Ibu tunggal dakwa dirogol anggota polis
SEREMBAN 7 Mei - Seorang ibu tunggal berusia 17 tahun mendakwa dirogol oleh seorang anggota polis beberapa hari selepas membuat laporan kehilangan MyKad di Balai Polis Rahang di sini pada 22 April lalu.Mangsa yang juga ibu kepada sepasang anak kembar berusia setahun berkata, dia telah diperdaya oleh seorang anggota polis berpangkat konstabel dan dirogol di sebuah bilik di berek Balai Polis Rahang.
Katanya, selepas pulang daripada membuat laporan, anggota polis berkenaan telah menghubunginya melalui nombor telefon yang dicatatkan pada kertas aduan dan memberitahu boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Tambah mangsa, pada 1 Mei lalu, anggota polis tersebut menghubunginya semula dan mengajaknya keluar untuk berbincang tentang masalah kehilangan MyKad."Kemudian, anggota polis tersebut membawa saya ke biliknya di berek Balai Polis Rahang lalu merogol saya di situ dan menghantar saya pulang ke rumah selepas kejadian," kata mangsa ketika membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA Cawangan Rahang di sini hari ini.
Dalam pada itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Zazali Hashim menyatakan polis telah membuka kertas siasatan kes berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.Sementara itu, petugas Biro Pengaduan MCA cawangan Rahang, Dafney Ho Chot Sin, berkata, pihaknya akan berusaha membantu mangsa daripada segi bantuan undang-undang dan kebajikan."Memandangkan usia mangsa yang masih muda, pihak kami akan membantunya supaya pihak yang bersalah menerima hukuman setimpal," ujarnya.
"Anggota polis berkenaan telah ditahan dan kini dibebas dengan ikat jamin. Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
Mana2 awek yg hilang IC pikir dulu sblm repot
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment