Deripaska paling kaya di Rusia


MOSCOW – Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich sebagai orang terkaya Rusia berakhir selepas majalah perniagaan Finans mengumumkan taikun logam, Oleg Deripaska (gamber kiri) sebagai individu paling kaya dengan kekayaannya sebanyak AS$40 bilion (RM129 bilion).


Ekonomi Rusia yang berkembang pesat juga menyebabkan pertambahan bilionair di negara itu yang kini mempunyai seramai 101 orang sekali gus menjadikan negara bekas komunis itu sebagai kedua terbanyak selepas Amerika Syarikat (AS), lapor Finans.


Kedudukan Deripaska, 40, itu banyak disokong oleh kenaikan harga logam di pasaran dunia yang meningkat dua kali ganda berbanding harga bersihnya.


Abramovich yang lebih kerap berada di London mempunyai kekayaan sebanyak AS$23 bilion (RM74 bilion).Senarai itu turut menamakan seorang ahli perniagaan yang mencipta kejayaan menerusi industri logam dengan kekayaannya lebih AS$20 bilion (RM64 bilion) iaitu, Vladimir Lisin.


Gelaran wanita terkaya Rusia pula disandang oleh Yelena Baturina.Beliau dianggarkan memiliki kekayaan sebanyak AS$7 bilion (RM22.5 bilion) menerusi sektor pembinaan tetapi beliau berada di tempat ke-27. – Reuters

View technorati.com

No comments: