Wak Sabri umpan main komputer
BATU PAHAT: Umpannya cukup mudah, mangsa diajak ke kafe siber di pekan Senggarang dan dibiarkan bermain permainan komputer sepuas-puasnya.Apabila kanak-kanak itu puas bermain komputer, dia diajak balik dan kemudian suspek mencari tempat sesuai di belakang kediamannya di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan kebun kelapa sawit untuk menjadikan mangsa sebagai pemuas nafsunya pula.
Selepas memuaskan nafsu buasnya, sedikit wang dihulurkan kepada mangsa sebagai ganjaran menutup mulut selain diberi amaran keras supaya tidak memberitahu sesiapa.Bagaimanapun, perbuatan terkutuk lelaki warga emas itu terbongkar 29 April lalu apabila seorang guru di sebuah sekolah rendah di Senggarang, mengesyaki sesuatu apabila prestasi akademik pelajarnya itu semakin merosot selain suka termenung.
Selepas puas menyoal untuk mencari punca perubahan sikap yang ketara itu, murid perempuan berusia 12 tahun itu mengaku menjadi pemuas nafsu seorang warga emas yang tinggal sekampung dengannya di Kampung Parit Saidi, Senggarang.Warga emas terbabit dipercayai beberapa kali meratah tubuh pelajar itu sejak Disember lalu dan kali terakhir dia melakukan perbuatan terkutuk itu 25 April lalu, empat hari sebelum laporan dibuat guru itu di Balai Polis Senggarang.
Menyedari perbuatannya terbongkar, warga emas itu, Sabri Sanusi atau lebih dikenali dengan panggilan Wak Sabri, 59, menghilangkan diri dan usaha menjejakinya giat dijalankan ketika ini.Wak Sabri, pemegang MyKad bernombor 490911 -01-5487 memiliki lapan rekod jenayah antaranya merogol, meliwat, samun serta pecah rumah dan sering keluar masuk penjara sejak 1970 dan kali terakhir menjalani hukuman penjara pada 1995.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata pihaknya percaya Wak Sabri, masih bersembunyi di sekitar Senggarang.“Saya merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Wak Sabri supaya menghubungi polis di talian 07-4343999 atau laporkan di balai polis berhampiran,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment