Los Angeles - Majalah Forbes mengumumkan bahawa Madonna sebagai peneraju senarai Cash Queens of Music kerana memperoleh jumlah pendapatan terbanyak sekali gus menjadi penyanyi wanita terkaya, lapor sebuah akhbar semalam.Penyanyi berumur 49 tahun itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$72 juta (RM323 juta) untuk tempoh setahun bermula Jun 2006 hingga Jun 2007.
Kebanyakan pendapatan Madonna diperoleh menerusi konsert jelajah Confessions yang mencatatkan perolehan sebanyak AS$260 juta (RM840 juta).Dia juga memperoleh pendapatan menerusi penjualan album dan penjualan hak siaran persembahannya di Stadium Wembley kepada stesen televisyen NBC.Majalah itu menyatakan bahawa, pihaknya membuat penilaian itu berdasarkan kejayaan konsert, perolehan barangan, penjualan album dan hasil sampingan penyanyi seperti penjualan pakaian, minyak wangi dan iklan.
Tempat kedua dipegang oleh penyanyi veteran, Barbra Streisand yang memperoleh AS$60 juta (RM194 juta) di mana sebahagian besarnya disumbang menerusi konsert kemunculan semulanya di pentas sejak 2000.Penyanyi kelahiran Kanada, Celine Dion, 39, berada di tempat ketiga dengan memperoleh pendapatan sebanyak AS$45 juta (RM145 juta) dengan sumbangan terbesarnya adalah menerusi konsert A New Day di Caesars Palace, Las Vegas.
Konsert itu bermula pada 2003 di Coliseum Theater dan ia disaksikan oleh lebih tiga juta peminat sebelum ia melabuhkan tirainya pada Disember lalu.Penyanyi lagu Hips Don't Lie, Shakira, 30, menduduki tempat keempat kerana memperoleh pendapatan sebanyak AS$38 juta (RM123 juta).Pemenang siri realiti American Idol musim keempat, Carrie Underwood menduduki tangga ke-15 dengan memperoleh pendapatan sebanyak AS$7 juta (RM23 juta).
Selebriti bermasalah, Britney Spears masih mampu mendapat pendapatan sebanyak AS$8 juta (RM26 juta) menerusi album lamanya dan penjualan minyak wangi yang menggunakan namanya. - Agensi
View technorati.com
View technorati.com
No comments:
Post a Comment