KUALA LUMPUR – Raja Gula Tan Sri Robert Kuok Hock Nien kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia jauh meninggalkan pesaing terdekatnya, T. Ananda Krishnan, demikian menurut majalah Malaysian Business.
Majalah itu dalam keluaran 16 Februari meletakkan kekayaan Kuok sebanyak RM58.11 bilion, yang menyumbang hampir 36 peratus daripada jumlah kekayaan 40 orang terkaya.
Taikun itu menambah RM25.7 bilion ke dalam kekayaannya tahun lepas, berikutan harga ekuiti meningkat.Bagaimanapun, ia berkata, kekayaan Ananda Krishnan mencatatkan penurunan sedikit kepada RM19.63 bilion.Sementara itu Tan Sri Lee Shin Cheng daripada IOI Corporation Bhd, buat pertama kalinya memahat nama dalam tiga kedudukan teratas dengan harta RM14.94 bilion. – Bernama
No comments:
Post a Comment