Memperkenalkan Rahsia Takaful

Nak tahu tentang takaful? Sila layari http://www.RahsiaTakaful.com

Baiklah. Ia merupakan satu produk eksperimen saya mengunakan SMS sebagai payment option. Ia sebenarnya untuk test samada orang berminat atau tidak dengan produk perlindungan insurans ini.

Mereka yang berminat tidak perlu ke bank atau login internet banking anda. Hanya perlu ada handphone sahaja. Harganya lebih murah berbanding harga segelas air milo di warung. Matlamat saya adalah untuk memperkenalkan takaful kepada golongan yang masih belum tahu. Mengikut statistik, hanya 25% daripada rakyat Malaysia mempunyai insurans diri samada takaful ataupun konvensional.

Masih ramai yang belum mempunyai kesedaran tentang pentingnya melindungi pendapatan mereka. Kenapa pulak melindungi pendapatan? Jika anda mempunyai anak kecil, dan tidak disangka anda mengalami kemalangan dan anda meninggal atau cacat. Bagaimanakah nasib anak anda?

Kita sering melihat rancangan seperti BersamaMu yang memaparkan mereka yang hidup susah akibat cacat atau suami (pendapatan utama) meninggal dunia. Tidakkah anda sedar jika mereka menyimpan RM75 sebulan di takaful, pampasan yang akan diterima adalah melebihi RM80K. Ia sudah cukup untuk ahli keluarga yang masih tinggal untuk meneruskan hidup dan untuk perbelanjaan anak anak.

Ada yang berpandangan… Ala aku dah ada insurans kereta. Nanti dapat jugak pampasan.. Eh, betul ke? Berapa lama ia mengambil masa? 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun malah ada yang sampai 10 tahun masih belum selesai tuntutan insuran berkenaan. Ketika itu keluarga anda pasti dah kebuluran. Jangan sampai terpaksa makan nasi berkuah garam dah la. Paling teruk,xde nasi langsung. Ada yang merempat kerana ketiadaan sumber pendapatan.

Ada juga yang beranggapan simpanan mereka “burn” begitu sahaja sebagaimana insurans kereta/ kenderaan. Anda salah. Anda akan mendapat kembali wang yang anda simpan setelah kontrak tamat beserta dengan dividen. Jadi anda boleh gunakan wang tersebut untuk kegunaan ke Mekah jika kontrak takaful anda tamat. Jika kontrak anda selama 20 tahun, setelah 20 tahun anda akan menerima kembali kesemua wang anda yang anda simpan selama 20 tahun dan ditambah dengan dividen. Rugi ke macam tu?

Ajal tidak mengenal usia. Adalah lebih baik anda beringat. Walaupun anda masih bujang, masih tiada komitmen keluarga. Namun, anda masih ada keluarga yang bergantung kepada anda. Jika anda mula menyimpan ketika muda. Pampasan yang akan diterima jugak adalah tinggi. Begitu juga apabila kontrak anda tamat kelak.

Kepada yang ada anak kecil tu..Ingatla masa depan anak tersebut. Dapatkan perlindungan insurans pendidikan untuk mereka. Kita membanting tualng bekerja keras mencari duit adalah untuk masa depan anak anak kita. Tidak rugi jika anda dapatkan insurans pendidikan untuk mereka. Setelah kontrak matang,simpanan akan dapat kembali. Ia boleh digunakan untuk pengajian mereka. Jika sesuatu terjadi kepada anda, pihak insurans akan mengambil peranan anda untuk memastikan pelajaran anak anda terjamin.
Apa lagi,
Sila layari ke http://www.RahsiaTakaful.com
View technorati.com

No comments: