Tan Sri Dato' SM Nasimuddin meninggal?

KUALA LUMPUR: Pengerusi Naza Motor, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin meninggal dunia di Amerika Syarikat kira-kira jam 10 pagi waktu Amerika (10 malam tadi waktu Malaysia) kerana barah paru-paru.

Allahyarham berada di Amerika untuk menemani isterinya menjalani rawatan kanser di sebuah pusat rawatan di sana.Ahli keluarga Allahyarham sedang membuat urusan untuk membawa pulang jenazahnya ke tanah air untuk dikebumikan.

Allahyarham menerajui Kumpulan Naza, sebuah kumpulan perniagaan terkemuka yang diasaskan pada 1974.Kumpulan Naza sebanarnya terdiri daripada 14 bahagian perniagaan termasuk penjualan kereta motor, motosikal, pembuatan, perkhidmatan pengangkutan, mesin dan jentera, kejuruteraan, perladangan, pengedaran, kredit dan pajakan, bot, hartanah, hotel dan agensi insurans.

Nasimuddin terkenal sebagai seorang usahawan yang low profile. Bagaimanapun, dengan mengambil kira jumlah jualan yang direkodkan, empayar automotifnya dianggarkan sudah mencatat hasil lebih RM4 bilion.

SUMBER - BERITA HARIAN (2 MEI 2008)..

Al Fatihah

No comments: