Baru-baru ini kepimpinan teringgi Angkatan Tentera semasa sesi dialog dengan warganya ada hangat seketika apabila kepimpinan ada menyatakan bahawa Najib terkilan serta sedih kerana majoriti Tentera memangkah pembangkang pada PRU12 lalu. Kepimpinan ATM khabarnya akan memanggil anggota terlibat bagi mengetahui punca mereka memihak kepada pembangkang.
Katanya hanya untuk selidik je apa masalahnya (ntah-ntah nak amik tindakan kut). Undi tentera jelas bukan rahsia kerana setiap sampul surat kertas undi tertera nama penuh dan number servis serta ada nombor siri.Apapun tahniah kepada tentera kerana semangat berpasukan memilih pembangkang pada pilihanraya lalu. Kalau kena tindakan, semua akan kena. Betul tak? Jawapannya jelas... Keje penat-penat, gaji ciput, bonus tak dapat, tiada tambahan elaun, pencen dapat 3 ke 4 ratus. Tak payah arr buat kajian. Jawapan ni adalah segalanya. Pada Najib... Lu Pikir Arr Sendiri.
Lagi satu tentera terfikir juga mungkin betul kata Dato Seri Anwar kerana komisyen Kapal selam khabarnya sehingga 400 juta dan sukhoi jet juga beratus-ratus juta. Yang untungnya orang atas sedangkan orang bawah habuk pun takda. Mungkin atas faktor itu mereka memihak pembangkang kerana apa yang Dato Anwar kata, Najib hanya membisu dan tiada siasatan yng di buat setakat ini biarpun heboh diperkatakan anggota tentera kini.Mungkin sebab itu mereka tak mahu terlibat dengan perkara mungkar kut...
Dikhabarkan juga, Najib kalau datang melawat kem, penuh dengan jamuan.Orang bawahan yang jadi kuli bersihkan kem untuk lawatan Najib. Yang duk senang lenang ngan Najib pegawai-pegawai jer menjamu selera manakala anggota lain pangkat hanya jadi penyambut tetamu, pasang balai, tukang basuh pinggan. Kesian sungguh.
Khabarnya Parlimen Lumut yang ketara dilihat apabila parlimen Lumut BN hanya menang majoriti dua ratus lebih sedangkan anggota tentera serta isteri di situ lebih dari 10 ribu orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment