Topik ini saya buka khas untuk memberi AMARAN kepada seluruh ahli & pelawat blog melayuhot.blogspot.com supaya berhati-hati dengan penularan kembali Skim-Skim Cepat Kaya yang bertopengkan "pelaburan".
Baru-baru ini saya mendapat maklumat bahawa terdapat satu skim yang mengambil deposit yang bukan dipanggil mencurigakan, bahkan 100% adalah penipuan semata-mata. Skim-skim ini adalah kesinambungan dari program-program cepat kaya yang menular secara besar-besaran khususnya hampir ke seluruh masyarakat pada awal tahun 2007 seperti Swisscash, Danafutures, Fical dan lain-lain.
Skim yang telah kami kesan ini bernama EUVEST, API Mutual & Wallet Money yang mempunyai domain beralamat www.euvest.net, www.apimutual.com & www.Wallet-Money.com adalah 100% buatan penganjur tempatan. Mereka seperti biasa mengutip deposit menggunakan pihak ketiga yang berfungsi sebagai perantaraan di dalam penukaran wang tunai ke sistem 'euro' (biasanya dipanggil 'e-point').
Kami percaya skim ini telah mula menular di dalam masyarakat kita dan baru-baru ini mereka telah mula menjalankan aktiviti mempromosi di dalam internet. Kami yakin penganjur skim ini telah samada mengupah, atau memberi komisen atau menawarkan 'orang tengah' sebagai 'merchant' mereka sebagai salah satu strategi untuk berkomplot di dalam menjalankan promosi. Kami juga percaya banyak lagi skim-skim akan muncul tidak lama lagi.
Namun kali ini kami mengambil langkah proaktif memberi amaran secara lebih terbuka kepada anda disebabkan beberapa faktor penting :-
-Supaya anda tidak tertipu dan terjebak dengan skim-skim ini. Jangan percaya dengan segala kata-kata manis 'orang tengah' yang sibuk membuat promosi. Biasanya 'orang tengah' tidak akan mengaku mereka mempunyai hubungan dengan penganjur.
-Kebanyakan orang ramai di luar sana masih tidak memahami dan tidak dapat membuat perbandingan, apa itu pelaburan sebenar, apa itu skim piramid. Ini adalah kerana mereka :-
- tidak tahu apa itu pelaburan sebenar tetapi mempunyai keupayaan untuk terus merujuk ke Bank Negara Malaysia tetapi TIDAK MAHU disebabkan samada semata-mata untuk kepentingan diri sendiri atau telah kabur dengan keuntungan yang bakal diperolehi. Majoriti golongan ini adalah terdiri dari pelajar, orang biasa, kakitangan kerajaan mahupun juga golongan profesional.
- tidak mempunyai sumber untuk dijadikan rujukan dan kurang berkeupayaan untuk mendapatkan maklumat. Golongan ini biasanya terdiri daripada pakcik, makcik, haji, hajah, dan sebagainya. Pihak penganjur dan orang tengah lebih menumpukan kepada golongan ini kerana mudah dipengaruhi.
-Golongan penganjur ,"askar-askar upahan", pihak ketiga (merchant). Sesiapapun tidak akan tahu siapa mereka ini sebenarnya. Merekalah salah satu golongan yang membuat aduan, menyalahkan forum perbincangan semata-mata. Ini adalah kerana mereka marah setelah pihak forum mengharamkan sebarang transaksi jualbeli epoint satu ketika dahulu.
-Statistik forum ini dan diperkuatkan dengan sumber-sumber sahih mendapati terdapat peningkatan aktiviti penjualan tanah, rumah & perniagaan semenjak September 2007. Analisa tidak rasmi ini dapat menyimpulkan bahawa orang ramai khususnya ORANG MELAYU telah banyak rugi setelah ditipu oleh skim-skim cepat kaya khususnya buatan Malaysia mula aktif pada penghujung tahun 2006.
Kami percaya anda mempunyai lebih maklumat tentang perjalanan skim-skim ini dan mungkin lebih dari apa yang telah kami sampaikan di atas. Oleh itu, anda disarankan supaya terus membuat aduan di :-
Suruhanjaya Sekuriti (Tel: 603 6204 8999); atau
Bank Negara Malaysia (Tel.: 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694 2143)
Anda juga dialu-alukan berkongsi maklumat dengan kami di sini tidak kira anda dari pihak mana sekalipun.Anda juga boleh membuat rujukan di laman web Bank Negara Malaysia berkenaan skim cepat kaya di siniKami memohon maaf sekiranya mana-mana perkataan di atas yang boleh menyinggung perasaan sesuatu pihak dan individu.
Harap Maklum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment