Oleh Harian Metro
Sabtu, 09 Februari 2008
MELAKA: Seorang penyanyi balada yang juga finalis Bintang Penghibur HMI 2001 adalah antara yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya di sini tengah malam Rabu lalu.
Penyanyi berusia 29 tahun kelahiran Klang, Selangor, itu ditahan bersama 10 pengunjung wanita lain kerana didapati berpakaian seksi dan menjolok mata.
Pusat hiburan itu diserbu anggota penguat kuasa sekitar 12 tengah malam dalam operasi bersepadu melibatkan jabatan imigresen dan polis.
"Penyanyi itu berpakaian sendat dengan fabrik jarang berwarna gelap serta skirt pendek atas paha"
Penyanyi berusia 29 tahun kelahiran Klang, Selangor, itu ditahan bersama 10 pengunjung wanita lain kerana didapati berpakaian seksi dan menjolok mata.
Ini kali kedua penyanyi itu ditahan atas kesalahan serupa oleh penguat kuasa Jaim.
Awal tahun lalu, beliau turut ditahan kerana berpakaian seksi di sebuah pusat hiburan berdekatan.
Ketika ditahan dalam operasi itu, penyanyi tersebut didapati menghiburkan puluhan pengunjung dengan nyanyian lagu popularnya dan terkini.
Pegawai Penguat Kuasa Jaim yang membuat pemantauan dan pemerhatian mendapati penyanyi itu berpakaian sendat dengan fabrik jarang berwarna gelap serta skirt pendek atas paha.
Beliau juga dikatakan popular sekitar tahun-tahun 90-an dan pernah merakamkan album serta popular dengan beberapa lagu balada serta irama Malaysia.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Encik Rahimin Bani, berkata menerusi saman hadir yang diberikan, penyanyi itu dikehendaki datang ke pejabat Jaim pada minggu depan untuk diambil keterangannya.
Penyanyi itu juga dikehendaki mengikuti sesi kaunseling yang akan diadakan nanti, katanya.
Jika disabitkan kesalahan, penyanyi itu boleh didenda RM1,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali
Go JAIM GO..siapakah penyanyi tersebut??? Biasalah artis...bukannya faham atau buat-buat tak faham dengan hukum hakam ni.
View technorati.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment