PLUS untung RM384 juta

KUALA LUMPUR 27 Mei - Keuntungan sebelum cukai PLUS Expressways Bhd. (PLUS) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2008 meningkat kepada RM384.077 juta berbanding RM265.870 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.Perolehan menokok kepada RM719.418 juta berbanding RM523.992 juta sebelumnya.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, PLUS menyatakan keputusan kewangan bagi suku pertama 2008 secara amnya menunjukkan peningkatan dengan penyertaan tiga anak syarikat milik penuh yang baru diambil alih, iaitu Expressway Lingkaran Tengah Sdn. Bhd. (Elite), Linkedua (Malaysia) Bhd. (Linkedua) dan Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim Sdn. Bhd. (KLBK)."Kedua-dua pengambilalihan Elite and Linkedua telah diselesaikan pada Disember tahun lalu dengan KLBK menyertai kumpulan pada Mac 2008," katanya.

Tambah kenyataan itu, kutipan tol dalam suku pertama 2008 meningkat sebanyak 25.6 peratus kepada RM540 juta berbanding dengan RM430 juta dalam suku pertama tahun lalu."PLUS, pengendali Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan dan lebuh raya lain, menyumbang 86 peratus daripada kutipan tol keseluruhan," katanya.

Mengulas tentang keputusan itu, Pengarah Urusan Kumpulan Noorizah Abd Hamid berkata, peningkatan sebahagian besarnya dipacu oleh pertumbuhan volum trafik yang menggalakkan sebanyak 8.1 peratus bagi PLUS, masing-masing 8.8 peratus dan 19.0 peratus bagi Elite dan Linkedua, dalam suku pertama tahun ini.

TAK PERNAH RUGI...KALAU BETUL KERAJAAN BELA NASIB RAKYAT...KAJI SEMULA PERJANJIAN KONSESI LEBUHRAYA TERUTAMA TENTANG HAK MENAIKKAN KADAR TOL SETIAP 3 TAHUN DAN BATALKAN CLAUSE KERAJAAN KENA BAYAR PAMPASAN JIKA KADAR BARU TIDAK DILULUSKAN

No comments: