Jangan baca Al-Quran Flash!

FYI

Assalamualaikum,

Merujuk kepada artikel yang dihantar ini, maka wajiblah kita tidak menyimpan url tersebut untuk bacaan. Saya pun belum menggunakannya secara kerap lagi.

Demi sesungguhnya ALLAH menjaga kesucian ALQURAN dari dicemari, ada saja pihak yang nampak.Wallahualam.

MINTAK PERHATIAN YANG SERIUS

Minggu lepas saya ada forward kan URL ni http://www.quranfla sh.com/en/ quranflash. html yang merujuk kepada al-quran flash.

Namun bila membaca nya dari mashaf tersebut, di dapati banyak kesalahan/ unmatch baris, tanda bacaan (fathah, kasrah dan dhommah) and even perbezaan huruf.

Konteks comment saya ini adalah apabila dibanding kan dgn quran resam Uthmani.Misalnya
1. Sepatutnya huruf YA, menjadi huruf TA. Dan bukan 1 atau 2, malahan ada3-4 kes sedemikian
2. Tanda baris yang sepatutnya tidak ada sabdu, diletakkan sabdu.
3. Hamzah wasal yang sepatutnya hanya ditulis dgn kepala sad, menjadi hamzah qat'ie.

Ini membuat kan si pembaca akan menambah kan huruf alif ke dalam bacaan mereka yang sepatutnya hanya wujud ketika bacaan waqaf.Dan banyak lagi jikalau nak disenaraikan disini ... yang mana kesalahan itu diperolehi hanya setelah saya membaca 3 muka surat sahaja dari awal juz 10.

Jadi, saya disini ... ingin menarik semula URL yang telah saya forward kan tempoh hari dan menasihati sahabat2 semua membaca terus dari mashaf yang telah diperakui sahaja (hardcopy).

Agak menggerun kan jugak mengenangkan para pembaca diluar sana yang hanya bergantung kepada content dari internet, termasuk lah al-quran ini.

Saya bukan ahli kepada qiraat (jenis bacaan yang pelbagai), namun ... ia nya (beberapa helaian yang saya baca) sah tidak menyamai dengan quran resam uthmani.Harap delete URL tersebut jika telah dimasukkan kedalam bookmark saudara.

Harap Maaf atas kesulitanSekian.

Wassalam.

5 comments:

Asyraf said...

Saya membaca dan meneliti juz 10 daripada website quranflash dan quran yg saya ada. Tetapi saya tidak menjumpai sebarang kesalahan yg seperti saudara kemukakan.

Kalau boleh, tolong tunjukan dimana kesilapan2 tersebut. Muka surah, ayat dan surah yg mengandungi kesilapan.

Sekian terima kasih

alimdotcom said...

Memang betul, saya telahpun meneliti dan membaca beberapa kali daripada quran flash ini. Saya tidak mendapati sebarang kesalahan. Untuk pengetahuan semua, hasil karya digital quran ini hanyalah 'scan' dari mushaf rasm uthamani yang original. Oleh itu ianya selamat dan sesuai dengan mushaf yang beredar di seluruh dunia.
Sekiranya anda menemukan 'kesalahan' atau 'perbezaan', sila kemukakan ayat dan surahnya.
Apapun, ALLAH telah berjanji di dalam Qur'an bahawa DIA akan sentiasa menjaga al-Qur'an dari dicemari.

alimdotcom said...

Kita sepatutnya menghargai usaha dan karya seperti ini (quranflash), bukannya 'memandang sinis' dan menyebarkan 'pandangan negatif' yang boleh mengelirukan.
Saya bercadang, sila laporkan/kemukakan kesalahan yang anda jumpai di Quranflash ini [jika ada] kepada:
1.feedback@quranflash.com
2.quranflash@hotmail.com
mereka adalah orang yang berjasa dan bertanggungjawab di atas apa-apa kesalahan pada quranflash.
InsyALLAH mereka akan berlapangdada dan berterimakasih kepada anda demi memperbaiki versi- yang berikutnya.
Terimakasih

Anonymous said...

Al-Quran Flash banyak versi
1. Two Holy Cities
2. Two Holy Cities Colored
3. Tajweed
4. Tafseer
5. Shamarly
6. English Transliteration
7. Urdu Writing
8. Qaloon from Naafe'
9. Warsh from Naafe'

Yang saya guna Tajweed saudara boleh download di url :http://www.quranflash.com/en/download/index.html

Anonymous said...

Salam.
Sila kemukakan tempat-tempat yang mengandungi kesalahan agar dapat dibuat semakan semula. Terima kasih