Warga Kajang-awas!!!

BARU DAPAT DARI EMAIL...

RASA PATUT SHARE KAT SINI...BACA SAMPAI HABIS

Cerita nya camni...

25th April 08 6.30pm, ada sekumpulan 4 orang remaja Cina, 1 perempuan, 3 lelaki lepak kat depan The Store Semenyih. aku nampak diorang bawak beg dgn pegang kertas macam voucher, aku buat bodoh dan masuk je.. lepas keluar dr the store, masuk dlm kereta aku ada sorang budak Cina nama Tony approach aku. terpaksa la bukak tingkap sket. Dia pun tanya aku pernah menang apa2 tak dari Tesco ke, Power Root ke? aku cakap tak pernah.. oleh kerana aku tak pernah menang apa2, dia kata company dia bagi aku peluang untuk menang kereta, motor dan cash money yg bernilai lebih RM4K! so, dia bagi voucher aku pun buka laa... tiba tiba dia terlompat lompat cam beruk! "fuiiyooo abang!!! abang betul ka tak pernah menang apa2? abang ada chance menang kereta toyota altis woo...!!!" si tony tu la yg cakap camtu... bukan aku...

dia tunjuk kat aku voucher yg dia buka tadi, ada gambar microwave oven n foot massage... kat satu lagi page color merah ada bulat warna silver.. dia kata nak tau hadiah apa, kena pergi office dia, nak scan....aku cakap kat dia, kalau kena beli barang, aku tak nak... dia pun dgn muka tak malu, masuk dlm kereta aku yg tak berkunci tu (bodoh nya aku ) dan ajak aku pergi ke office dia utk check apa hadiah yg aku dapat.

Dalam kereta, menghala ke office dia kat kajang prima atas kedai spare part sederet dgn maybank tu, dia pun call la Mr.Wong, supervisor dia.. kata kitorang on the way. (sambil lompat2 dlm keta aku) 7pm.. sampai kat office, Tony dgn Mr. Wong ni ajak aku masuk bilik, tiba2 je, diorang pasang lagu cina kuat kuat.. dalam bilik tu, ada la gambar orang2 yg pernah menang hadiah dari company ni.. Mr. Wong ni pun cerita la kat aku, company ni buat promotion untuk brand diorang nama GENKI.. sebagai customer, aku cuma perlu buat iklan utk promote brg2 GENKI ni. hadiah yg tinggal ialah, Toyota Altis, Persona, Viva, Honda wave dgn cash money yg bernilai RM4K, RM10K and RM50K! mula2 aku tak nak dan tak yakin, tapi dia push jugak sambil tunjuk keratan surat khabar berita harian, ada sorang makcik dr Penang menang Altis dan sorang Polis dari Putrajaya menang Kancil.

Dia kata polis tu yakin dgn company ni sbb diorang ada credit card machine. so, apa2 hal, boleh cancel dlm masa 24 jam kalau x puas hati. (tipu!!! bank kat m'sia mana ada policy camtu!! ) so, aku tanya camna nak dapat hadiah2 yg diorang bagi tau tadi? Wong ni kata, customer x payah beli barang, tapi cuma perlu bayar cukai iklan RM3K. pastu dia janji nak tolong aku, dia kata aku cuma perlu bayar rm1.5k, yg balance rm1.5K tu, dia tolong.. so, aku pun swipe la credit card aku rm500... aku cakap dgn dia next week aku dtg balik lepas dpt gaji..

2nd May 08, 12.00pm, aku ke office Nabinco ni utk bayar balance "Cukai Iklan" tu... aku guna cash rm300 n swipe card rm1100. lepas tu si Wong ni, kenalkan aku pada manager dia Ah Meng.. mamat ni pun ajak aku masuk bilik yg sama, bukak lagu cina kuat2, pastu tunjuk surat perjanjian jual beli kat aku, suruh sign.. dlm surat tu kata, company memberi hadiah percuma dgn berbagai syarat la.. pastu dekat list hadiah2 yg bakal dimenangi, ada la kereta2 seperti yg di sebut oleh Wong hari, tapi yg pelik nya ada additional 1 lagi barang yg si Wong tu tak pernah cerita dgn aku.. Jade Mattress yg konon2 nya berharga rm4.6K..oleh kerana credit cad dah swipe, aku pun x leh nak buat apa, sign je la surat tu..

Bila dia scan voucher aku tu guna sekeping kertas hitam, tiba2 keluar no.12.. rupa2nya aku dapat hadiah jade mattress tu.. dlm hati, cilaka punya orang.. aku dah mula tunjuk muka x puas hati. Si Ah Meng ni bila nampak muka aku camtu, dia kata jgn risau, dia boleh tolong jualkan barang2 tu.. lepas amik gambar aku dgn camera phone N70 bodoh dia tu (konon konon nak buat iklan), dia pun call la sorang buyer yg konon nya nak beli barang tu dgn harga rm3.8K... pastu dia janji nak dtg rumah aku dgn tauke ni malam nanti..3pm... aku pun balik dlm keadaan blurr campur bengang sebab x dapat Altis..

Tapi dlm masa yg sama mengharap supaya taukeh ni boleh beli barang tu malam nanti.. tiba2 si Ah Meng ni call, dia kata kalau aku nak taukey ni beli semua 3 brg yg aku menang tu dgn harga rm7K, aku kena tambah lagi rm500 supaya dia boleh keluarkan oven dgn foot massage tu... aku pun pegi la balik dan bayar rm500 lagi.. dia bagi aku, fruit mixer.. kononnya tauke tu yg nak.. nanti malam dia call..

9pm ~ 2am, aku pun tunggu dgn bini aku kat rumah.. bini aku dah bising dah... ntah2 diorang tipu tak bang? aku pun dah syak dah.. tapi tak leh buat apa2 coz dah bayar... kol 9 aku call tauke tu, dia kata dia on the way balik dr Penang .. kol 10 call, dia kata kat Ipoh, kol 12 call, dia kata ada kat Tanjung Malim, hujan lebat.. kereta x leh jalan.. so, dia mintak aku tunggu sampai esok.. aku pun tido la dgn hati yg teramat amat sakit...

3 May 08 12pm: lepas balik dari majlis sukan anak aku kat UKM Bangi, aku pergi office dia, takbukak lagi.. call Ah Meng ni, dia cakap, tauke tu maybe boleh datang malam ni atau esok... aku dah mula bengang n marah dia... dia cakap, dia pun takut jugak sbb duit dia pun dah keluar rm600.. aku mula syak something wrong..sampai rumah, bini aku bagi idea yg tersangat sangat bijak, sampai aku terasa aku ni betul2 bodoh orangnya.. bini aku kata, cuba cari nama company ni dlm internet..

Bila aku tekan je Google Search nama Nabinco Network ni, baru la keluar byk complain2 org2 yg dah kena tipu dgn syarikat ni.. korang tak caya, cuba surf website ni yg ditujukan khas utk org2 yg dah pernah kena tipu! http://www.welleywatch.heritage-tech.net

rupa-rupanya aku confirm kena tipu.. sampai ke hari ni, si Ah Meng dan konco-konconya sekor pun x call aku untuk beli balik barang2 tu.. kalau korang baca komen2 yg ada dlm website tu, company ni dah lama dah buat kerja ni, cuma last year guna gores dan menang, tahun ni guna voucher hadiah plak.. modus operandi sama, guna remaja Cina yg berasal dari Penang atau Perak, aku tau sbb diorang cakap hokkien. tugas diorang cuma untuk ajak bakal mangsa macam aku pergi jumpa supervisor dia macam si Wong & Ah Meng tadi tu.. gaji yg diorang dapat ni kira ok la utk lepasan SPM, rm1.2k.. based on report dlm website, almost all mangsa dapat hadiah jade matress tu... pastu, diorang ada 1 persamaan, ejen ejen penyangak ni, sume ada kuku panjang kat ibu jari kiri mereka..

4.30pm: aku pergi buat police report kat Semenyih, police yg amik statement aku tu kata, ada sorang makcik buat report kena tipu cam aku gak semalam (Jumaat 2nd May)..dia kena ajak kat Econsave, Semenyih.. tapi dia kena lagi teruk!! RM37K beb.. aku ni... adeh... tapi yg menghampakan ialah, polis pun x leh buat apa2, sbb ada surat jual beli oleh Nabinco ni.. padahal, aku x dapat pun...

4th may 08: aku tunggu gak la si bangsat Ah Meng tu call.. seperti yg disangka.. abuk pun tarak.. aku sms kat boss, mintak cuti.

5th May 08: setelah buat surat "cooling off 10 days letter", aku, wife dgn anak2 aku pegi ke KPDN Putrajaya utk buat report Tribunal pengguna. rupa2 nya dah ramai org yg kena. cuma dulu nama company dia lain, Worldwide Freshway Sdn Bhd., HQ kat bukit Mertajam nama Welley Corporation. masa aku buat report tu pun ada sorang brother dari Shah Alam pun kena oleh Nabinco ni, RM5K.. pergh... lepas abih report kat TTPN tu, aku pergi penguatkuasa KPDN kat tingkat 2, utk buat statement. Diorang pun kata, x cukup kuasa utk suruh company camni tutup kedai.. so, aku pun boleh doa je laa...

5.00pm: aku dah anta bini aku balik rumah, aku pegi balik ke Nabinco ni utk bagi diorang surat TTPN, report police dan cooling off letter tu. nasib baik mangkuk ayun 3 ekor tu takde kat situ, kalau x.. nahas lu orang! aku mintak sign dgn chop company dr clerk dia dan aku blah.. terima kasih kat tajul sbb jadi body guard aku hari tu...

5.30pm: aku nak pegi beli teh tarik tongkat ali kat The Store..sampai saja kat parking, aku nampak 6 orang geng geng Nabinco ni sedang beroperasi menipu sorang makcik dan sorang brother melayu.. aku pun naik angin, aku parking, pergi dekat makcik tu, direct aku cakap, "kak! jgn percaya cakap diorang ni!! saya baru kena tipu RM2.4K!! ada sorang lagi makcik kena RM37K!" makcik tu pun buat x layan dgn budak pompuan Cina tu... pastu, aku pergi kat brother melayu dlm myvi plak, cakap benda yg sama kat dia.. pastu aku blah, tengok2 diorang masih lagi push brother myvi tu.. aku bengang, terus capai digital camera aku, amik gambar diorang.. salah sorang dari 6 orang tu, dtg marah aku..dia tanya apsal aku amik gambar dan ugut nak pukul aku.

aku blah sambil tunjuk, F$%K U!! kat dia.. pastu aku masuk balik kereta dan blah dari situ.. pegi econsave plak.. rupa2 nya ada lagi 2 orang kat situ.. aku pun buat benda yg sama dan amik gambar 2 org mangkuk ayun tu.. sampai kat rumah, aku x puas hati lagi.. berapa ramai lagi orang yg akan tertipu oleh Nabinco bangsat ni??!! aku call polis kajang... diorang pun anta peronda dan mintak aku ke The Store balik.. bila aku sampai situ, beruk2 Nabinco tu dah blah.. aku pun buat statement sambil request kat polis tu, kalau boleh datang la ronda kat sini setiap hari dlm pukul 5 hingga 7pm...

So, itu cerita aku, yg aku mintak dari korang ialah, tolong sebarkan cerita ni kat kawan kawan dan sedara mara anda! kalau ada sapa2 yg dah terkena cam aku, bagi e-mail aku kat diorang, aku boleh cuba usahakan untuk tolong diorang dapatkan balik duit diorang.. sama sama la kita bekerja sama utk menghapuskan makhluk2 yg kurang ajar mcm diorang ni..

16 comments:

Anonymous said...

post laa sekali gambar gambar diorang supaya orang tau sape yang buat kerja kerja ni..

ebby alonso said...

gambar takde ar bro..aku artikel camni jela..kalo ade gamba nnt aku update k.

Anonymous said...

Kumpulan ini sudah lama bergerak. Mula-mula mereka bergerak aktif dalam masyarakat Cina. Selepas kegiatan menipu mereka terbongkar di akhbar Cina, mereka telah mengalih sasaran kepada orang Melayu dan orang India, lantas kerana akhbar seperti Utusan terlalu sibuk menghentam pembangkang sampai tidak melaporkan kegiatan kriminil mereka. Anehnya, begitu banyak laporan telah dibuat tetapi mereka tidak ditangkap polis, apakah mereka ada taiko yang jaga?

Jangan layan orang yang pura-pura bagi tau kita dah menang hadiah besar. Dunia ini tak ada benda free macam tu.

Anonymous said...

I pun nk share my story.. yg tgh HOT lg ni.. sbb br je kene jap tadi.. x smpi beberapa jam pun.. I kene kt Metro Parking Kuantan Parade.. Modus Operandi kumpulan ni sm je mcm yg diceritakan tu.. Sebijik sama.. tp kali ni helah diorg sempena Mother' Day.. Luckily td I wif my brother.. Klu sorg2 x tau la.. tp termakan pujuk gak la.. cumenye disbbkan time tu kami juz ader RM200 je, so kami byr byk tu je la n yg balance tu hujung bulan ni kami janji nk byr.. hadiah pun x tau menang ape lagi..sbb dorg kata bile dah bayar cukup br boleh scan.. Tp senarai hadiah tu sama arr, Altis, VIVA, Jed ape bende tah.. yg tu la..mula2 diorg mintak RM5K++ utk kos iklan tu la, Tp kitorg refuse nk byr then diorg offer for half price RM2800.. ckp punye cakap, kitorg byr la RM200 n yg balance tu next month.. blk umah ni tIbe2 I terfikir nk surf internet pasal bende ni.. SAH!!!! kitorg dah kene tipu.. HAMPEH PUNYE APEK!!!! sO, untuk warga Kuantan, AWAS!! sbb I rs bende ni br lg kt Kuantan ni.. Don't b the next victim.. skrg I tgh fikir what should I do? Report polis? KHEDN?...

Zain Karimy said...

4 Jun 08 depa masuk Bandar Tasik Kesuma, cina 2 orang (sorang kurus sorang gemuk) naik Avanza hitam. Konon buat survey then nak ofer voucer. Tak tau la sape yang kena...

Anonymous said...

aku pon dah terkene last week..alangkah bagusnya kalu dpt baca reminders korang sedari awal lagi. apa nak buat, dah dtakdirkan..mcmana tah aku leh terkena. aku tepaksa bayar RM5000 utk barang2 dorang - microwave, mesin jahit letrik, air purifier, jade mattress n dapur letrik digital. kebanyakannya jenama GENKI tu. utk smua d lua sana, jgn ttipu. lbh baik g survey kdai2 n beli barang2 yg lebih tkenal jnamanye n lbh bpatutan harganya

zetty [13] said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kuang hajar punya cina
ak pon kena tpu
melayang 2.6k
siot punya cina
ak pon menang jed mattress
saper2 yang ditipu
jom sama2 serang dorang
sekarang modus operaandi dorang kat sebelah shell mid valley
kat tingkat dua
semua jangan terpedaya

Anonymous said...

hurm..sy dgn kwn bru kne..so mcm mne nk buat ye? pls email me at mrs.qaseh@gmail.com

Anonymous said...

salam, sy saje google pasal ni tp name company lain sbb kwn sy pun baru terkena 4500. ni email dia. harap dapat membantu.
hellobummmoore@yahoo.com

Anonymous said...

s bru kena td 5.5k, bole tolong guide xbro...
Ni email sy.. ir.amd.icbv@gmail.com

Unknown said...

sy pun terkena juga rm5300.sape yg boleh tolong sy boleh emailkan kpd sy k.sahnizzam.5359@yahoo.com

Anonymous said...

dekat pintu masuk my Mydin semenyih (dekat econsave semenyih) budak2 nih ade lagi.. jual dapur eletrik pulak skang..

Anonymous said...

Jom ramai2 kita belasah diaorg..jgn mati udah le..heram aku tgok..yg korang ni snng kena tip apasal..

Anonymous said...

Skrg giat kt klantan.. Mak ak kne rm4000.. Dpt jade mattress tu laaa.. Hampeh...

Unknown said...

Skrg ada di pudu.. sy kena 6300.. arina_adzahar@yahoo.com