Era emas bilionair muda Rusia

SEKUMPULAN generasi baru taikun Rusia bertambah dalam era pemerintahan Presiden Vladmimir Putin dengan bilangan bilionair kini berjumlah 101 orang.

Negara itu sekarang menduduki tempat kedua di belakang Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai 415 bilionair manakala Jerman berada di tangga ketiga dengan 60 bilionair.

Taikun logam, menduduki tempat pertama dalam senarai bilionair Rusia dan bersaing hebat dengan pemilik kelab bola sepak Chelsea, Oleg DeripaskaRoman Abramovich yang berada di tangga kedua pada tahun lalu.

Gambar : DERIPASKA (kanan) berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev di Krasnoyarsk baru-baru ini.

Deripaska yang hanya berumur 40 tahun dianggarkan memiliki aset berjumlah AS$40 bilion (RM128 bilion) manakala aset Abramovich, 41, hanya sebanyak AS$23 bilion (RM73.69 bilion).

Anggaran itu dilakukan oleh majalah Finans di Rusia yang menegaskan bahawa Deripaska merupakan ahli perniagaan paling aktif di negara berkenaan.Syarikat miliknya, Basic Element berkembang dengan meluas di luar negara menerusi pegangan saham dalam General Motors dan Magna International iaitu kumpulan alat ganti kereta Kanada.

Ia juga memiliki saham dalam Syarikat Hochtief dan Strabag yang merupakan kumpulan pembinaan Jerman serta Austria.

Sebagai perbandingan, akhbar Moskovsky Komsomolets membuat gurauan dengan menyatakan bahawa kekayaan Abramovich hanya bertambah sebanyak AS$2 bilion (RM6.4 bilion) pada tahun lalu kerana dia menumpukan perhatian terhadap bisnes bola sepak."Chelsea dan lain-lain hobi seperti tidak membawa pulangan baik untuk perniagaan," komen akhbar itu yang merujuk pencapaian Abramovich.

Pencapaian Deripaska merupakan usaha berterusannya. Dia Deripaska dilahirkan pada tahun 1968 dan menjadi bilionair termuda Rusia ketika berumur 35 tahun.Ketika Kesatuan Soviet runtuh pada 1991, dia berumur 23 tahun dan merupakan pelajar di Universiti Soviet Union.

Gambar : ABRAMOVICH (kanan) berbual dengan kekasihnya, Daria Zhukova ketika menyaksikan satu perlawanan bola sepak di Stadium Bloomfield, Tel Aviv, Israel pada bulan lalu.

Deripaska kemudian memperoleh pekerjaan dalam industri pasaran logam dan pada tahun 1994, dia menjadi Ketua Pegawai Kewangan Syarikat Aluminprodukt.Menerusi syarikat itu, dia mula membeli saham sebuah loji peleburan di Siberia.

Deripaska menjadi pengurus loji itu bagi mengelakkan ia diambil alih oleh bekas pemilik yang pernah mengancam untuk melancarkan bom grenad.Dia kemudian melancarkan satu siri pengambilalihan saham Transworld Group yang beribu pejabat di London sebelum menjalin usaha sama dengan Abramovich pada 2000 dengan menubuhkan Russian Aluminium (RUSAI).Ketika ini, RUSAI mempunyai jualan tahunan sebanyak AS$4 bilion (RM12.8 bilion) dan ia merupakan pengeluar kedua terbesar aluminium di dunia.

Perniagaannya yang lain adalah stesen tenaga, pemilik syarikat kereta dan kenderaan terbesar Rusia dan syarikat insurans.Gaya hidup Deripaska juga menarik kerana dia pernah menggunakan jet peribadi untuk pergi ke London pada setiap minggu untuk memperbaiki tahap penguasaan bahasa Inggeris.

Menurut tinjauan majalah Finans, Deripaska menyumbangkan ratusan juta dolar bagi membina sebuah kompleks sukan berhampiran bandar Sochi di mana Sukan Olimpik Musim Sejuk akan diadakan pada 2014.Rakan seperniagaannya, Abramovich menyumbangkan dana untuk pembinaan sebuah pusat latihan baru bagi pasukan bola sepak Rusia.

Ketika terdapat kebimbangan bahawa persaraan Putin sebagai Presiden akan mengurangkan aset bilioanir berkenaan, tinjauan Finans mendapati bahawa ia tidak akan berlaku.Para penganalisis berpendapat, kejayaan dalam perniagaan adalah mempelbagaikan aktiviti bisnes dalam industri yang mengalami pertumbuhan baru seperti pengeluaran kereta dan peruncitan. - Agensi


No comments: