Seks manusia-robot tidak mustahil


PARIS 14 Feb. – Mungkinkah satu ketika dalam tempoh yang terdekat, hubungan seks bukan lagi hanya terbatas kepada sesama manusia tetapi juga dengan robot canggih seperti mana pernah digambarkan dalam cereka sains fiksyen sebelum ini.Bagi Profesor Kajian Gender dan Kebijaksanaan Buatan (AI) yang juga pengarang buku Hubungan Seks dengan Robot: Evolusi Dalam Hubungan Manusia dan Robot, David Levy berkata, hubungan ini tidaklah mustahil !


Beliau berkata demikian sewaktu diminta meramalkan kemungkinan ‘seorang’ wanita penggoda berupa robot seks yang turut mempunyai nafsu dapat diterima dalam kehidupan manusia.Namun begitu bukan semua bersetuju dengan kenyataan Levy bahawa pada masa hadapan manusia akan beroleh kepuasan di ranjang bersama-sama melalui perbualan pra-seks yang diprogramkan terlebih dahulu.Tetapi, pada dasarnya ramai yang percaya kemajuan komputer mampu meniru pergerakan otot manusia malah boleh dimajukan secara AI untuk mendapatkan perasaan, emosi dan personaliti terhadap robot tersebut.Namun begitu, Levy mengakui sebaik mana pun kualiti suara sintetik, ia masih tidak mampu menyamai suara asli manusia.


Pada November lalu, para penyelidik di Universiti Waseda di Jepun berjaya mencipta robot yang dinamakan Twendy-One yang boleh memasak, bercakap, patuh pada arahan suara dan mempunyai ‘kulit’ tangan yang halus.Malah robot ini mempunyai 241 sensor deria sentuhan bagi membolehkan ia berinteraksi dengan manusia.Selain itu, sebuah syarikat di Jepun, Axis, buat pertama kalinya didunia berjaya mencipta ‘seorang’ robot seks bersaiz manusia untuk memuaskan lelaki, dikenali sebagai Honeydolls.


Robot itu mempunyai bentuk badan wanita yang sempurna diperbuat dari silikon dan damar dengan dilengkapkan dengan alat sensor yang mengeluar suara manja ‘menyentuh jiwa’ lelaki setiap kali buah dada dipicit menerusi program yang dirakam lebih awal.Sementara itu Pengarang Seksologi dari New York, Yvonne K.Fulbright berkata, adalah masih terlalu jauh untuk memikirkan manusia akhirnya mampu jatuh cinta dengan robot. – AFP

No comments: