SHAH ALAM 26 Mei - Kerajaan campuran Selangor mengharamkan sebarang program yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari dilaksana dan dikembangkan di negeri itu. Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, melalui arahan tersebut, kesemua masjid dan surau di negeri itu tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu.
Katanya, arahan itu dibuat kerana konsep Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor, memandangkan ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini termasuk di negeri itu telah pun lengkap dan menyeluruh meliputi pelbagai bidang kehidupan manusia. "Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup. "Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," katanya pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berakhir di sini hari ini. -- Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment