Apr 16, 08
4:48pm
Kementerian Dalam Negeri hari ini mengharamkan akhbar popular Makkal Osai selepas memberikan liputan muka depan perhimpunan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.
Hari ini, akhbar berbahasa Tamil tersebut turut memuatkan liputan siasatan polis terhadap presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi pemimpin kanannya susulan perhimpunan itu.
Akhbar harian berpengaruh itu menghadapi masalah memperbaharui permit sejak Oktober tahun lepas. makkal ossai anwar ibrahim black 14 (16-04-08)Pengurus besar Makkal Osai S M Periasamy mengesahkan kementerian telah mengeluarkan surat yang menyebut permohonannya "tidak akan dipertimbangkan." Surat itu tidak menyatakan sebarang sebab pengharaman tersebut. Pemilik akhbar itu - yang dikaitkan dengan bekas pemimpin kanan MIC Datuk S Subramaniam - telah memohon permit baru sejak Julai, kira-kira tiga bulan sebelum tarikhnya tamat.
Sementara itu sebuah harian berbahasa Cina Oriental Daily masih tidak diperbaharui permit sejak Disember lalu. Ia beroperasi sepanjang pilihanraya umum lalu tanpa permit permit tahunan. Akhbar Tamil itu memberikan liputan meluas pada Makkal Sakthi (kuasa rakyat) selepas demonstrasi besar 25 November yang digerakkan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).
Akhbar paling bongsu itu, diterbitkan mulai 2005, menyertai dua lagi akhbar harian untuk etnik India, Tamil Nesan dan Malaysia Nanban. "Kami akan memohon rayuan esok," kata Periasamy.
Makkal Osai, yang berpejabat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, menggajikan kira-kira 100 kakitangan.
Nasib mereka belum jelas akibat pengharaman ini.
1 comment:
Wahai penulis blog yang saya ikuti setiap hari,di sini saya ingin bertanya tidakkah anda takut seperti yang dikatakan menteri penerangan baru baru ini mengenai penulis blog boleh di tahan sekiranya didapati.contoh seperti cerita cerita panas politik.sekian terima kasih.
Post a Comment