GOMBAK: Lebih 50 gadis urut yang leka melayani pelanggan di 10 rumah urut di sekitar daerah ini tergamam apabila premis mereka tiba-tiba diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan dan Pelesenan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), petang semalam.Dalam operasi serentak jam 3 petang itu, kebanyakan gadis urut berusia awal 20-an terbabit didapati ‘berkurung’ dalam bilik khas bersama pelanggan yang kebanyakannya lelaki tempatan.
Malah, serbuan sama turut membongkar tindakan segelintir pemilik rumah urut yang berselindung di sebalik papan tanda salun rambut bagi mengaburi aktiviti haram yang dilakukan.Jurucakap MPS berkata, operasi yang diketuai Pengarah Kesihatan dan Pelesenan MPS, Dr Razif Zainol Abidin dilakukan bagi membanteras rumah urut haram yang beroperasi tanpa lesen selain melanggar peraturan.
Menurutnya, dalam operasi serentak itu, 10 rumah urut terutama di kawasan Taman Sri Gombak, Pusat Perniagaan Batu Caves dan Taman Sri Batu Caves, diperiksa enam pegawai dan 14 anggota penguat kuasa MPS.“Ketika serbuan dilakukan kebanyakan gadis urut di premis berkenaan sedang bertugas.
Bagaimanapun, bilangan pelanggan lelaki tidak ramai berikutan serbuan dilakukan ketika waktu pejabat.“Hasil pemeriksaan, sebuah rumah urut dikompaun kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen sejak beberapa bulan lalu. Pemiliknya memasang papan tanda dan menjalankan perniagaan haram tanpa membuat permohonan terlebih dahulu daripada MPS,” katanya.
Menurutnya, ada kemungkinan premis terbabit menyediakan perkhidmatan ‘sampingan’ berikutan bilik urut itu dibina dinding pemisah yang boleh menimbulkan syak.“Selain itu, kompaun dikenakan terhadap pasangan suami isteri yang menyalah guna bangunan kediaman sebelum diubah suai menjadi rumah urut.
Pemeriksaan mendapati rumah kedai di tingkat satu terbabit dijadikan rumah urut tanpa kelulusan MPS.“Berdasarkan semakan pemilik premis terbabit yang berusia 30-an pernah memohon lesen rumah urut pada 2005, namun ditolak selepas didapati melanggar syarat pelesenan ditetapkan,” katanya.Menurutnya, rumah urut haram yang mempunyai dua bilik itu turut dijadikan kediaman oleh pasangan terbabit bersama empat anak mereka.
“Selain itu, pegawai MPS menarik balik lesen perniagaan yang diberikan kepada dua premis selepas didapati melakukan penipuan ketara berhubung bentuk perniagaan yang dipohon.
“Mereka sebelum ini memohon untuk membuka salun dandanan rambut, namun siasatan mendapati salun terbabit tidak wujud sebaliknya lesen diberi MPS digunakan untuk membuka rumah urut haram,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment