Laman Web Baru Untuk Dapatkan Anggaran Nilai Kereta Terpakai

BERITA BAIK!-ISM Insurance Services Malaysia Bhd dan EurotaxGlass's AG telah membangunkan satu laman web baru di carprices.ism.net.my untuk pengguna memperolehi anggaran penilaian kereta terpakai dalam talian.

Penilaian itu dikemas kini setiap bulan dan menentukan daripada beribu-ribu pemerhatian harga pasaran sebenar dari pelbagai sumber di seluruh Malaysia, kata kedua-dua buah syarikat dalam kenyataan bersama hari ini."Idea untuk menyediakan perkhidmatan percuma dalam talian itu adalah satu keputusan strategik oleh pemegang saham kami untuk menyediakan ketelusan lebih baik kepada mereka yang amat memerlukannya, iaitu pengguna," kata Ketua Pegawai Eksekutif ISM Carl Rajendram.

Beliau berkata laman web itu akan menyediakan untuk pengguna penilaian bebas nilai pasaran berasaskan penyelidikan meluas yang dijalankan oleh pasukannya.Rajendram berkata satu perkhidmatan sedang dibangunkan untuk menyediakan pengguna sijil penilaian dengan pengubahsuaian bagi perbatuan, keadaan kenderaan dan aksesori opsyenal kereta dalam beberapa bulan akan datang."Yuran RM10 akan dikenakan untuk mengeluarkan sijil penilaian yang boleh digunakan sebagai pendapat kedua mengenai nilai kereta itu," katanya. - Bernama
View technorati.com

No comments: