Lima Penduduk UAE Jadi Jutawan Setiap Bulan Melalui Skim Cepat Kaya


DUBAI, 22 Feb. - Sekurang-kurangnya lima penduduk Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menjadi jutawan setiap bulan melalui cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berjumlah sejuta dirham atau lebih (RM1=1.13 dirham).Akhbar Gulf News melaporkan bahawa sehingga kini, tidak kurang 905 juta dirham telah dibayar kepada sekurang-kurngnya 325 pemenang tujuh skim cepat kaya itu pada kadar lebih kurang 18.5 juta dirham sebulan.


Laporan itu menyebut bahawa sesetengah penduduk negara yang kaya raya ini berkongsi wang untuk melabur dalam skim itu setiap bulan dan berkongsi hadiahnya secara sama rata apabila menang.Ada antara mereka menggunakan wang yang dimenangi itu untuk menikmati kehidupan mewah dan ada juga yang menabungnya sebagai persiapan menghadapi masa susah, kata laporan itu.


Satu daripada skim berkenaan, "Mashreq Millionaire", yang dilancarkan pada 1995 dan merupakan skim cepat kaya yang paling awal diperkenalkan di UAE, telah melahirkan 159 jutawan setakat ini.Skim lain termasuk Dubai Duty Free, Abu Dhabi Duty Free, Postcard Millionaire, Citi Bank-Damas and RAK Bank Millionaire Programmes dan National Bonds.

No comments: