KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu ulasannya semalam meneruskan lagi polemik dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan menasihatkan agar Abdullah melepaskan jawatannya.
Mahathir mengakui tidak pernah terniat untuk penggantinya, menjadi Perdana Menteri lebih dari sepenggal dan menyarankan Abdullah melepaskan jawatannya.Pilihan Raya Umum ke-11 yang lalu menyaksikan pilihan raya yang paling bersejarah buat Abdullah kerana BN menang dengan menyapu kira-kira 90 peratus kerusi Parlimen selain merampas Terengganu daripada PAS.Abdullah dikatakan akan mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas, dalam pilihan raya akan datang yang dijangka adakan diadakan pada Mac ini.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri ada menyebut secara sinis bahawa beliau telah membuat kesilapan apabila memilih Abdullah untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri.Sebaliknya beliau sepatutnya melantik Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang lebih berpengaruh, untuk menggantikannya, kata Mahathir.
Beliau berpandangan, memandangkan Abdullah lebih tua dari Najib maka sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk Abdullah hanya menjadi Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja, dan menyerahkan jawatan itu kepada Najib.Mahathir juga berkata, beliau faham bahawa ianya mengambil masa untuk melaksanakan rancangan dan projek.Tetapi, tambahnya, jika itu yang dijadikan alasan untuk kekal berkuasa selama 18 tahun, maka ia tidak dapat diterima.
- oleh Wan Nordin Wan Yaacob
View technorati.com
View technorati.com
No comments:
Post a Comment