LONDON: Tidur kurang dari enam jam setiap malam menggandakan risiko menghidap masalah kesihatan yang dikaitkan dengan penyakit jantung.Kekurangan tidur didapati meningkatkan risiko sindrom metabolik, set gejala termasuk paras kolesterol tinggi, peningkatan tekanan darah, ukuran pinggang yang besar dan masalah mengawal paras gula dalam darah.Sindrom itu dianggap sebagai amaran awal diabetes dan sakit jantung serta boleh ditangani dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pengambilan ubat.
Minggu ini, saintis melaporkan kadar kematian akibat sakit jantung di kalangan wanita muda berkemungkinan meningkat selepas menjunam mendadak selama beberapa dekad.Doktor berkata, generasi wanita meletakkan kesihatan mereka dalam risiko dengan berterusan merokok, makan berlebihan dan tidak melakukan senaman.Sakit jantung membunuh 105,000 orang di Britain setiap tahun dan 2.6 juta orang diketahui hidup dengan mengalami keadaan itu.
Penyelidik Fakulti Perubatan Universiti Pittsburgh mendapati tempoh tidur turut ada kaitan dengan sakit jantung. Dalam satu kajian lain pula, penyelidik di Fakulti Perubatan Warwick di Coventry didapati kekurangan tidur meningkatkan kemungkinan menjadi obes.Kedua-dua kajian disiarkan dalam jurnal Sleep.
Masalah kurang tidur memberi kesan kepada keseimbangan hormon yang mengawal selera dan berasa kenyang selepas makan.Profesor Psikiatri di Fakulti Perubatan Universiti Pittsburgh, Martica Hall, menyiasat gaya tidur 1,214 dewasa antara usia 30 hingga 54 tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment