Sekumpulan pegawai kanan S'pura ke Israel

SINGAPURA: Satu delegasi Singapura yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan pelbagai kementerian, universiti dan juga para wartawan akan membuat kunjungan selama seminggu ke Israel mulai Sabtu ini.Mereka yang terdiri daripada pegawai Yayasan Kajian Kebangsaan (NRF), kementerian pelajaran, perdagangan dan industri dan kewangan akan diketuai oleh bekas timbalan perdana menteri dan pengerusi NRF, Dr Tony Tan.

Menurut kenyataan NRF, delegasi itu akan melawat beberapa organisasi kajian penting Isreal.Dr Tan dan rombongannya antara lain akan bertemu para penyelidik dan pentadbir Institut Teknologi Technion, Universiti Hebrew di Baitulmaqdis, makmal kajian IBM dan Hewlett-Packard, pemodal dan ahli perniagaan Israel.

Lawatan itu bertujuan untuk memahami bagaimana minda keusahawan akademik dan persekitaran keusahawanan tekno dipromosi di Israel dan mengambil pengajaran daripadanya.Kunjungan juga akan melihat struktur dan sistem yang menyokong dan menggalakkan penyerapan kajian universiti ke dalam pasaran Israel, kata kenyataan itu.
- Bernama.
View technorati.com

No comments: