Ibu enam anak main asmara dengan pemuda Nepal

MELAKA: Seorang ibu kepada enam anak sanggup bermain kayu tiga apabila dia dikatakan melempiaskan nafsunya bersama rakan sekerjanya yang juga lelaki warga asing selepas menghadapi masalah rumah tangga bersama suaminya sejak beberapa tahun lalu.

Wanita berusia 42 tahun itu bersama kekasih warga Nepal berusia 26 tahun berkenaan menjadikan kabin yang juga tempat tinggal lelaki terbabit yang terletak dalam sebuah kilang sebagai tempat melepaskan nafsu mereka.

Bagaimanapun, perbuatan sumbang pasangan terbabit yang sering `hilang’ bersama setiap kali waktu rehat terbongkar selepas sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menyerbu kabin kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, dekat sini, kira-kira jam 1.40 petang, kelmarin.

Sebaik ditahan, wanita berkenaan terus didakwa di Mahkamah Syariah Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata berdasarkan siasatan pihaknya, pasangan terbabit sudah menjalin hubungan sulit sejak sebulan lalu.

Katanya, pasangan terbabit mengaku kerap melakukan perbuatan terkutuk itu sejak seminggu lalu.“Walaupun kabin berkenaan tidak tersorok daripada pandangan pekerja kilang yang lain, namun mereka sanggup masuk bersama ke dalamnya tanpa segan silu,” katanya.

No comments: