Olmert harap Oscar

CEDAR berdiri berhampiran poster filem arahannya Beaufort di Linwood Dunn Theater, Hollywood.


BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert (gambar) menamatkan mesyuarat Kabinet semalam dengan melakukan satu kenyataan yang jarang dilakukan.


Kenyataan itu adalah mengenai filem Beaufort dari Israel akan memenangi kategori filem asing terbaik dalam anugerah Akademi di Hollywood.


"Masa sudah tiba, bagi filem Israel memenangi Oscar," katanya kepada para menteri.
"Filem ini mewakili kewibawaan, kualiti dan wajar diberikan pengiktirafan.


"Saya berharap pengarah filem, Yossi Cedar dan semua pelakonnya menerima pengiktirafan dan perang mengenai Israel bakal menjadi topik untuk filem dan bukannya sekadar realiti harian," katanya.


Filem Beaufort diarahkan oleh Cedar yang mengisahkan sekumpulan askar Yahudi bertugas di sebuah pos pada hari-hari terakhir tentera Israel berundur selatan Lebanon pada 2000.


Kontroversi mengenai filem itu berlaku kerana pelakon-pelakon yang membintanginya tidak pernah menamatkan perkhidmatan ketenteraan selama tiga tahun. - AP

No comments: