COLGATE dan DARLIE mengandungi 'DIETHELYNEGYLCOL' yang BOLEH MEROSAKKAN BUAH PINGGANG

Persatuan Pengguna Islam Malaysia - 25/09/07

Saya amat terkejut apabila mendapat info bahawa ubat gigi dari China dikatakan beracun. Bahan-bahan kimia yang beracun dan merbahaya terdapat didalam ubat gigi keluaran China.
Bahan tersebut telah diharamkan di USA dan negara Eropah tapi telah dilambakkan di negara kita yang baru je 50 tahun merdeka!
Di pasaran jika kita lihat bagaimana ubat gigi keluaran China seperti Colgate kayu sugi dijual dengan harga yang begitu murah. Di sini dapat dilihat strategi serta pakatan halus untuk menipu pengguna di negara ini dengan mengaburi orang ramai supaya terpedaya dengan iklan kayu sugi 'Mustapa Maarof'.
Ramai yang terkena bila nampak harga murah tapi tak sedar bahaya bahan beracun dari ubat gigi dari China seperti Colgate dan Darlie. Periksa kandungan serta label dibelakang pengeluar dan pengilang ubat gigi anda jangan beli yang dari China macam Colgate dan Darlie.
Saya juga ada maklumat untuk dikongsi bersama melalui laman web ini http://cbs2chicago.com/topstories/local_story_193121935.html
Harap semua pihak terlibat dalam perkara ini berbuat sesuatu.
View technorati.com

No comments: