KUALA LUMPUR 8 Mei - Kerajaan membelanjakan RM1.14 juta bagi membayar elaun tiga penasihat kerajaan yang juga bekas ahli politik Barisan Nasional (BN).Zulkifli Nordin (PKR-Kulim Bandar Baru) memberitahu, beliau terkejut apabila memperoleh jawapan bertulis daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai gaji dan elaun setahun yang dibayar oleh kerajaan kepada ketiga-tiga penasihat tersebut.
''Gaji dan elaun itu dibayar kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman," katanya.Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa Ahmad Maslan (BN-Pontian) membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.Zulkifli mendedahkan, dalam jawapannya itu Perdana Menteri menyatakan Dr. Mahathir menerima elaun RM15,000 sebulan atau RM180,000 setahun atas pelantikannya sebagai Penasihat Petronas.
''Shahrizat menerima bayaran tahunan RM404,726.40 dan Abdul Hamid menerima RM549,675 atas pelantikan mereka sebagai penasihat kepada Perdana Menteri," katanya.Shahrizat penasihat hal ehwal wanita manakala Abdul Hamid penasihat agama.Kata beliau, penasihat-penasihat itu sebenarnya menjalankan tugas bertindih dengan menteri-menteri kerajaan BN.Tegasnya, wang sebanyak RM1.14 juta itu sepatutnya boleh digunakan untuk membina lebih 36 buah rumah untuk penduduk miskin.''RM1.14 juta itu juga boleh membayar gaji anggota polis yang menerima RM900 sebulan selama 130 tahun," katanya.
Jelas beliau, kerajaan sepatutnya menggunakan peruntukan itu untuk membantu penduduk berpendapatan rendah sekiranya prihatin masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment