dan berubah nama menjadi “Israel”.

Dewasa ini, pelarian Palestin hampir berjumlah 4 juta orang, di luar populasi keseluruhan bangsa Palestin yang mendekati angka 10 juta. Sementara pelarian lain dari berbagai belahan dunia dapat kembali ke tanah air mereka, hak pulang pelarian Palestina hingga saat ini masih dirampas secara internasional. (seto)

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Salah Satu Cara Be End Bazirkan Duit Petronas

Lim: Orkestra filharmonik satu pembaziran

Fauwaz Abdul Aziz May 13, 08 9:08pm

RM130,000 sebulan? Itulah gaji bulanan yang dibayar kepada konduktor Orkestra filharmonik Malaysia (MP0).Dan menurut ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, langkah mengekal konduktor dan anggota MPO yang ramai rakyat asing, adalah satu pembaziran wang Petronas.Setiausaha agung DAP itu membangkitkan isu tersebut sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.Lim mendedahkan bahawa kos membiayai anggota MPO itu mencecah RM3.5 juta sebulan.

Menurutnya, 95 peratus pemuzik asing itu dibayar antara RM16,000 hingga RM28,000 sebulan dan mendapat dua bulan cuti bergaji setiap tahun. Konduktornya pula dibayar RM130,000 sebulan manakala penolongnya dibayar gaji RM50,000 sebulan.Sejak 10 tahun ia ditubuhkan, kata Lim, kos pembiayaan orkestra tersebut berjumlah RM500 juta.

Lim juga mendakwa, bekas konduktor residen MPO, rakyat Malaysia - Ooi Chean See - telah meletakkan jawatan selepas tidak diberi peranan sewajarnya.Sehubungan itu, beliau bertanya, mengapakah Petronas membelanjakan wang yang banyak tetapi tidak memberi faedah kepada pemuzik tempatan.

Katanya, pemuzik tempatan dipinggirkan manakala Petronas membelanja begitu banyak wang untuk melayan orang asing, terutama dari Eropah.Menurut Lim, sikap tersebut yang membuat rakyat begitu marah dengan Barisan Nasional (BN).Sebaliknya, Lim yang juga ahli parlimen Bagan, menggesa kerajaan supaya mengagihkan secara saksama perolehan dan keuntungan syarikat minyak nasional itu untuk faedah rakyat Malaysia, terutama yang miskin, bukannya mementingkan Pengeluar Kuasa Bebas (IPP).

Sebagai contoh, katanya, ia termasuk bayaran bonus RM6,000 setiap tahun kepada setiap keluarga dan ia tidak akan menjejaskan keuntungan Petronas yang mencecah hampir RM80 bilion.

Mengenai pembelian jet pejuang Sukhoi dari Russia, Lim bertanya mengapa harga yang dipersetujui adalah AS$50 juta sebuah, sedangkan India membeli pesawat yang sama pada harga AS$40 juta sebuah.

Dunia bertambah rosak tanpa poligami

Statistic mengatakan nisbah laki pompuan itu 2:3
Imagine separuhnye adalah jahatI

magine populasi lelaki 200
maka ade 300 pompuan

100 lelaki jahat
100 lelaki maybe jahat maybe tak

pompuan jahat ade 150
pompuan baik 150

tentunya takde yang suka dengan yang jahat
lelaki jahat pilih pompuan baik2
pompuan baik2 terpaksa la pilih lelaki jahat sebab lelaki baik dah out of order.

pompuan baik tu pun ikut jahat sebab husband diorang jahat.
total pompuan jahat 200 orang....
100 pompuan jahat yang x kahwin-kahwin pun bertambah jahat sampai tua.
lepas tu.. dah tua xde yang nak urus sebab xde anak dan asal pun jahat.

Lelaki baik2 normal syok juga kalau tgk pompuan jahat pakai pakaian sexy... ikut jahat jugak.. tatau total yang bole survive jadi lelaki baik.
seandainya bole poligami
100 lelaki tu kahwin dengan 300 pompuan.
lelaki jahat xdapat kahwin
sebab pompuan dah kahwin sume
haha

Dunia rosak tanpa poligami

Setelah 62 tahun, RTM izinkan penyampai berita bertudung

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Tahniah! Itulah kalimah yang wajar ditujukan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana 'terpaksa' mengambil masa 62 tahun untuk memberi kebenaran kepada penyampai berita untuk tampil bertudung.

Ramai yang berpendapat, RTM selama ini telah menafikan secara tidak langsung kebebasan dan hak seseorang mengamalkan ajaran agamanya khususnya bagi penyampai berita wanita yang beragama Islam. Dalam satu artikel di akhbar tempatan Hamidah Hamzah yang sering kali tampil sebagai pembaca berita Dunia Hari ini jam 11 malam dan Warta 1.30 pagi menyatakan kegembiraannya setelah sekian lama 'berjuang' untuk melaksanakan tuntutan agama dan impiannya selama tiga tahun lalu akhirnya tercapai.

"Sebaik mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Penerangan memberi kelulusan penyampai berita di RTM kini boleh bertudung, sayalah individu paling gembira. "Selepas sekian lama perkara ini disuarakan, baru sekarang ianya dibenarkan dilaksanakan," katanya yang merupakan penyampai wanita bertudung pertama dalam RTM.

Namun katanya dalam wawancara itu, beliau mestilah tampil gaya tudung yang sesuai seperti yang digayakan dan kira-kira 20 gambar gaya ikat tudung pelbagai cara telah dihantar untuk dinilai dalam mesyuarat tersebut. "Ini kerana mengikut antara syarat yang ditetapkan, cirinya mestilah beridentitikan tudung RTM," katanya.

Sementara itu bekas penyampai beriuta RTM, Wan Chik Hashim atau lebih dikenali sebagai Wan Chik Daud berkata tindakan RTM harus dilakukan sejak dulu lagi. Beliau mencerita permintaannya untuk tampil bertudung telah disuarakan semenjak tahun 1984 selepas pulang menunaikan haji, namun tidak dibenarkan sama sekali. Katanya disebabkan keengganannya menyampaikan berita tanpa bertudung, beliau diarah bertukar ke bahagian radio.

Ramai pembaca artikel berkenaan merasa kesal kerana RTM sebagai media rasmi Kerajaan yang sering melaungkan dan menyiarkan isu-isu berkaitan Islam,kebebasan dan hak individu serta senantiasa mempromosikan Islam Hadhari tidak mengizinkan penyampai berita melaksanakan syariat Islam malah dikenakan pula syarat yang ketat untuk dipenuhi.

Bagi hash117 yang menghantar pandangan terhadap artikel tersebut di Tranungkite amat terkejut dengan sikap RTM selama ini. "Saya amat terkejut bila membaca satu artikel di akhbar di Malaysia hari ini. Mengucap panjang entah nak percaya atau tidak artikel ni.. "Sekian lama Malaysia dikenali dengan Negara Islam dan perkhidmatan RTM selama 62 tahun tetapi... Saya berkata begitu atas kenyataan dua orang pembaca berita Wanita yang RTM tidak membenarkan mereka memakai tudung. "Malah kelulusan sekarang ini pun menpunyai syarat syarat yang ketat. Tudung mesti berciri RTM, 'colour' tudung mesti .....Hancur hancur ..." RTM juga pernah mengutuk kerajaan Turki dangan Britain dalam isu kerajaan tersebut yang enggan membenarkan wanita Islam memakai Tudung atau Purdah namun RTM jugalah yang membuat larangan seumpama itu, katanya.

'Walaupun 2,000 laporan polis, saya tak berganjak’

KUALA LUMPUR 12 Mei – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (gambar) menegaskan, walaupun 2,000 laporan polis dibuat terhadapnya, beliau akan terus berpegang kepada kenyataan bahawa Sultan Perak tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

Ketika membahaskan usul terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Karpal mendakwa laporan-laporan polis terhadapnya yang kini mencecah 20 kes didalangi oleh UMNO.“Saya tidak lakukan perbuatan melanggar undang-undang, tetapi ada 20 laporan polis mengenai isu Sultan Perak. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri mengarahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membuat laporan polis.

“Apa kredibiliti Ahli Parlimen Putrajaya (Tengku Adnan) untuk buat laporan polis terhadap saya?” katanya.Tindakan Karpal yang menyentuh mengenai peribadi ahli Dewan Rakyat yang lain ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ronald Kiandee di bawah Peraturan Mesyuarat 36(9).Ahli Parlimen veteran itu bagaimanapun mendakwa isu tersebut penting disebut kerana terdapat 20 laporan polis dibuat terhadapnya yang merupakan satu sejarah di Malaysia.

“Saya tidak mempersoalkan atau mencabar kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam di Perak tetapi baginda tidak ada kuasa dalam hal untuk menarik balik pertukaran seseorang pegawai kerajaan,” katanya.Karpal mempertikaikan mengapa beliau dituduh derhaka oleh sesetengah pihak sedangkan para pemimpin UMNO pada tahun 1993 membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan dengan mewujudkan mahkamah khas dan menjadikan sultan sama taraf dengan rakyat.

Tindakan Karpal yang menyentuh sifat dan peribadi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dalam perbahasannya menyebabkan Razali Ibrahim (BN-Muar) bangun mencelah menggunakan Peraturan Mesyuarat 36, 37 dan 38.Menurut Razali, isu yang dibangkitkan oleh Karpal itu perlu dihentikan memandangkan jika seseorang ahli Dewan Rakyat hendak membahaskan mengenai Raja- Raja Melayu ia perlu dibuat melalui satu usul khas.

Bantahan Razali itu dipersetujui oleh Ronald yang mengarahkan Karpal agar tidak membangkitkan isu Yang di-Pertuan Agong dan Raja- Raja Melayu kerana ia bercanggah dengan peraturan Parlimen.Namun, Karpal tidak mengendahkannya dan terus memperkatakan perkara itu sehingga Razali terpaksa bangun sekali lagi menggunakan peraturan mesyuarat yang sama.

Akhirnya Karpal akur dengan keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.Bagaimanapun, dalam ucapannya selepas itu beliau menyentuh pula mengenai pelantikan Menteri Besar Terengganu dan Perlis yang ditentang oleh UMNO tetapi tiada tindakan untuk menuduh para pemimpin UMNO derhaka terhadap Raja-Raja Melayu.“Mengapa ada double standard, mengapa saya menjadi mangsa?'' tegasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail membuat keputusan yang adil dan tidak dipengaruhi oleh Perdana Menteri dalam menentukan bentuk tindakan susulan kepada laporan-laporan polis yang dibuat terhadapnya.Razali, yang merupakan seorang peguam, kemudian bangun menjelaskan mengenai Perkara 34(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Raja-Raja Melayu ialah Ketua Agama Islam di negeri masing-masing.

Beliau bertanya: “Jika Raja-Raja Melayu tidak boleh membuat keputusan (mengenai kedudukan pegawai jabatan agama Islam) bagaimana (baginda) hendak menjalankan fungsi tersebut?”Bagaimanapun, dalam jawapannya, Karpal bertegas mengatakan Jamry ialah pegawai kerajaan dan Sultan Perak tidak ada hak untuk mengarahkan pertukaran Jamry dimansuhkan.Razali sekali lagi bangun untuk bertanya siapa yang akan menjalankan tugas Jabatan Agama Islam Perak kalau Sultan Perak tidak ada kuasa.

Karpal tidak menjawab soalan itu, sebaliknya mengulangi kenyataannya: “Gaji Jamry bukan dibayar oleh JAIP tetapi oleh kerajaan, jadi dia ialah pegawai kerajaan.”

UiTM nak lahirkan ramai penulis blog pula?

UiTM sedia tawar kursus penulisan blog

SHAH ALAM 12 Mei - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia memperkenalkan kursus berkaitan pengajian blog dalam usaha membantu pengendali laman blog lebih berwibawa dalam penulisan mereka.Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, kebebasan media alternatif kini menakutkan kerana mereka boleh menulis tanpa kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika dan jarang sekali didakwa di mahkamah.

''Penulisan blog adalah terbuka dan boleh diceburi oleh sesiapa sahaja berbanding pengamal media tradisional yang memerlukan kelayakan, pengalaman dan latihan."Saya menyokong sepenuhnya cadangan ini (kursus berkaitan blog). Ia amat kena pada masanya. Kita tahu mereka (penulis blog) sudah pandai tetapi ia perlu bagi membantu mereka menjadi blogger yang profesional dan beretika," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Media dan Pilihan Raya Umum 2008 anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM di sini hari ini.Beliau ditanya sama ada UiTM ada cadangan untuk menawarkan pengajian tertentu kepada blogger berikutan penulis blog ketika ini bebas menulis apa saja tanpa perlu mengikuti pengajian bersifat akademik.

Terdahulu dalam ucapannya, Ibrahim berkata, fungsi media massa kini telah berubah apabila media baru kini menjadi fokus golongan muda disebabkan sikap anti kerajaan mereka.''Setiap kali media tradisional membuat kesilapan, media baru menjadi pilihan alternatif mereka. Setiap kali media tradisional cuba membentuk pendapat masyarakat, mereka kehilangan pembaca yang mempunyai pilihan media baru," ujarnya.Beliau juga berpendapat kebebasan media pada masa akan datang juga tidak boleh dipandang ringan oleh pengamal media dan ahli politik, ekoran perkembangan semasa.

Katanya, etika dalam media perlu agar media perdana dan media alternatif mendapat perspektif yang seimbang.Baginya, jika media perdana didakwa cenderung menipu dan tidak adil apabila bertindak atas pengaruh parti pemerintah, media alternatif juga berpotensi untuk berbuat demikian.''Sesiapa sahaja (media alternatif) boleh menulis.

Mereka tidak perlu mempunyai kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika pemberitaan dan jarang sekali didakwa di mahkamah. Kebebasan ini menakutkan,'' katanya.