HULU TERENGGANU 19 Mei - Penduduk Kampung Landas di sini hari ini bagaikan berpesta apabila mereka memperoleh pelbagai jenis ikan secara percuma selepas sebuah lori yang membawa tiga tan ikan tersebut terjunam ke dalam gaung di Jalan Jerangau-Jabor berhampiran kampung itu.
Mereka berbuat demikian selepas pemandu lori tersebut, Mohd. Shamrul Hakimi, 25, membenarkan semua ikan yang bertaburan dan bersepah dikutip oleh penduduk terbabit.Kejadian tersebut berlaku kira-kira 4.30 pagi tadi apabila lori berkenaan terjunam ke dalam gaung semasa dalam perjalanan dari Kuala Besut ke Endau, Rompin, Pahang membawa tiga tan ikan pelbagai jenis bernilai kira-kira RM10,000.Mohd. Shamrul Hakimi, 25, ketika ditemui berkata, kejadian itu berlaku apabila beliau gagal mengawal lori selepas rasa mengantuk.
''Saya rasa mengantuk sangat. Lagipun jalan ini lengang tiada kereta lain yang melaluinya," ujarnya.Katanya, lori yang membawa ikan itu sepatutnya diproses menjadi bebola ikan tetapi terbabas ke kanan jalan sebelum menjunam ke curam sedalam kira-kira sembilan meter.''Pada mulanya saya ingat saya sudah mati tapi mujurlah saya cedera sikit sahaja," katanya.
Mohd. Shamrul menambah, semua ikan diberikan secara percuma kerana orang ramai berjaya membantu mengeluarkan kotak-kotak yang mengisi ikan dari gaung tersebut.''Saya bersama-sama kelindan lori Rozi Ibrahim, 30, dibantu pasukan bomba dan penyelamat untuk keluar dari lori tersebut kerana tersepit," katanya.Beliau yang cedera ringan di tangan kiri dan kaki kanan berkata, ini merupakan kemalangan kedua selepas lorinya terlanggar seekor gajah enam bulan lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment