KUALA KANGSAR 11 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz terkejut menerima khabar angin kononnya 16 wakil rakyat dari UMNO Sabah akan melompat parti pada Rabu ini.Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, 'berita hangat' tersebut diperoleh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihannya oleh mana-mana pihak.
"Saya terima SMS. Saya tak tahu... kena tunggu sampai Rabu. Tunggulah hari Rabu sebab mereka kata hari Rabu ini akan banyak berlaku lompat (parti)."Mereka sebut ada ahli UMNO dari Sabah hendak lompat.Katanya, 16 orang tapi tak tahulah, kena tunggulah. Saya kira kalau hari Rabu tak berlaku, maka tak boleh percayalah SMS ini,'' katanya.
Mohamad Nazri menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Maulidur Rasul Kampung Cheh Hulu dekat sini hari ini.Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya berpegang kepada prinsip ahli yang setia dan tidak sesekali mengkhianati UMNO dan BN.Timbalan Perdana Menteri menegaskan, UMNO dan BN memandang serius dakwaan kononnya ada Ahli Parlimen BN akan melompat parti walaupun beliau yakin desas-desus itu merupakan permainan politik parti pembangkang.
Mohamad Nazri yang terkejut melihat kehadiran ramai wartawan pada majlis tersebut bergegas menghampiri pihak media dengan berseloroh kononnya beliau bimbang dirinya dikaitkan dengan kegiatan lompat parti.Mohamad Nazri sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, undang-undang anti-lompat parti tidak perlu digubal kerana ia menyekat hak kebebasan seseorang wakil rakyat."Saya sendiri pun tidak setuju undang-undang ini digubal," katanya di lobi Parlimen Khamis lalu.
Beliau membuat kenyataan itu sebagai mengulas kenyataan Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) pada sesi perbahasan sehari sebelum itu bahawa tidak salah sekiranya terdapat Ahli Parlimen BN Sabah melompat parti jika mereka tidak mendapat layanan sewajarnya daripada parti sedia ada.Mohamad Nazri melihat kenyataan Anifah itu sebagai peringatan kepada BN supaya memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi rakyat di negeri tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment