KUALA TERENGGANU: Dia baru berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Namun, jumlah wang dalam akaun banknya kini sudah melebihi RM80,000 walaupun diabukan daripada keluarga kaya.Rahsia kemewahannya hanya terbongkar selepas pelajar perempuan ituterpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara keranakemaluannya cedera, Mac lalu.
Sumber sekolahnya di sini memberitahu Harian Metro, kecederaan itusekali gus menjawab persoalan kenapa pelajar itu sering berulang-alikke ibu negara hampir setiap minggu sejak tiga tahun lalu.Ini berikutan dia dikatakan menawarkan khidmat seks dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM4,000 sekali perkhidmatan tanpadisedari anggota keluarganya.Kegiatan sumbangnya mula dihidu pengurusan sekolah selepas pelajar itu ponteng selama beberapa hari.
Sumber itu berkata, apabila pelajar terbabit tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari, seorang guru diarahkan ke rumahnya untuk bertanyakan keluarganya yang ternyata terkejut besar dengan tindakannya.Tambah mengejutkan, hasil siasatan dilakukan, pelajar terbabit didapati mempunyai simpanan lebih RM80,000 dipercayai hasil kegiatan tidak bermoral itu.Difahamkan, pelajar terbabit dikatakan mampu memperolehi bayaran antara RM8,000 hingga RM12,000 semalam dengan melayan pelanggan kayayang diuruskan orang tengah termasuk ahli perniagaan dari luar negara.
Pelajar yang mempunyai perwatakan menarik dan dikatakan turut cemerlang dalam pelajaran itu didakwa sudah melakukan kegiatan itusejak 2006 sehinggalah tembelangnya terbongkar dua bulan lalu.Dia dikatakan sering berulang-alik ke ibu negara pada setiap malam Jumaat dan hanya berada di sana selama semalam bagi mengelak kegiatannya dihidu ahli keluarga dan pihak sekolah.
Difahamkan, kegiatan pelajar itu terbongkar selepas dia terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara untuk menerima rawatan lanjut berikutan kemaluannya cedera selepas melakukan hubungan seks dengan pelanggan dari Timur Tengah.Pelajar itu dikatakan menerima bayaran RM4,000 untuk melayan pelangganberkenaan, namun kecederaan dialami itu menyebabkan dia terpaksa ponteng sekolah selama beberapa hari untuk menerima rawatan, sekaligus membongkar kegiatan sumbangnya.
Sumber memberitahu Harian Metro, hanya segelintir guru mengetahui perkara itu dan ia sengaja dirahsiakan bagi mengelak masa depan pelajar berkenaan terjejas.Hasil siasatan mendapati pelajar terbabit biasanya akan menaiki kapal terbang pada setiap malam Jumaat sebelum dijemput sebuah kereta mewah untuk dibawa ke hotel mewah di ibu negara bagi melayan pelanggan yang sedia menunggu.
Harian Metro difahamkan, kegiatan pelacuran membabitkan pelajar perempuan di negeri ini mula dikesan sejak lima tahun lalu tetapi sukar dikesan pihak berkuasa kerana pelajar terbabit dikatakan menjalankan kegiatan mereka di ibu negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment