Kapal Saddam dilelong


PARIS: Sebuah kapal layar mewah milik Saddam Hussein yang layak digelar istana dan kubu terapung kerana dilengkapi kolam renang, salun rambut dan badan, laluan rahsia dan sistem pelancar roket kini ditawarkan untuk dijual pada harga tidak rasmi sekurang-kurangnya AS$35 juta (RM112.7 juta).

Tetapi ia berserta syarat - kecuali Kerajaan Iraq boleh membuktikan kapal yang dibina khas untuk Saddam menjadi milik kerajaan negara Teluk itu selepas kematian bekas Presiden itu yang menjalani hukuman gantung sampai mati pada Disember 2006.I

a boleh dikendalikan oleh kira-kira 35 anak kapal, mempunyai 10 bilik, beberapa salun dengan paparan kaca televisyen skrin besar, peralatan disaluti emas, surau dan tempat khas pendaratan helikopter. Atau ringkasnya, ia diibaratkan istana selaras hikayat Arab 1,001 Malam.'Istana terapung' sepanjang 82 meter kini ditempatkan di Nice, dirampas Perancis pada 31 Januari lalu menjelang satu perbicaraan yang akan diadakan bulan depan bagi menentukan pemilik sebenar kapal yang dibina khusus untuk Saddam ketika masih memerintah Iraq.

Kerajaan Iraq mengesyaki kapal itu masih menjadi haknya. Namun, firma ejen kapal layar mewah Nigel Burgess mendakwa pemiliknya yang enggan didedahkan identitinya, sudah meminta supaya kapal berkenaan dijual.Syarikat itu turut memberi peluang mereka yang berminat, mendekati kapal berkenaan menerusi gambar yang dipaparkan pada laman webnya.

Apa yang pasti, seperti cita rasa mewah Saddam, hiasan dalaman kapal berkenaan sememangnya menawan.Saddam yang lebih dikenali sebagai pemburu berbanding kelasi, tidak pernah menggunakan bot yang dibina pada 1981, kata peguam yang mewakili Kerajaan Iraq dalam kes rebutan harta berkenaan, Ardavan Amir-Aslani.Malah, kapal layar itu dikatakan tidak banyak belayar.

Malah, ketika tercetusnya peperangan Iran-Iraq, kapal yang nama asalnya 'Qadisiyah Saddam,' dialihkan ke Pelabuhan Jeddah, Arab Saudi pada 1986 hinggalah musim luruh lalu.Ia, bagaimanapun, muncul di Nice dengan nama baru 'Ocean Breeze,' terpampang pada bucu kapal serba putih berkenaan.Pemilikannya menjadi isu dan belum pasti - misteri seperti keadaan kapal itu sendiri.

Apakah pemiliknya kroni Saddam, kerabat diraja Arab Saudi atau hartawan yang berlindung di sebalik syarikat besar?"Kapal layar itu ditempah dan dibayar kerajaan Iraq. Itu yang pasti," kata peguam itu yang dihubungi menerusi telefon. Kini, rakyat Iraq percaya kapal berkenaan mungkin dimiliki 'konco Saddam.'"Kerajaan Iraq sekarang kini cuba mendapatkan semula wang milik rakyat yang didakwa dialihkan secara haram ke luar negara," katanya.

Namun, kapal itu ada kaitan Caribbean. Sebuah syarikat yang berpangkalan di Kepulauan Cayman mendakwa memiliki kapal berkenaan tetapi berselindung di sebalik nama warisnya. - AP Link berkaitan disini..... The yacht Saddam Hussein they sell for 17 million pounds

No comments: