YAHUDI amal perkauman di Hebron

BAITULMAQDIS: Lebih 40 peratus penduduk Palestin tinggal di Hebron, bandar di tengah Tebing Barat di bawah kawalan Israel, dipaksa meninggalkan rumah, manakala 75 peratus lagi terpaksa menutup perniagaan, lapor satu tinjauan dilakukan dua aktivis hak asasi Israel dan disiarkan semalam.

B’Tselem dan Persatuan bagi Hak Asasi di Israel berkata, perpindahan penduduk Palestin dari tengah Hebron berpunca daripada dasar pemisahan antara Yahudi dan Arab selain pelbagai sekatan dan kesengsaraan terpaksa dihadapi penduduk Palestin.

Orang Yahudi dan Islam percaya Hebron adalah kawasan pengebumian tokoh agama masing-masing dan pergolakan sering berlaku di kawasan itu.

Israel mengawal bahagian tengah bandar Hebron, manakala kira-kira 500 penduduk Yahudi tinggal di sebuah kawasan dikawal ketat, dikelilingi kira-kira 160,000 penduduk Palestin. Penduduk Palestin mengawal bahagian lain bandar itu.

Kajian menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 1,014 unit rumah merangkumi 41.9 peratus daripada kawasan itu sudah kosong. Daripada jumlah ini, 65 peratus dikosongkan ketika kebangkitan kali kedua penduduk Palestin bermula pada 2000.

Jurucakap B’Tselem, Sarit Michaeli, berkata penduduk Palestin terpaksa berpindah berikutan tindakan tentera Israel mengawal ketat pergerakan dan kehidupan mereka. – AP
View technorati.com

No comments: