Oleh Afrar Yunus
Syarikat televisyen bersatelit pertama di Malaysia lahir pada tahun 1996. Hampir 2.4 juta pengguna menggunakan perkhidmatan ini. Sudah dua belas tahun ia beroperasi di Malaysia, namun kerajaan Malaysia gagal mengawal aktiviti syarikat ini hatta untuk meletakkannya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kenapa ?
Astro bermaharajalela seolah-olah sebuah badan yang mempunyai kekebalan. Segala aduan dan rungutan pengguna di Malaysia diibaratkannya ‘tidak makan saman’. Astro milik MEASAT Broadcast Network System diterajui oleh Dato’Badri Masri, Mohd Khader Merican, Tan Poh Ching dan beberapa individu lain. Apa yang menghairankan, Shaziman Abu Mansor,Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi Malaysia, yang pernah kelihatan cuba menjadikan dirinya juara dalam isu Lojng di Kelantan, kini sangat-sangat kelihatan seperti bebal dan kaku kerana belum dapat melakukan apa-apa bagi mempastikan Astro terikat dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beberapa orang kawan memberitahu, sebagai pengguna mereka telah dipermainkan oleh Astro. Abdul Rahman Ayob seorang pengguna dari Jitra Kedah memberitahu, “program yang disogokkan biasanya adalah yang lama. Selalu juga Astro menayangkan sesuatu program itu berulang kali. Kami sudah bosan dan pernah beberapa kali mengadu kepada Astro. Masih ditakok lama”.
Suresh Mohan dari Sungai Petani pula mengatakan, “jika kita terlewat membayar bil satu hari, denda RM10.00 dikenakan. Saya mengadu ke beberapa tempat termasuk kepada Persatuan Pengguna dan Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi Malaysia tetapi tiada apa-apa perubahan”. Abdul Moin dari Alor Star pula menyesal dengan kakitangan Astro Alor Star. “Bila saya mengadu tentang mutu siaran yang kurang berkualiti ketika cuaca hujan, kakitangan perempuannya ketawakan saya. Kata mereka, sudah ramai yang mengadu, tunggu tengoklah”
Bukan setakat itu sahaja. Difahamkan pakej yang disogokkan tidak mengikut selera penonton. Pelanggan tidak diberikan pilihan tetapi bayaran tetap juga dikenakan. Malah, caj-caj teknikal sehingga RM50.00 juga dikenakan apabila mereka memperbaiki apa-apa kerosakkan yang wujud hasil kelemahan syarikat mereka sendiri. Pelanggan dijadikan mangsa.
Apabila ada orang mengatakan bangsa Yahudi adalah bangsa yang paling kejam di dunia, saya masih beranggapan ianya adalah satu fakta yang kurang tepat. Bangsa Yahudi tidak menindas bangsanya sendiri. Mereka sayangkan bangsa mereka. Mereka tidak mengambil kesempatan di atas kesusahan, penderitaan dan di atas tangisan air mata bangsa sendiri. Mereka melindungi bangsa Yahudi 'biar apa' dunia katakan.
Tetapi dalam hal ini, Astro masih tidak diikat dengan apa-apa lesen. Kenapa tidak ada lesen lain yang dikeluatrkan sebagai saingan kepada syarikat ini ? S
iapa agaknya gunting dalam lipatan yang memperkosa hak rakyat Malaysia sebagai pengguna?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kerajaan yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Melayu masih lemah dalam hal-hal mentabir negara.Perlu belajar dari negara-negara luar.
Post a Comment