Pakar Motivasi perkosa gadis

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dia dianggap alim, berbudi pekerti dan sering memenuhi undangan untuk berceramah agama selain mampu mencairkan orang ramai yang mendengar pidatonya.Kewibawaannya turut terbukti apabila lelaki berusia 40-an yang sudah berkahwin dan mempunyai lima anak terbabit pernah dijemput memberi ceramah motivasi bagi program sebuah stesen televisyen.Bagaimanapun, sifat baik dimiliki ustaz terbabit yang juga seorang bomoh hanya lakonan semata-mata apabila dia didakwa memiliki ilmu hitam untuk memikat wanita supaya tunduk kepadanya sebelum merogol mereka.

Perkara itu didedahkan seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ita, 20-an, yang mendakwa dirogol bomoh terbabit di sebuah hotel di Cheras di sini, Selasa lalu.Menceritakan semula perkenalannya dengan ustaz terbabit, Ita berkata, bomoh itu ditemuinya selepas diperkenalkan bekas suami untuk berubat secara tradisional berikutan mengalami penyakit ganjil dipercayai terkena sihir.

Ita yang juga seorang peniaga, berkata dia yang bercerai tiga bulan lalu mulanya enggan ke pejabat bomoh terbabit, namun mengalah apabila bekas suami bersungguh-sungguh mahu menyembuhkan penyakit ganjil dihadapi.“Saya pergi ke pejabatnya pada awal bulan lalu bersama ibu bapa, adik dan bekas suami untuk rawatan.“Bomoh itu memberitahu, ada jin menyorok dalam anggota sulit saya sebelum menyentuh seluruh badan, termasuk pada bahagian sulit.“Kami juga yakin selepas ustaz terbabit menunjukkan kesaktiannya apabila memegang sehelai benang sebelum ia bergerak dengan laju sebaik dia membaca ayat,” katanya kepada Harian Metro.

Bomoh terbabit juga mendakwa pergerakan benang itu petanda ada jin dalam badan Ita.Menurutnya, tiga hari kemudian, dia membawa bekas majikannya yang turut terkena sihir untuk berubat dengan bomoh terbabit.Bomoh itu kemudian memintanya datang semula seorang diri pada malam hari sama.“Dia (bomoh) membawa saya bersiar-siar di Bukit Antarabangsa dan belanja saya minum. Dia turut memberitahu saya supaya jangan berbaik dengan bekas suami.“Lebih pelik, dia sebaliknya mahu saya berkahwin dengannya jika mahu sembuh daripada sihir yang dihadapi,” katanya.

Selama dua minggu, bomoh itu menghantar SMS dan menghubungi Ita yang langsung tidak mahu berjumpa kerana mula pelik dengan perangainya.“Bagaimanapun, keadaan saya makin teruk...nasi yang baru dimasak di rumah serta-merta menjadi basi selain saya mengalami pendarahan teruk ketika membuang air besar.“Pada Selasa lalu, bomoh itu menghubungi saya dan memberitahu dia ada di sekitar rumahnya sebelum bersetuju berjumpa saya,” katanya.

Selepas duduk minum bersama bomoh terbabit hampir tiga jam, Ita mendakwa dipukau dan hanya mengikut segala arahan bomoh itu.“Ketika itu, saya dalam keadaan antara sedar dengan tidak, seolah-olah hanya mengikut arahannya. Dia membawa saya ke sebuah hotel dan merogol saya.“Walaupun tahu apa yang berlaku, saya tidak mampu menolak seolah-olah mulut ‘dikunci’,” katanya.

Mangsa kemudian menceritakan hal menimpa dirinya kepada keluarga sebelum membuat laporan polis.

Persoalannya : siapakah PAKAR MOTIVASI tersebut

No comments: