TERBARU: Wanita yang mendakwa dicabul oleh seorang bekas menteri telah menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 17 April 2008 yang lalu sekitar jam 7.00 petang Rabu.
Difahamkan, wanita yang bertugas sebagai pelayan di kelab sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur Sentral itu berbuat demikian setelah mengakui wujudnya salah faham berhubung dengan 'gurauan' bekas menteri berkenaan.
Sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily Rabu malam wanita berkenaan juga mengakui pada ketika 'gurauan' itu berlaku dia dalam keadaan 'bad mood'. Katanya pejabat Peguam Negara akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kes tersebut dalam waktu yang terdekat.
Menurut sumber berkenaan wanita itu membuat laporan polis pada 17 April dan bukan 14 April seperti yang dilaporkan media sebelum ini.- 23/4/2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment