Pemuda buat laporan polis dakwa Selangor gagal tunai janji

SHAH ALAM 19 Mei - Seorang pemuda yang pernah membuat laporan polis terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa menipu pengundi kerana gagal menurunkan cukai pintu 20 peratus seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya, hari ini sekali lagi berbuat demikian.Kali ini, Mohd. Shaid Rosli 25, mendakwa kerajaan negeri menipu rakyat apabila mengehadkan pemberian insentif RM1,000 untuk anak Selangor yang memulakan pengajian di peringkat diploma dan ijazah pada tahun ini kepada golongan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan.

Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, selain tidak menunaikan janji, pengagihan insentif pelajaran tersebut juga tidak adil kerana pengundi yang memilih pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 8 Mac lalu terdiri daripada semua peringkat masyarakat."Dulu janji nak bagi insentif ini kepada semua anak negeri yang berjaya masuk universiti dan terbaru hanya untuk keluarga berpendapatan bawah RM1,500.Memutar belit"Ini bermakna kerajaan negeri memutar belit janji-janji mereka kerana tidak semua yang mengundi pakatan pembangkang berpendapatan di bawah jumlah tersebut," katanya yang masih menganggur.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 7 di sini hari ini.Pemberian insentif atau hadiah sebanyak RM1,000 kepada setiap pelajar negeri itu yang berjaya melanjutkan pengajian di IPT ialah antara kandungan manifesto PKR dan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan insentif berkenaan tidak dapat diberikan kepada semua yang layak pada tahun ini seperti janji dalam manifesto pilihan raya kerana kekurangan peruntukan.Mohd. Shaid turut melahirkan kekecewaan kerana kerajaan negeri sanggup meluluskan projek ternakan babi berjumlah RM100 juta walaupun mengetahui kemampuan kewangan yang terhad ketika ini.

Menurutnya, tindakan tersebut jelas menunjukkan pakatan pembangkang hanya menabur janji-janji kosong kepada para pengundi demi memenuhi impian mereka.Beliau berharap badan bebas seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dapat memainkan peranan membantu individu yang merasakan diri mereka tertipu dengan permainan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

KALAU SEMUA NAK BUAT REPOT POLIS TU HAAAA PI BUAT REPOT POLIS BERAPA BANYAK JANJI ADUN BE END TAK TUNAI JANJI...ALAMT HANG DOK DEPAN MEJA POLIS 24 JAM LER...BUAT REPOT LEPAS SATU SATU...ANAK SAPA LA NIE PUN TAK TAU

1 comment:

Anonymous said...

Budak ni namanya Mohd. Shaid Rosli Al-Babi, kepala hotak macam babi. Belajor je kat universiti tapi bodoh macam babi. Memang patut pun jadi penganggur sebab otak bodoh tak pandai berfikir dgn waras. Semua tindakan ikut perasaan. Ini orang takde maruah. Buat malu kat Melayu Islam jer. Dulu masa UMNO perintah Selangor yg banyak tabur janji dan banyak tak tunaikan jani, ada ke dia baut laporan polis? bodoh!!! Ini keturunan bodoh punya orang. Apa nak buat, dia ni lahir daripada benih orang bodoh, jadi bodohlah dia.