Ikan toman ganas ditangkap di Britain


LONDON – Seekor ikan gergasi toman yang dianggap lebih bahaya daripada pirana berjaya ditangkap buat pertama kalinya oleh seorang pemancing, Andy Alder di Sungai Witham di Lincolnshire, lapor sebuah akhbar semalam.


Ikan toman gergasi itu dilaporkan mempunyai mulut yang terdapat gigi tajam dan menakutkan di mana ia memakan segala yang dilihatnya termasuk manusia.Ia juga boleh bergerak di darat dan mampu hidup tanpa air selama empat hari manakala ikan dewasa pula boleh membesar sehingga 91.44 sentimeter dan seberat 20 kilogram.


Satu sumber di Agensi Alam Sekitar Britain menyatakan bahawa ikan jenis itu adalah yang spesies merbahaya dan sekiranya ia mula membiak, ia merupakan satu bencana.


Pemancing berkenaan, Andy Alder memberitahu ikan yang berasal dari Asia Tenggara itu mempunyai gigi-gigi yang tajam seperti pisau cukur dan ia sangat menakutkan. –
View technorati.com

No comments: