Pesawat pertama guna campuran minyak sayuran

SEBUAH pesawat Virgin yang menggunakan campuran minyak kelapa dan sayuran
Babassu berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow semalam.



LONDON - Sebuah pesawat komersial pertama di dunia yang menggunakan bahan bakar biofuel berlepas daripada Lapangan Terbang Heathrow, London di Britian semalam.
Objektif utama penerbangan ujian pesawat syarikat Virgin Atlantic tersebut ialah bagi menunjukkan bahawa biofuel mengeluarkan kurang gas karbon dioksida berbanding bahan bakar biasa.


Presiden Virgin Atlantic yang juga bilionair terkenal, Richard Branson berkata, kejayaan itu bakal menjadikan pesawat syarikat itu menggunakan bahan api bersih lebih cepat daripada jadual.


"Penerbangan ujian itu memberikan kami maklumat penting yang boleh membantu kita mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida," katanya.


Branson yang mempunyai kekayaan berjumlah AS$7.8 bilion (RM25.01 bilion) juga mendesak aktivis alam sekitar supaya tidak menuduh ujian seperti itu sebagai satu gimik perniagaan.
Pesawat Boeing 747 menggunakan bahan bakar daripada campuran minyak kelapa dan sejenis minyak sayuran Babassu, selamat mendarat di Amsterdam, Belanda selepas berlepas. - Agensi

No comments: