Communication to Staff: Clarification on Halal Chicken Tesco


Komunikasi kepada semua kakitangan berkenaan Ayam Halal


(untuk diedarkan melalui e-mel dan dilekatkan pada papan notis di semua stor dan Ibu Pejabat)


21hb Februari 2008


Kepada Semua Kakitangan dan sahabat Muslim,


Sesetengah daripada anda mungkin ada terbaca di dalam akhbar baru-baru ini berkenaan perkara di atas.Sebagai seorang Muslim, saya ingin memberi kepastian kepada semua kakitangan bahawa ayam-ayam yang dijual di stor kita adalah Halal dan dibekal dari para pembekal yang diiktiraf Halal.


Saya juga ingin mengulangi bahawa Tesco menggunapakai prosedur yang ketat dalam memastikan semua produk Halal kita adalah bersesuaian untuk kegunaan orang Islam.


Ini termasuklah dalam mengenakan garis panduan yang ketat kepada para pembekal produk halal, ketelitian dalam pemeriksaan dan memastikan para pembekal yang ingin membekalkan barangan halal ke Tesco wajib mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam yang berkenaan.


Sekiranya ada di antara para pembekal kita yang melanggar keperluan-keperluan Halal, kita tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka.


Yakinlah dengan produk Halal kita dan teruskan sokongan anda dan memaklumkan kepada semua para pelanggan kita.


Sila hubungi saya serta rakan se Jabatan, Azliza dan Dazrene sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan.


Terima kasih.

Salam hormat dari,


XXXXX XXXX XXXX

PengarahJabatan Korporat dan Perundangan

Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd

Talipon: 03 7722 6689

No comments: