ZAGREB - Kongres Yahudi Eropah semalam menggesa negara-negara Eropah untuk berhenti berurus niaga dengan Iran sepenuhnya .
"Ia sangat penting untuk menghentikan hubungan ekonomi dengan Iran sepenuhnya," kata Moshe Kantor.
Pemberhentian hubungan bisnes sepenuhnya dengan Iran boleh menghentikan usaha Teheran untuk mengayakan uranium.
Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya bimbang Iran akan menggunakan teknologi nuklear untuk membuat bom atom dan ia boleh mencetuskan ketidakstabilan politik di rantau itu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga kini sudah mengeluarkan tiga sekatan terhadap Iran kerana keengganan negara itu untuk menggantung program pengayaan uranium.
Bagaimanapun, Teheran menafikan tuduhan itu dengan menyatakan program itu adalah untuk menjana reaktor janakuasa tenaga nuklear.
Iran turut mengumumkan bahawa ia sudah memulakan pemasangan 6,000 alat pengempar baru di kemudahan pengayaan uranium di Natanz. - AP
Kantor yang ditemu bual menerusi telefon ketika mengadakan lawatan Slovenia yang ketika ini menjadi presiden EU. - AP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment