Azamin Amin
Tue May 06, 08 2:52:31 pm MYT
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - "Demam kalau kena bayar sendiri...nasib baik Parlimen yang bayar..tapi saya ingat ini semua membazir wang rakyat sahaja."Demikian bicara santai Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin ketika menceritakan soal harga pakaian atau uniform Parlimen yang lebih dikenali sebagai baju istiadat (No. 1 Dress) dalam blognya.Menurut blognya itu, harga sepasang pakaian itu bagi seorang ahli Parlimen berjumlah RM1,500 dan Parlimen membelanjakan kira-kira RM333,000 untuk tujuan itu bagi pakaian sejumlah 222 ahli Parlimen.
Harga bagi baju dan seluar sahaja membabitkan harga RM700 manakala 'appollete & geogette' yang terletak di bahu dan kolar baju berharga kira-kira RM600.00."Kalau beli songkok kosong di Mydin harganya hanyalah RM13 tetapi bila tambah riben kuning dengan lencana Parlimen..praappp..jadi RM120," katanya secara berseloroh dalam blognya itu."Saya ingat kalau makcik-makcik yang keluar dalam rancangan 'BersamaMu' itu tau harga uniform ni mau dia 'tempeleng'...," katanya.
Berikut adalah senarai harga baju parlimen terbabit:-
1.- Baju RM 450
2.- Seluar RM 250
3.- Songkok RM 120
4.- Appollette/Geogette RM 600
5.- Butang RM 80
Jumlah RM 1500 ( x 222 Ahli Parlimen) = RM 333,000.00
Bagi waterlily yang menghantar komen dalam blog beliau menyatakan rasa sungguh kecil hati berhubung harga pakaian terbabit."Gaji saya juga bawah paras RM600 tanpa KWSP.Alahai YB.Bukan salah YB pun. Sekadar ikut protokol yang direka-reka," katanya.Manakala Hanif Amran memuji tindakan Zulkifli yang mendedahkan hal terbabit."Bestla YB cerita 'detail' hal parlimen ni sampai ke baju yang selama ni orang tak tau. Mahal betul baju tu...," katanya.
Malah ada pemberi komen secara sinis mempersoalkan pihak mana yang mendapat keuntungan besar hasil kontrak membuat baju parlimen terbabit.Dalam pada itu Zulkifli kini menyedari kewajaran Almarhum Tun Zahir membina mini zoo sebelum ini di Parlimen."Dulu saya ingat membazir..tapi saya ingat Almarhum ada maksud tersirat..dia nak peringatkan Ahli Parlimen jangan jadikan Parlimen macam zoo," katanya. - mks
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment