Oleh Norliza Abd. Rahman
CYBERJAYA 8 April – Kuasa ‘veto’ Astro yang mengenakan caj ‘tersembunyi’ kepada 2.3 juta pelanggannya akan dikawal oleh kerajaan apabila stesen berbayar itu dikehendaki beroperasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menjelang akhir tahun ini.Serentak itu, Astro turut diarahkan oleh kerajaan supaya tidak menambah lagi bilangan saluran sedia ada sehingga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berpuas hati dengan usaha-usaha penambahbaikan yang dibuat.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Astro yang diberikan lesen operasi pada 1997 perlu patuh kepada arahan kerajaan supaya berhijrah ke akta baru.Menurutnya, ketika diberikan lesen, Astro beroperasi di bawah Akta Penyiaran dan Akta Telekom dengan kedua-duanya sudah dimansuhkan tetapi lesen mereka masih terletak di bawah Akta Komunikasi Multimedia 1998.‘‘Ada banyak dakwaan mengatakan pakej yang Astro beri seolah-olah macam ‘bufet’, dia beri 10 hingga 15 siaran dan ada saluran yang kita tidak mahu tetapi pelanggan tidak diberi pilihan untuk menolaknya.‘‘Walaupun ini merupakan sebahagian daripada pakej dan Astro kata tiada kos dikenakan, namun saya percaya memang ada kos dikenakan.‘‘Justeru, walaupun Astro sudah menunjukkan minat untuk berhijrah ke Akta Komunikasi dan Multimedia sejak 1999 tetapi sampai hari ini mereka masih belum berhijrah ke akta ini,” katanya di sini hari ini.
Astro menyediakan 126 saluran termasuk saluran radio dengan bayaran pakej termurah RM39 sebulan.Antara rungutan pelanggan Astro yang kerap diterima ialah caj RM20 untuk bil lewat bayar, caj sokongan teknikal RM50 serta pakej siaran yang diberikan kepada pelanggan.Shaziman berkata, tindakan Astro mengambil masa terlalu panjang untuk berhijrah ke akta berkenaan menyebabkan SKMM sukar mengambil sebarang tindakan walaupun banyak aduan dan rungutan orang ramai diterima berhubung perkhidmatannya.‘‘Rumusan hasil perbincangan kami hari ini ialah walaupun Astro berhijrah ke akta baru, hak eksklusif yang mereka terima akan terus dikekalkan tetapi penghijrahan perlu dibuat pada kadar segera.‘‘Secara tidak langsung ini akan memudahkan segala perkhidmatan yang diberikan oleh Astro dikawal dan masalah berbangkit daripada orang ramai dapat diperbaiki,” katanya.
Shaziman berkata, Astro sepatutnya memberi pilihan kepada pelanggan untuk memilih saluran yang dirasakan perlu tanpa menggunakan kuasanya untuk menentukan siaran tertentu berdasarkan pakej disediakan.
Hak eksklusif Astro sebagai stesen televisyen berbayar akan tamat pada 2017 manakala lesen operasi Astro berakhir pada 2022.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment