Kerana roti canai sekeping, anak dikurung dalam kereta

Kisah Benar..

Selepas selesai pendaftaran SRA di Saujana Utama (anak tahun 1) saya, suami (faed) dan anak ke Bdr Baru Sg Buloh. Sebelah petang anak saya masuk sekolah kebangsaan pulak.Dlm kul 10.30 mcm tu. Kononnya nak kuar dividen ASB kat bank situ. CIMB dan RHB bersebelahan. Mmg orang ramai giler. Suami saya ke kereta kerana nak amik dokumen tertinggal.

Saya depan kedai Panasonic. Tidak jauh dari Avon dan juga kedua2 bank diatas.Tetiba saya nampak budak perempuan dalam usia 1 tahun lebih menangis teresak-esak dalam kereta kelisa, muka dah merah padam kepanasan terkurung dlm kereta.

Saya tanya abang yg repair kasut dikaki lima kedai tersebut. "Dah lama ker budak tu menangis?"Dia kata mmg dari tadi dia nampak. Ye la, dia sibuk dgn kerja dia kan.Saya pun pergi lah ke arah kereta kelisa tersebut. (jarak parking kereta kelisa dengan bank dalam 5-6 buah kedai) Nampak nya budak tu saja yg dalam kereta.

Tiada orang lain. Saya raba cermin tingkap (bhg driver) terbuka dalam 2 jari boleh masuk. Saya tak pasti sama ada anak melayu, cina atau kemboja (maklumlah sukar nak kenal). Intai sit belakang ada beg sekolah. mcm pemiliknya melayu.Baby ni masih teresak-esak. Saya bagi isyarat pada baby tu supaya ambil botol susu di atas dash board. Lagi kuat baby tu meraung. Mungkin takut dengan saya.

Nak aje saya peluk baby tu,. tapi boleh sentuh melalui cermin saja.Suami saya dah pergi ke arah kedua2 bank utk buat announcement sesiapa yang tertinggal anak dalam kereta kelisa. tetapi tiada yang tampil. Ramai orang yang lalu lalang tanya pada saya "Anak u ker?, saya jawab "bukan, tak tahu kemana parents dia dah pergi".

Rasanya dah hampir 20 minit saya disitu. Ramai yang tanya dan terus pergi.Suami saya nak pecahkan cermin kereta tersebut, saya kata jangan, nanti kena dakwa menculik budak pulak. Suami saya berpatah semula ke arah bank utk berjumpa sekumpulan askar yang ada di luar bank tersebut utk meminta bantuan.Anak saya pulak yang menangis, sbb dia kesian kan baby tu..Tiba- tiba datang seorang wanita muda dengan anak lelaki dalam usia 5 tahun tanpa rasa bersalah, jalan lenggang lenggok lagi terus buka pintu kereta .

Saya tanya dia, "Anak u ker, tau tak dia menangis dah lama, lebih 20 minit saya kat sini, sblm saya datang tak tau berapa lama dia dah menangis."Nak tau apa dia jawab? "Abang dia ni, nak roti canai, tapi ramai pulak orang", terus masuk kereta tanpa ucap meminta maaf atau berterima kasih.Maknya fikir nak beli roti canai jer.. kebetulan orang ramai, mungkin baby ni tengah tidur, dia kunci lah baby ni dlm kereta.Saya kat luar tu terpinga2 kat situ.

Geramnya saya...Dah lah saya kepanasan tawaf kereta dia di bawah matahari terik. Rasa nak tendang jer pintu kereta mak dia..Mmg saya menyumpah giler sambil berjalan kearah bank. Saya lihat luar bank tu ramai orang yg menanti jawapan dari saya. Ramai yang bersungut, "ishh.. mak dia ni tak ambil ikhtibar ker atas apa yang berlaku dlm tv kebelakangan ini"Mak nyer selepas masuk kereta tu, tak bergerak2 kereta dia.

Mungkin dia panik dan juga malu. Sbb kat luar bank dah ramai yang nak lihat muka dia....Anak saya si Farhana tanya, "Kenapa mama tak ambil gambar kereta dia?".Suami saya plak kata" Apa gunanya ada hp berkamera lepas tu hantar jer ke tv3.Ye la, saya tak terfikir tu semua, yang saya risaukan budak tu

.# masa kat bank tu juga saya jumpa arwah loloq.

pengalaman sebenar,dora...
View technorati.com

No comments: