PUTRAJAYA – Tidak disangka-sangka kek yang gebu, lembut dan sedap yang dijual oleh sebuah syarikat pembuat kek terkemuka dihasilkan oleh ‘air tangan’ warga Bangladesh.Rahsia tersebut terbongkar ekoran tertangkapnya sebanyak 58 warga Bangladesh termasuk Nepal yang diambil bekerja oleh syarikat itu yang mempunyai cawangan di seluruh negara.
Walaupun permit warga asing itu ke negara ini sebagai tukang cuci, tetapi mereka diambil bekerja sebagai pembuat kek di syarikat itu.Akibatnya, syarikat tersebut dan dua ejen yang membekal pekerja asing berkenaan dikenakan kompaun RM600,000 oleh Jabatan Imigresen atas kesalahan menyalah guna permit yang dikeluarkan.Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed berkata, kompaun tersebut telah dirujuk kepada Peguam Negara semalam dan ia mesti dijelaskan dalam tempoh 14 hari.
“Pemeriksaan Imigresen terhadap semua pekerja lelaki warga Bangladesh dan Nepal yang ditahan ini mendapati mereka mempunyai permit kerja sebagai tukang cuci.“Bagaimanapun, restoran tersebut telah menyalahgunakan permit yang dikeluarkan dengan menggaji pekerja tukang cuci untuk kerja-kerja membuat kek,” katanya pada sidang akhbar semalam.
Semua syarikat tersebut didakwa mengikut Akta Imigresen 1959/1963 (pindaan 2002).
No comments:
Post a Comment