TAIPING - "Sudahlah terhimpit dek harga barangan terutama beras yang semakin melambung harga kebelakangan ini, saya pula dibelasah pelanggan kononnya tidak berpuas hati dengan harga nasi bungkus yang dijual."Demikian cerita peniaga nasi campur, Abu Bakar Jaafar, 58, berhubung tindakan ganas seorang juruteknik yang membelasah dan memalukannya di depan khalayak di Pasar Malam Simpang di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 petang itu, isteri juruteknik terbabit dikatakan telah menengking sekuat hati kepada isterinya, Hamidah Omar selepas dua bungkus nasi campur yang dibeli wanita itu dimaklumkan harganya."Wanita berkenaan bertanyakan berapakah harga nasi bungkus pertama yang mengandungi empat cedok sambal tumis petai dan seketul ikan masak kari.
Pada masa sama, wanita itu mula mengisi nasi dalam pek kedua dan mencedok sambal kerang yang bukan sedikit kuantitinya."Isteri saya kemudiannya memaklumkan harga bagi dua bungkus nasi berserta lauk-pauk yang dibungkus itu adalah RM7 namun apa yang mengejutkan, wanita terbabit serta-merta menengking ke arah saya dan isteri," dakwanya ketika ditemui di wad Hospital Taiping semalam.
Beliau memberitahu, wanita terbabit terus beredar ke keretanya dengan meninggalkan nasi yang sudah bercampur lauk di gerainya."Terkilan dengan tindakan kurang sopan dan memalukan dek kata-kata kesat isteri juruteknik itu, saya terus berjumpa dengan suaminya kebetulan berada di gerai menjual buah berdekatan untuk menerangkan keadaan sebenar."Saya cuma maklumkan bahawa isterinya tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat sedemikian apatah lagi di depan orang ramai namun tiba-tiba juruteknik berkenaan mencekak kolar baju saya.
Dia terus membelasah dan menolak saya menyebabkan jari kelingking saya patah selain kecederaan lain di tangan," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment