Maksud sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a :
Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid."
Keterangan
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.
Masjid Kristal adalah sebuah masjid yang dibina di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Wan Man. Ianya merupakan satu juzuk dari himpunan yang dinamakan Taman Tamaddun Islam. Menelan belanja kira-kira RM250 juta. Pembinaannya diserahkan kepada Patrick Lim.
Setakat ni tiada penghuni di pulau ni dan spesis yang tinggal di sini pada ketika ini adalah bewok (biawak) dan kera.
Kalau Idris Jusoh memberi alasan perobohan Masjid Desa Makmur Kijal kerana tiada penghuni pun di situ, maka masjid kristal itu sendiri didiami oleh bewak dan kera menjadi alasan ianya layak dibina.
Apa pun alasannya projek masjid kristal ini adalah bertujuan:-
- Untuk pelancongan.
-Untuk mewujudkan projek kepada Patrick Lim (dengan habuan)
- Untuk bermegah-megah.
Lalu kita renungkan dengan hadith yang tertera di atas....Di manakah kita.........."motif utama masjid ni dibina bukan utk menjadi tempat solat, dan pulau ni memang takde penghuni pon. tiada jambatan, dan aku rasa mungkin ada perkhidmatan bot utk hantar orang bersolat di situ bila masjid tu siap nanti. patrick lim n kroni jugak yg untung. apa kata ketua audit negara?? Hehe
No comments:
Post a Comment